Wednesday, April 27, 2016

Mari berkebun...

Progress rumput di laman rumah sewa. Cepatlah tumbuh menjalar syg sygku..pastu nk trim kamu insyaAllah akan,berseri sikit laman.. Tp rumput liar cepat betul bercambah.tiap hari kena merumput. Bolehla mak exercise buang lemak :)

Bila la nk mengecat tembok. Target sebelum puasa dah siap ceriakan laman. Seadanya dgn bajet minima.



Dua gambar dia ambil selang tiga hari...sobs..not much progress



Monday, April 25, 2016

Dailyroutine : fetch boys from school

 Rutin harian sy dan Aisya..jemput abang adam, amir, amar dan aryan balik dari sekolah. Sekolah diaorg no berdekatan..mengadap padang je..so xdela letih sgt. Lepas fetch preschooler tigaorg, brlah tunggu abang adam dibawah pokok tepi padang.

P/s..bil letrik mak melambung..rm202.30 this month..penangan elnino..kena jimatletrik lepasni.




Gambar ecah ni xde kena ngena dgn ini cerita


From Finance to Farmer - Incredible Permaculture Farm Created in Just 3 ...





Inspiring story..



Mana cangkulku? mana cangkul ku?

Saturday, April 23, 2016

Gardening

Sejak berpindah dr rumah lama, sy mcm malas nk berkebun memandangkan rumah ni rumah sewa. Sy sgt rindu garden dirumah lama yg 80% completed. sungguh ! rindu sampai sebak bila fikirkan sy meninggalkan veggie bed sy, pokok kelapa matang, pokok mangga dan jambu diluar pagar. tempat storage tools yg hubby buat siap dgn sinki..my lawn yg hijau..huhuh sobs..sebak

Sekarang ni, setiap pagi asal keluar je, sy akan bertegur sapa dgn jiran, kak raziah yg akan membelek pokok pokok nya di laman. sy ceburu. beza dgn rumah sy yg tanah berbatu, kosong, plain..dinding tembok yg tak bercat, berlumut. mulalah sy rasa 'hangat' nk berkebun kembali.

so sy start replant semularos jepon yg tak terjaga tu (itu je antara pokok yg sy dpt angkut bersama dgn pokok limau purut dan pokok daun kari) menggunakan plastic type pot yg sy bawak masa pindah. pasu pasu berat terpaksa ditinggalkan pada owner rumah yg baru. takpe sy ikhlas bg walaupun sedih.

skrg ni dah ada enam pasu ros jepun pelbagai warna..baja semula pokok  limau purut dan daun kari.dah nampak start tumbuh pucuk baru. alhamdulillah. masa kitaorg gi shah alam atas sbb penjualan rumah, sempat lagi singgah nurseri pokok sg buloh hanya beli 4 keping 2*1ft japanese grass. Sedih sebab tak dpt beli banyak sbb kami hanya naik myvi sahaja waktu tu..so tak muat kereta..huhu.. dgn 4 keping ruput tu en hubby pecahkan ke kepingan kecil dan replant kt laman yg berdebu tu.En hubby hanya directly tanam atas tanah yg digembur sedikit. Kami tak fertilize tanah tu, so mengharapkan nasib je la utk rumput tu hidup. malangnya dgn musim elnino skrg ni, ada tompok rumput yg tak dpt survive..dah lebih sebulan ditanam..ada bhgn yg nmpk galak menjalar..dan ada yg bercantum. mcm bela anak, setiap hr sy belek progress rumput rumput tu..huhu ada masa sy snap gambor laman kosong sy.

Rasa smgt utk berkebun semula  especially sayuran. sblm ni kami tak perlu beli sayur sbb sayur favourite mcm sawi, bendi, kailan dah tersedia ditanam..tomato pun ada..sy pernah share ttg veggie garden sy sblm ni.

tgh  fikir nak buat veggie bed sbb senang nk control tanah dan weeds..tgklah nanti lepas settle projek bilik belajar anak anak. skrg ni sy hanya tmbh koleksi orkid je and satu spesis pokok apa tah sedekah dr my daddy.

Hari ni seharian sy study pasal permaculture, sustain living farm.. untuk info boleh je search di you tube,.byk video yg di share ttg permaculture technique ni. Sy berkobar nak beli tanah di kawasan kampung. sedang eyeing tanah lot or tanah kampung untuk dijual. This time sy tak nak fikir lagi untuk beli rumah siap dr pemaju sbb kata je rumah mampu milik actually org kaya je yg mampu milik..kami rakyat marhein yg susah ni hanya mampu tengok. insyaAllah dgn tulang empat kerat en hubby, kami akan bina tempat berteduh kami dihari tua nanti. for now, sewa je rumah di Penang ni sbb harga rumah di PEnang aduhai sama je mcm di Selangor. Rumah mampu milik kerajaan negeri hanya boleh dibeli dgn bersyarat, mengundi di penangla, menetap lebih lima thn di Penang etc. So kami tak layak untuk apply. Rumah sendiri di kampung akan jadi weekend house smapai lah en hubby pencen. itu plan kami. insyaAllah.

