Monday, April 4, 2016

Susun atur Hidup

Salam,

Wah pagi pagi dah update story eh..maklumla ada terlebih masa waktu pagi, after school dlm pukul 1 baru mommy jadi super busy. Rutin pagi mcm biasalah have a mug of coffee, bg aisya tgk you tube nursery rhymes- her current fav songs are Johny Johny Yes Papa & bismillah Song. Dah seminggu sy demam selsema. dua minggu lepas aisya demam panas...lepas tu boys, then mommy pulak kena. lama saya tka demam, bila kena mmg kow kow teruknya.

Rutin pagi mcm biasa akan ngadap laptop baca paper pasal research yg related dgn pembelajaran mommy or main main dgn software yg nk guna untuk research. Study life mmg berterabur. to be honest saya tak ada motivasi untuk belajar. kalau masa zaman undergrad, misi hidup sy nk dpt above 3 pointer to sbb semata mata nak mak sy happy je. serious, demi nk bg mak bangga dengan pelajaran sy, saya tak pernah tidur lebih 4 jam since form 4 sampai habis paper SPM sbb sy akan study..kalau tak study pun, sy mmg tak boleh tidur sbb sy di hostel, home sick. Setiap mlm sy akan tidur dgn air mata sbb rindu mak. Of course Mak tak tahu, tp cikgu saya tahu sy homesick sbb mata sy akan bengkak dan depress dkt kelas tp saya tabahkan hati stay di sekolah tu sbb nak mak sy happy and taknak dia susah hati. Saya ingat lagi ada seorang cikgu bgtau abah sy yg sy anak yg sangat baik. wow, bergenang tau bila cikgu puji sy mcm tu sekali. form 4 jugak ujian besar utk sy bila sy tahu mak sy kena cancer. so since dpt berita tu, sy janji pada diri hanya nak tgk senyuman mak sy..alhamdulillah sy nampak hanya senyuman dr mak sampai akhir hayat dia. sedih tau. Semoga roh mak ditempatkan dalam kalangan org yg soleh. amin.

Kesimpulannya, masa undergrad, sy ada misi, visi dan objektif hidup yg jelas. Skrg ni, sejujurnya saya tak tahu kenapa sy buat keputusan untuk jadi student semula dan belajar dalam bidang yg berbelas tahun sy tinggalkan. tak ke keje gila namanya..hehe  niat sy bukan sbb nak certificate. Hati sy dah tawar nak bekerja semula so takde gunanya cert yg sy akan dpt tu. Tp sy belajar sbb nak ada environment belajar dirumah. Tu je.. hehe tp disebabkan ayah saya dah tahu dan dia mmg nak sgt anak dia belajar sampai ke awan, sy cuba nak dptkan jugak cert bg dia senyum masa konvo. doakan eh..berlambak je org grad..master je pon..bukan phd..tp sukar untuk sy yg tiada motivasi belajar ni.

Dah dekat empat bulan, sy rasa sy kena susun atur semula hidup sy..dari segi financial alhamdulillah biarpun skrg ni just satu income, tp Allah kan pemurah..kalau minta pasti Dia akan beri..sejak berhenti, sy rasa rezeki cukup malah melimpah ruah. Alhamdulillah..rezeki suami bertmbh tmbh.. mungkin niat kami nak happykan parents, so Allah beri rezeki lebih untuk selalu belanja diaorg. tak byk pun, walau sikit mak ayah sure happy. tak bg duit pun, selalu jenguk pun dioarg dah happy. Yang penting jaga hubungan dgn Allah  brlah hidup rasa lapang. betul..sy dah rasa masa sempit..duit byk..tp byk yg keluar..sy yakin semua tu jadi sbb sy lalai dlm jaga hubungan sy dgn Allah s.w.t. Semoga saya dan suami diberikan hidayah, ditetapkan iman dan tidak terpesong walau pun sedikit hati kami untuk dptkan redha Allah. Amin.

Bulan Oktober thn lepas, sy buat keputusan untuk berhenti kerja tanpa berfikir panjang. saya tak ada plan B,C,D sy tawakal berhenti atas niat sy nk urus rumah tangga dgn teratur, jaga mkn pakai anak dan suami dan nk besarkan sendiri anak tanpa ada org lain menjaga. Saya nk hantar dan fetch them from school. sy nk fully bfeed aisya until she reach 2yrs..biarpun hanya tinggal few months je lagi aisya nk reach 2 yrs. hehe

Atas sbb tu jugak sy hanya boleh ke kampus waktu pagi, tgh hr sy dah balik mengadap anak anak. pastikan diaorg mkn snek, minum air, rehat, mndi, lunch dan buat hw or main. Cumanya jadual sy masih berterabur. jadual aktiviti anak anak pun masih lagi ikut mana sempat je. NO NO NO...mommy kena susun atur jadual harian anak anak.. so dlm masa terdekat ni sy akan buat schedule for my boys and Aisya. Mommy plan nak buat satu command center untuk jadi center dimana setiap orang akan refer apa yg diaorg kena buat on daily basis. Biarpun rumah ni rumah sewa, color rumah pun akan tak menawan hati,..saya kena pastikan rumah ni fully function and selesa utk semua orang termasuk tetamu.

ni antara idea yg sy cedok dr Google image. Blogger susun atur  mmg tekankan untuk each house kena ada satu family command center. At the moment peti ais kitaorg jadi tmepat tepek jadual sekoalh, art work, utility bils and important notes. lepas ni sy akan ubah ke lokasi yg lebih strategik. kesian peti es ku..lol

kalau projek ni berhasil, sy akan update pic nye ye..takdela segah dlm gambar..janji berfungsi dgn baik.





