Monday, March 28, 2016

Cerita Raya: Koleksi Baju kurung untuk Mommy Chubby

AS Salam


Lately ni kan, mmg byk update dr geng mommies pasal persediaan nak raya. Iyelakan raya dah tinggal few months je lagi, so ramai dah start serbu tailor untuk tempah baju kurung anak beranak. Saya pun dah start mengusyar IG, website online shopping mcm zalora kot -kot ada bj yg berkenan dihati. Maklumla, mak ni mmg jenis beli baju kurung ready made dan shopping secara online je sbb nak mengangkut lima budak kecik ke shopping mall mmg mencabar dan menguji keimanan.. Lagipun shopping online ni mmg senang, klik klik je esok lusa brg sampai. Harga pun boleh compare dgn seller lain. 

Cakap pasal baju kurung, rasa nak share artikel pasal baju kurung untuk mommies chubby mcm sy ni..dah beranak pinak mmg no way la nk sarung baju kurung saiz XS, S, M lagi kan..hehe mmg geram je tgk baju kurung moden yg model model genit pakai. makpun nk jugak melawa kan? so cer baca artikel ni untuk pemilihan bj kurung yg sesuai untuk kita kita bersaiz L ke atas ni..



Koleksi Baju Kurung Sesuai untuk Wanita Gempal

Tidak dinafikan koleksi pakaian yang kita boleh temui kini rata-rata direka untuk wanita yang mempunyai tubuh sederhana dan kecil molek. Sukar rasanya untuk kita menemui jenama-jenama yang menawarkan koleksi pakaian untuk wanita yang gempal. Mungkin ada, namun realitinya tidak banyak. Seperti koleksi baju kurung misalnya, kebanyakkan wanita yang bertubuh gempal lebih selesa untuk menempah sendiri baju mereka daripada membeli pakaian yang sudah siap dijahit untuk pemakaian yang lebih selesa.

Berbeza dengan wanita yang bertubuh kecil dan sederhana, wanita yang bertubuh gempal biasanya mempunyai masalah untuk berfesyen dan kurang percaya diri. Oleh itu, entri kali ini mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui apakah jenis rekaan atau koleksi baju kurung online yang sesuai dipakai terutama sekali ketika sambutan Syawal kelak;

Teringin untuk bergaya dengan koleksi baju kurung moden? Well, you can. Tapi anda harus memakai baju kurung moden dengan potongan yang tidak terlalu ketat dan mempunyai rekaan yang cukup labuh. Kebanyakkan baju kurung moden yang boleh anda temui di pasaran biasanya berpotongan mengikut badan dengan rekaan yang agak singkat.


Jenis rekaan baju kurung yang paling ideal dan pastinya selesa untuk dipakai anda adalah koleksi baju kurung Pahang seperti berikut. Potongan pesak yang lebar pada bahagian tepi baju memberikan anda keselesaan yang cukup ideal.

Begitu juga dengan koleksi baju kurung Kedah. Walaupun berpotongan singkat, rekaan baju kurung Kedah biasanya lebih loose dan sesuai untuk digayakan oleh semua bentuk badan wanita.




Dan koleksi baju kurung terkini yang boleh digayakan oleh wanita bertubuh gempal adalah rekaan baju kurung kaftan seperti berikut. Bahagian baju kurung diubahsuai mengikut rekaan kaftan dengan yang loose dan selesa.







No comments: