Sunday, September 2, 2018

DIY Macrame plant hanger yang mudah

Aktiviti hari minggu saya hanyala membuat macrame plant hanger. Untuk pattern ni,  saya rasa tak susah mana.  Hanya repeat squate knot aje tau tau siap.

Untuk beginner macam saya kira senangla nk buat.  Saya excited nak deko porch kereta,  di bahagian main entrance.

InsyaAllah soon,  ada beberapa macrame plant hanger yg saya nk buat di side entrance rumah bahagian sliding door.

Uol buat apaje weekend marin?




Saturday, September 1, 2018

Jatuh cinta dengan Urban Jungle decor





Saya sukakan tumbuh-tumbuhan. Setiap yang Allah cipta itu indah. Mereka hidup, mereka sentiasa berzikir memuji Allah.

Saya nak banyak pokok disekeliling saya. Rasa tenang, rasa nyaman gitu. mmngkin sindrom makcik-makcik dah mula datang. hehe

Di laman sekangkang kera, kami laki bini sedang usahakan mini garden. dari laman yg bosan kosong hanya tanah merah dan lalang, kini mula menghijau..Alhamdulillah.

Di dalam rumah pula, saya mula memasukkan elemen tumbuhan sebagai deko. Saya tak pandai deko, tapi saya suka ada pokok di dalam rumah.

Semalam hubby menggantung Besi L shape di dinding, saya gantung indoor lant yg saya tak tahu apa namanya..hehe..lupa nk cr ID pokok tu.

Kaktus juga saya hiaskan dimeja cuma rumah ini gelap, sebab langsir semua warna gelap. Lepas ni nk tukar semua jadi wsrna cerah supaya cahaya dapat masuk dengan lebih banyak ke dalam.

Sekarang tengah DIY macrame plant hanger, simple macrame je. sekadar suka-suka. Mana tahu nanti by leh jadi biz kan? 😉


Nanti saya kan showoff lebih banyak pokok..hehe


Friday, August 31, 2018

Happy birthday to me

Hari ni ni hari kemerdekaan Malaysiaku yg ke 61.
Hari ni juga hari kelahiran saya yg ke37.

Bersyukur dengan kurniaan ilahi, kesihatan dan kebahagiaan bersama suami dan anak-anak

Tak ada special program hari ni. Hanya berkebun melayan pokok.

Seronok tau berkebun ni..tambah kalau pokok yg ditanam besar, segar bugar. atau yang kering nak mati menghijau semula.

Semalam saya tengok pokok timun dan juga pokok kacang botol dah mula melilit melilit menjalar. Petang semalam sy dan hubby memindahlan bekas pagar dawai yang dicabut dr pagar tembok rumah ke dinding.

Hari ni saya dapati pokok pokok sudah melilit di pagar.

Sambil itu saya pindahkan pokok ros, pokok keladi ke pasu baru. daripada laman yg dulunya kosong kosong penuh lalang, kini sudah mula menghijau

Rumput pun sudah mula menutupi tanah. Bahagia terasa.

Masih banyak perlu dilakukan untuk menghasilkan laman impian. insyAllah sedikit sedikit di buat, akhirnya siaplah ia






Wednesday, August 29, 2018

Veggie garden - Laman sayur

Assalamualaikum
Selamat pagi

Saya excited nak berkongsi perkembangan kebun sayur mini saya. Saya start dengan menanam biji benih bercambah dan alhamdulillah hidup subur.

Saya sangat sukakan idea homedsteading, kita grow sendiri our food, cuma sebab saya tinggal di kawasan perumahan, takdapat lah nak membela ayam telur, ayam, ikan, udang galah. hihi

InsyaAllah ada rezeki saya nak beli sebidang tanah untuk di jadilan agro farm. Besar cita-cita tau.

Sekarang ni belajar tanam pokok dulula ya dan kenal medium untuk tanaman. Musuh tanaman pun baru nak google. hehe

Actually laman ni belum siap lagi, cita cita nak buat buat open kitchen and breakfast nook mengadap garden dengan rumput menghijau.

Aduh cita-cita kemain.

Laman ni sekangkang kera, tapi kami bahagikan kepada beberapa bahagian.

workshop hubby
openkitchen dan laundry area
mini veggie garden
nonedible garden.

haaa cara cerita mcm rumah kau 10ekar..haha

sekarang ni ni edible garden nini d ada
kangkung
sawi mini
kailan
cili panjang
tomato
kacang buncis
kacang botol
terung
bendi
ulam raja
Pegaga

pokok herba masakan
serai
lengkuas
halia
kunyit
limau purut
kari
pandan

walau masih lagi semak laman tu..Alhamdulillah projek tanam sayur dah m

menampakkan hasil, sawi mini dah dua kali tuai, kangkung sekali tuai, cili panjang dah dah berbuah, bendi dah berbunga

Seronok berbudi kepada tanah. Sayur segar terus dimakan. Saya tak pakai baja kimia, hanya jirus dengan air beras, air basuhan ikan.

More food to grow after this, insyaAllah..tak serik walau asyik kena serang dengan siput babi..hehe







Promo vivix Ogos 2018

Bulan ni promo shaklee adalah Vivix.