Kalau dpt beli tanah lot, bestnye kalau sy dpt buat permaculture farm. bela ayam itik, pokok buah, sayuran, pokok landscape, flowers..amboi berangans.. mmg jiwa kampung habislah! hehehe

Kita hanya merancang, Dia yg menentukan segalanya. Semoga yg mendatang baik baik shj. Amin.

Pic throwback garden di rumah lama sy, tinggal kenangan..owner baru dah start renovate bhgn tepi rumah rasanya..sayu hati kalau fikir. huhuhu

























Wednesday, April 20, 2016

Tracker Hafazan Juz Amma dan School planner untuk superheroes saya

Hola,

Rajin pulak nk mengapdet kan...

sementara rajin, sy nak share pada mommies yg sedang ngajar anak haffaz juz amma, bolehla ke satu blog A Muslim HomeSchool  kat situ ada tips homeschool dan yg bestnya ada free printables untuk Juz amma tracker. Owner blog dgn baik hati bg in pdf file..so saya just save dan print ikut kesesuaian dan keperluan anak anak.

Ni mcm muqaddam sebenarnya tp boleh tulis tafsir..sy hanya print surah buat masa skrg sampai surah al qadr akan print more surah sampai complete juz amma...dah bulan 4 dah ni..

Inilah trackernye. kalau anak dah boleh hafal satu surah, warnakan bintang tu. sbb baru print, sy lom lagi menguji diaorg. kalau lulus ujian hafazan dr teacher mami, br teacher mami warna kan star tu. insyaAllah ada reward untuk setiap 5 surah yg berjaya dihafal


Front page student binder tupon sy just randomly ambik dr homeschool blogger.


Material mengajar pula baisanya sy google dan print dr web ape tah namanya..ramai cikgu yg baik hati yg share teaching planning dan worksheet. apa sy buat, tinggalkan ucapan terima kasih dan mohon mintak halal..then print worksheet tersebut.. ;)



ok br ingat, salah satu blogger ialah Blog Cikgu Ela yg byk share workheet untuk preschool level. sesuai untuk anak anak sy.

Sehari sy buat 10-15 minutes reading session untuk Amir, Amar dan Aryan dan satu subjek mcm maths, arts, bahasa. Bila mlm menghafaz surah lazim

Segala kerja diaorg, sy just compile dlm binder masing masing..so nanti diaorg boleh tgk hasil kerja masing masing. Tgh memikir langkah bijak untuk jimatkan kertas. sy ni org hijau tau (kononla.. yg material yg sy print untuk study sy tah berapa pokok yg sy tebang) ..hehehe



Yg ni sy tak print, tulis tgn je teaching tracker sy untuk subjek pendidikan islam adam.
Actually sy baru start aktiviti ni 2-3 minggu lepas secara konsisten (tp ada hari sy skip). Sebelum ni anak sy xdela ada rutin belajar secara tetap. Tp skrg sy terpaksa pulun skek sbb yg 6yrs mcm tak terasah reading skill dan maths diaorg padahal dah nak masuk darjah satu thn depan.

Yang anak sulung tu sbb nmpk buat kerja ala kadar, tak bersungguh..tulisan mcm cacing kerawit. so sy tak boleh biarkan, kena buat sesuatu sblm jadi darah daging perangai tu..hihi

Ni br sebuah permulaan..ecewah..perjlnn jauh lagi..semoga konsisten la sampai diaorg besar. amin.

Yg paling sy impikan agar ada lah salah sorg menunjukkan minat menghafaz alquran, sbb tu sy cuba terapkan perasaan cinta diaorg pada quran. kena lebih usaha dan doa..harap harap terbukalah jalan tu. insyaAllah.

Dalam dok update ni sempat sy mengamuk seround..adoi..sy ada masalah hot temper...mami pon kena buat sesuatu kt diri sendiri sbb dah jadi darah daging dah ni..huhu


Susun atur Buku, toys, stationaries dan superheroes... sigh

AS Salam

Entry kali ni saya nak bebel pasal anak anak teruna saya yang memerlukan didikan disiplin yang tinggi. Haih...dah nama pon anak lelaki kan, selipar dan kasut berselerak, beg sekolah saya ckp simpan dlm bilik, diaorg campak betul betul depan pintu bilik. Buku sekolah mcm belacan, siap bergulung setiap bucu (except Amir yg nampak agak cermat dgn buku dan brg sekolah beliau). alat tulis mmg sentiasa kena topup..sy rasa almost every month sy akan termenung kt rak stationaries kt supermarket nk memilih stationaries yg murah tp berkualiti. huhuhu..