Next projek, nk kemas bilik boys..nak update katil  jadi double decker..so in one middle room yg agak kecil, all kena compress..sy kena fully utilize space yg ada. diaorg pun dah besar dan sepatutnya tidur on their own bed..tak boleh lagi tidur berhimpit himpit mcm sekarang. walaupun dioarg mmg suka tidur berpeluk, anak lelaki kena la belajar tidur sendirian. barula macho..hehe

Ok go back to cerita study. saya perlukan lagi at least 2 months untuk sy organize hidup br saya ni. lepas tu bila sistem baru dirumah dah berfungsi sepenuhnya, baru sy akan fokus study. sy takde timeline utk study sy ni..mungkin habis in 2 yrs mungkin lebih. semoga dipermudahkan urusan sy.

Cerita breastfeeding, Aisya mmg dr baby bfeed tp tak fully sama mcm abang abang..di nursery mulanya sy bg EBM, tp instinct sy mengatakan EBM yg dibagi tak diuruskan dengan betul, so takut anak sakit perut, sy decide bg formula. balik dirumah br direct bfeed. awal nya Aisya minum formula milk, tp lepas dia start mkn solid food, dia reject FM dan hanya minum air kosong..dia minum skedar hilang haus..kadang kadang tu 2 oz pun tak abis minum. Tp bila sy balik dr office, mmg Aisya akan nak disusukan. kesian tgk anak dara sy ni..sanggup taknak minum susu botol tunggu mommy balik. sedih bila kenang abang abang aisya dr Adam, kembar, Aryan lagi saya serahkan dioarg pada tangan bbsitter sejak dari umur 2++ months. merah lagi diaorg masa tu, kecik cinonet je. Hanya doa Allah protect anak saya dr bahaya. kadang kadang sy menangis bila fikir mcm mcm insiden berlaku, adam kena physically abused by pengasuh, amir patah tgn, mulut amar pecah kena pukul dgn toy dgn kawan, belum lagi dikira insiden demam, selsema berjemaah, Penyakit berjangkit mcm impetigo, scabies, chicken pox, ketuat smapai saya kena ambik EL tak henti. bila dengar bos mommy merungut, mommy jadi demotivated..tp mmg la patut boss bising, ko ingat company tu bapak ko punya nak EL suka hati? hehe so startla episod saya hanya bekerja untuk gaji. takde dah smgt nak enhance career mcm awal saya kerja dulu.

Sebab tu sy salute pada mommies yg boleh manage anak, rumah tangga dan kerja at best condition. anak dijaga rapi, rumah tangga cantik, teratur, dr segi kerja asyik naik naik pangkt je. hehe wah mmg indahnye dunia kalau camtukan? sy dha cuba, tp gagal. sy kena giveup salah satu. sbb sy cepat stress. lagi pun bakat sy hanya sbg ibu, sy bukan project engineer yg bagus. sbb tu nak naik gred pun payah. so baik berenti, jaga anak, biar suami je cr rezeki. bila hati dia lapang, tak perlu fikir hal rumah (sbb sy uruskan semua), so sy harap dia boleh fokus pada kerja. semoga rezeki kami berkat.

Sejak sy berhenti kerja, Aisya mmg taknak lagi botol susu, infact dah takde lagi botol susu dirumah ni. Aisya bfeed selain dr mkn solid food and minum guna cup. jimat duit beli sabun botol pureen dan tak perlu maintain beli puting susu. hihi cumanya age Aisya dha nak reach 2 yrs hujung bulan 5 ni, sy pujuk untuk dia start minum susu formula sbb dia akan stop bfeed by 2 yrs. suami kp biarlah selama mana dia nak bfeed. tp dlm quran hanya Allah kata menyusu hingga 2 thn. so biarlah ikut apa yg Allah suruh. insyaAlalh awal MAy ni sy akan try intorduce aisya dgn FM semula. Semoga berjaya le hendaknye. amin

Sejak dua menjak ni rajin pulak update blog kan? cerita masih berkisar dgn perasaan jadi oswaif..masih tak move on..haha ala kasik chancela mak nak terbang melayang dgn perasaan bunga bunga. nanti mak update la entry yg berfaedah skek.


3 comments:

dyanayusuf said...

syok nya baca ni. rasa nak jd fulltime hsewife jugak. tapi komitmen tak settle lg pon banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk

sweet tooth said...

Sarah, ustaz kata Allah bagi rezeki sesuai dgn tanggungjawab dilunaskan...kalau banyak memberi kpd keluarga/sadaqah, banyak la Allah beri pada kita nanti...

And Allah beri rezeki (can be in terms of keje/anak/makan/pakai/etc) sesuai dgn keperluan seseorang... InsyaAllah...smg Allah beri rezeki yg berkat buat kita semua sehingga kita rasa cukup dn apa yg ada... Amin...

Tisha said...

ecah kalau makan dia ok ( mkn sayor, nasi , buah), then tak FM pn takpe. bg dia yogurt or fresh milk every morning saje utk calcium dia. just in case dia tanak FM (kalau dia nk FM try bancuh dalam cup instead of bottle -- sbb sarah mmg dah tutup kilang botol kan hehe)