Vivix mempunyai banyak faedah terhadap kesihatan. Kadar antioksidan yang tinggi terkandung dalam Vivix memberi faedah terhadap sel tubuh,

Vivix membantu menjana tenaga dalam mitokondria sel, membuatkan menjadi bertenaga sepanjang hari


Vivix menggalakkan penghasilan sel baru untuk menggantikan sel yang rosak. Sebab tu ramai yang memberi feedback, kulit menjadi berseri, wajah kelihatan lebih muda dan bebas cela. wow kan?

Luka cepat sembuh setelah mengambil vivix kerana kandungan dalam video vix mengaktifkan penghasilan sel sel baru.

Ramai ibu selepas bersalin mengambil vivux ni. Orang yang cedera, luka pembedahan juga digalakkan mengambil vivix untuk memercepatkan kadar pemulihan luka.



Best kan vivix?

Jangan tunggu, promo hanya tinggal 2hari lagi. harga memang tak masuk akal. whatsapp saya untuk penerangan lebih lanjut.

Setiap pembelian akan menerima free gift dari saya 😉

wasap.my/60193833108/vivix

Siapa saya?

Saya Sarah Amin, isteri kepada Sol, ibu kepada Adam,Amir,Amar,Aryan,Aisya

Saya pengedar Shaklee yang sah (ID:1303386)

Saya sedia dihubungi 24jam sehari, feedback akan akan diberi dengan kadar segera.

Penghantaran adalah keseluruh Semenanjung,Sabah,Sarawak.


Tuesday, August 28, 2018

Anakku patah tulang bahu

Cerita semalam saya dah kongsi di FB dan IG saya.

Waktu dinner, saya makan di dinning tablr sambil menonton TV Ecah pula memanjat dining chair dan kemudian ke sofa. Saya tegur minta dia turun takut pula jatuh kan.. instinct mami memang betul, tak sampai seminit saya tegur, Ecah jatuh posisi mengiring betul betul depan saya.
Saya nampak bahu terhempas ke lantai, kemudian kepala.

Ecah menangis. Bunyi lain macam, kesakitan. Hati dah terasa, mesti ada tulang yg crack atau patah

Saya bertenang, dah biasa dah dengan insiden patah hidung, bahu, siku abang Ecah.

Saya dan hubby tenangkan Ecah pujuk dia sambil periksa bahagian yg sakit. Sebabkan dia dah calm sedikit, saya beri paracetamol dan Ecah tertidur

Tengah malam hingga ke pagi dia terjaga bila tak sengaja beralih posisi badan. saya ikat lengan ke badan menggunalan shawl supaya dia tak gerakkan tangan waktu tidur.

Esoknya awal pagi Ecah dah bangun makan biskut chipsmore dan milo. Dia dah tenang cuma sangat hati-hati bila bergerak. Saya mandikan dan pakaikan baju tanpa masalah. Dalam hati, mungkin hanya terseliuh, apapun harus bawa ke klinik untuk diperiksa doktor

Di KK Penaga, walaupun ramai sebab Ecah kanak-kanak, Ecah dapat fast lane untuk jumpa doktor.

Lady doctor, dia menyuruh Ecah mengangkat tangan, amazingly Ecah bolrh mengangkat. Doktor memberi komen, mungkin tak patah tapi kena xray untuk kepastian.

Result Xray ditangan. Juru Xray awal lagi beritahu saya yang tulang bahu Ecah patah. Aduhai kasihan Ecah.

Disebabkan kes patah tulang, doktor di KK mintak refer ke Hospital Seberang Jaya di Klinik Pakar Ortopedik 

Maka, teruslah saya drive ke HSJ bersama Ecah. Saya mintak hubby jemput anak-anak yang lain  dari sekolah.

Cut short cerita, doktor orthopedic di HSJ decide untuk tak buat apa apa, biar tulang heal sendiri dan akan di monitor dari sekarang.

Ecah di  pakaikan armsling dari kaintiga segi macam masa saya belajar waktu aktiviti pengakap. hehe

Pulang ke rumah saya tukar ke arm sling Aryan yg patah tulang bahu juga dulu.









Hari ni Ecah ceria semula..walau sakit, dia mampu tolerate dengan kesakitan. Semoga cepat sembuh princess mami.

Monday, August 20, 2018

Ogos 2018

Assalamualaikum

Lama kan saya senyap sunyi..hehe

Ada je, sibuk dengan anak-anak.

Niat nak update daily activities dengan kiddos di blog memang ada, sebagai kenangan mami dengan anak-anak.

Sekarang ni saya kembali dengan aktiviti berkebun. Adalah few jenis pokok sayuran yang saya tanam. Hobi yang melekakan saya, menyibukkan saya dari banyak mengeluh kebosanan.

Tiga tahun pertama, saya enjoy betul tak bekerja, menjadi housewife tapi bila anak makin membesar, terasa macam rindu pulak dengan office, rakan taulan yang ramai.

Saya mula merangka apa plan saya untuk beberapa tahun akan datang. Saya tai mahu membazirkan tenaga muda, sementara badan masih sihat dengan tak buat apa-apa.

kan?

Nak lipat baju, esok packing barang untuk balik sambut aidiladha di kampung. selamat hari raya. selamat berpuasa pada yang akan berpuasa esok.

Semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan seluruh ahli keluarga kita. semoga Jannah tempat kita diSana nanti. Amin