Masa awal sy pindah dirumah sewa ni, mulanya sy malas nk menyusun atur buku dan barang sekolah anak-anak. Walaubagaimanapun, setelah terjebak dgn blogger blogger yg homeschool anak, termasuk my pren http://dyanayusuf.blogspot.my/ yg br je update bilik study anak beliau, sy rasa cemburu, why not sy pon kemas bilik anak sy supaya lebih bersistematik dan selesa untuk anak belajar..bukanlah decor nak rak mcm dlm pinterest tu, tapi keywordnya susun atur dan sistematik. senang sy nk cari brg, senang anak nak kemas semula lepas guna.

Disebabkan skrg ni sy gigih mengajar anak sy ala ala home tuition after school, sy rasa mmg menjadi satu keperluan untuk sy sediakan bilik belajar yg selesa dan condusive gitu...

Permulaannya sy rasa nak meniru blogger organizing dgn membuat ala ala family command center..nyampahkan? mesti nak tiru orang..hehe

so saya try nk be creative la konon...siap ada idea board..poyos jugakla..tp dah xde keje nak buat, so sy buatla..hehehe



Then datang idea nk buat homeschool area siap whiteboard bagai..berpuluh jam sy spend dok menelek picture homeschool room tour kt google and pinterest..terinspire la jugak. so saya mengambil inisiatif untuk mula membuat online shopping beli brg murah murah untuk sy organize brg..some item dah sampai..ada lagi on the way. excited dgn idea 'bilik belajar'  untuk anak anak..en hubby pulak mcm menyokong tak kesah. iyela..kalo dibangkang mau meroyan bini dia ni..mulalah kuar ayat mentangla sy oswaif, takde duit, bla bla bla..huhuhu

so ni antara kejadian yg berlaku...

Ni bilik study Adam/bilik buku/ toy ni. br 30% habis susun..tgh menunggu lagi dua rak untuk sy susun toys dan more books..

White board dan magazine rack ikea. dua dua baru sampai. bilik ni sy nk jadikan bilik aktiviti anak anak .insyaAllah

Ni Student planner/binder anak anak sy..each one of them sy buatkan satu binder..dlm tu ada learning plan, reading tracker dan segala mak nenek keje diaorg. nantilah sy share pasal ni. kalau tgk pun nipis lagi, bermaksud takdela byk progress pun

Alat tulis, temporarily di letak atas rak ikea. guna tin susu pekat manis je..n labelkan. partly finished project. tgh menunggu 'rumah' mereka tiba

skrg ni problem sy, sy bekerja (cr material untuk mengajar superheroes, teaching plan ..haaa engko jgn memain..) di meja mkn ikea sy..meja tu dah jadi part time meja belajar myboys and meja mkn time dinner. kt situlah sy buatreading session dan 1 to 1 teaching basic subject mcm Sains, maths, bahasa...



disebabkan kurang selesa, mulalah sy mengusyar meja kerja (sy ada meja di bilik study tp dah di hijack adam, anak sulung) so mommy terasa nak mencari meja yg ala ala scandinavian style (terpengaruh pinterest lagi..sigh) terpesona dgn meja tulis dr nesthouz ..tak sure eja betul ke tak. harga affordable tp masih kena penuhkan tabung ayam saya dahulu.


Terlalu byk project nk buat, projek biasa biasa shj untuk uols tp sgt mengujakan sy..termasuk idea gila mencari pendapatan sbg WAHM..tp takpe tu lmbt lagi. off topik pulak

BTW, kesimpulannya, biarpun rumah sewa, kalau nk hidup tak serabut, kenalah rajin kemas kemas.. sy memilih untuk menjadi minimalist, slowly sy nak sort brg yg tak perlu untuk dilelong atau bg org atau masuk tong sampah.insyaAllah

Rumah kecil saya, Syurga dunia saya. :)






Sunday, April 10, 2016

STK Link





mcm poyo lak..tak kesahla Tepek link sini kot tak jumpa cari kot you tube.

Friday, April 8, 2016

8.4.2016 Jetty Pulau Aman

Sebelum hilang mood, kena update cepat-cepat

Port kami anak beranak bersantai waktu petang..pantai tak cantik janji anak-anak ada chance korek pasir, jerit sekuat hati sbb tempat tu mmg takde orang sgt except weekend la kot :)  Random pics of mommy, ayah, superheroes and little princess.

Semoga bahagia ke akhir hayat