Wednesday, April 20, 2016

Susun atur Buku, toys, stationaries dan superheroes... sigh

AS Salam

Entry kali ni saya nak bebel pasal anak anak teruna saya yang memerlukan didikan disiplin yang tinggi. Haih...dah nama pon anak lelaki kan, selipar dan kasut berselerak, beg sekolah saya ckp simpan dlm bilik, diaorg campak betul betul depan pintu bilik. Buku sekolah mcm belacan, siap bergulung setiap bucu (except Amir yg nampak agak cermat dgn buku dan brg sekolah beliau). alat tulis mmg sentiasa kena topup..sy rasa almost every month sy akan termenung kt rak stationaries kt supermarket nk memilih stationaries yg murah tp berkualiti. huhuhu..

Masa awal sy pindah dirumah sewa ni, mulanya sy malas nk menyusun atur buku dan barang sekolah anak-anak. Walaubagaimanapun, setelah terjebak dgn blogger blogger yg homeschool anak, termasuk my pren http://dyanayusuf.blogspot.my/ yg br je update bilik study anak beliau, sy rasa cemburu, why not sy pon kemas bilik anak sy supaya lebih bersistematik dan selesa untuk anak belajar..bukanlah decor nak rak mcm dlm pinterest tu, tapi keywordnya susun atur dan sistematik. senang sy nk cari brg, senang anak nak kemas semula lepas guna.

Disebabkan skrg ni sy gigih mengajar anak sy ala ala home tuition after school, sy rasa mmg menjadi satu keperluan untuk sy sediakan bilik belajar yg selesa dan condusive gitu...

Permulaannya sy rasa nak meniru blogger organizing dgn membuat ala ala family command center..nyampahkan? mesti nak tiru orang..hehe

so saya try nk be creative la konon...siap ada idea board..poyos jugakla..tp dah xde keje nak buat, so sy buatla..hehehe



Then datang idea nk buat homeschool area siap whiteboard bagai..berpuluh jam sy spend dok menelek picture homeschool room tour kt google and pinterest..terinspire la jugak. so saya mengambil inisiatif untuk mula membuat online shopping beli brg murah murah untuk sy organize brg..some item dah sampai..ada lagi on the way. excited dgn idea 'bilik belajar'  untuk anak anak..en hubby pulak mcm menyokong tak kesah. iyela..kalo dibangkang mau meroyan bini dia ni..mulalah kuar ayat mentangla sy oswaif, takde duit, bla bla bla..huhuhu

so ni antara kejadian yg berlaku...

Ni bilik study Adam/bilik buku/ toy ni. br 30% habis susun..tgh menunggu lagi dua rak untuk sy susun toys dan more books..

White board dan magazine rack ikea. dua dua baru sampai. bilik ni sy nk jadikan bilik aktiviti anak anak .insyaAllah

Ni Student planner/binder anak anak sy..each one of them sy buatkan satu binder..dlm tu ada learning plan, reading tracker dan segala mak nenek keje diaorg. nantilah sy share pasal ni. kalau tgk pun nipis lagi, bermaksud takdela byk progress pun

Alat tulis, temporarily di letak atas rak ikea. guna tin susu pekat manis je..n labelkan. partly finished project. tgh menunggu 'rumah' mereka tiba

skrg ni problem sy, sy bekerja (cr material untuk mengajar superheroes, teaching plan ..haaa engko jgn memain..) di meja mkn ikea sy..meja tu dah jadi part time meja belajar myboys and meja mkn time dinner. kt situlah sy buatreading session dan 1 to 1 teaching basic subject mcm Sains, maths, bahasa...



disebabkan kurang selesa, mulalah sy mengusyar meja kerja (sy ada meja di bilik study tp dah di hijack adam, anak sulung) so mommy terasa nak mencari meja yg ala ala scandinavian style (terpengaruh pinterest lagi..sigh) terpesona dgn meja tulis dr nesthouz ..tak sure eja betul ke tak. harga affordable tp masih kena penuhkan tabung ayam saya dahulu.


Terlalu byk project nk buat, projek biasa biasa shj untuk uols tp sgt mengujakan sy..termasuk idea gila mencari pendapatan sbg WAHM..tp takpe tu lmbt lagi. off topik pulak

BTW, kesimpulannya, biarpun rumah sewa, kalau nk hidup tak serabut, kenalah rajin kemas kemas.. sy memilih untuk menjadi minimalist, slowly sy nak sort brg yg tak perlu untuk dilelong atau bg org atau masuk tong sampah.insyaAllah

Rumah kecil saya, Syurga dunia saya. :)






3 comments: