Thursday, February 18, 2016

Finally..tercapai jua

AS Salam

Wah tajuk kemain..mcm dapat sejuta ringgit kan? cerita kali ni takde kena ngena dgn deko deko, bento or gardening. Sy just nak update kehidupan baru sy since January 2016. Lepas almost 9 yrs kerja dgn Proton as Project Engineer, di department buat enjin campro...akhirnya sy resign jua dr job sy tu. Saya berhenti dan memilih untuk menjadi full time housewife dan pelajar.

Saya sendiri tak sangka keputusan yg dibuat sesingkat tu, takde fikir panjang lepas hubby di transfer ke Cawangan Penang dgn 1 month notice. mana mak tak gelabah..hubby inform, sy terus melompat mintak dia accept offer tu. Sbb sy nak berenti kerja...yabeda bedu

Pindah di penang mmg mengujakan tapi sy jadi cuak. Kami tak ada rumah untuk diduduki..tak tahu mana kawasan nak dipilih dan tak tahu sekolah mana untuk sy daftarkan Adam Saufy dan adik adik. Alhamdulillah tahun ni Adam dah darjah dua. Amir & Amar 6 yrs, Aryan 5 yrs and Aisya 2 yrs. Apapun sy dan suami redah je. k=Kami ulang alik balik ke utara mencari rumah..akhirnya dapat di area batu kawan..sy tak ada byk pilihan sbb budget terhad. sy tak berani mencari rumah sewa mahal sbb sy kan housewife. so dgn single income dr suami, sy kenala belajar buat budgeting. kalau dulu ada gaji sendiri, so boleh happy ikut suka nak pilih tadika anak yg mahal pun takpe sbb sy ada extra income. skrg ni sy kena cr tadika yg sesuai dengan poket kami.

Sy jelajah penang dgn google map mencari kawasan yg ada sekolah, sesuai dekat dgn jambatan kedua, akhirnya jumpa sekolah Kebangsaan Batu Kawan...sekitarnya ada kawasan perumahan dan ada tadika KEMAS di blkg sekolah.. seronoknye..terus kami survey kawasan tu. pusng mencari rumah sewa, x ada rumah sewa..cari di Mudah pun susah nak jumpa.. hampir putus asa, kami berenti minum di satu kedai di kwsn perumahan. hubby cuba beramah mesra dgn tuan kedai, K Ani namanya..rupanya K Ani lagi sepuluh kali ramah. dia berikan nombor jiran yg tolong manage rumah sewa jiran jiran sekitar pperumahan tu. rezeki kami, masa call Tuan rumah tu, Che Lah..mmg ada penyewa nak keluar hujung bulan 11. Cuma rumahnya setingkat tiga bilik dan satu shower room + satu toilet. dah letih mencari, kami tak ada pilihan..ok je. sewa pun berpatutan..

Dah dapat rumah, sy terus call sekolah dan tadika KEMAS. dua dua masih boleh terima pelajar. Alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan oleh Allah. happy tak terkata. Hubby start kerja December 2015..kami separate selama sebulan dan lepas habis edah dgn Proton sy menyusul bulan January 2016. hehe

SO since January bermulalah episod baru dlm hidup sy menjadi stay at home mom. mula mula bila jiran bertanya kerja ke tak, rasa tergeliat lidah juga nk ckp sy tak kerja. tp lama lama sy jadi biasa..bukan ke itu yg sy nakkan sgt kan?

jadi SAHM bukannya rilek wei..dulu sy rasa jadi SAHM segalanya akan teratur, well organized kan? heheh mmg takla..dgn anak sentiasa dgn sy rumah mmg agak kacau bilau,rutin bermula lepas subuh, sy driver hantar empat hero ke sekolah, then rush ke kampus dgn Aisya. Sy drop Aisya dirumah baby sitter dan terus ke lab tempat sy buat research..mmg sy gunakan masa empat jam di Lab so called office baru sy dgn fokus pada study, buat kerja yg diberi supervisor sy.Dah settle kerja untuk hari tu,  by lunch hour sy pick Aisya dr rumah bbsitter dan pick up 4 heroes balik ke rumah. biasanya sy tak masak. sy akan tapau di kampus dan bagi anak anak lunch. ptg hantar Adam ke KAFA pula..kemudian tidurkan Aisya, layan Amir Amar Aryan. kutip kain, lipat kain..kemas rumah sementara tunggu nak pick up adam balik dr sekolah agama.

before 5.30 kena pastikan rumah kemas dan ada air neskepe atas meja iyela nk sambut hubby balikkan..heheh karang dia tgk sy macam kak limah..umah mcm tongkang pecah anak comot..tak pasal dia suruh sy kerja semula. sama je kerja dgn tak kerja..hehe

Awal awal mmg sy tak boleh nak manage masa..sbb rindu bespren di shah Alam, kerja sy berwasap, update fb. sedar sedar dah nak petang satu kerja pun tak buat. so mmg diakui life sy off track masa awal awal pindah..dgn nk adjust diri as student lg. now slowly kembali ke landasan yg benar. study je masih tunggang langgang..sikit je lagi supervisor sy nak meletop.

Starting February, sy dah start ada jadual untuk ajar anak dirumah. tak boleh harapkan tadika KEMAS sbb pelajaran yg diajar tu anak anak sy dha belajar masa umur 4 thn. so sy kena be proactive ajar dioarg dirumah 3M. MAsih mencari method yg sesuai nk ajar diaorg. Susah woo sbb tiga tiga hyperactive. Yg bestnye tadika KEMAS dah start ajar solat, so diaorg byk belajar pasal solat, tauhid..balik rumah diaorg cerita apa cikgu ajar disekolah.

Cuti sy  CNY sy start buat kem solat. kononla kem solat..tp seronok solat jemaah dgn hero hero..masa tgh solat dgr kt blkg diaorg bergaduh..bertolak..aisya baring kt sejadah so abang abang mulala bising..hehe lepas few days, diaorg dah boleh follow. Sy pastikan Adam tak tinggal solat termasuk subuh. Amir Amar Aryan on off ikut mood sy.

Setakat ni je la cerita panjang lebar saya/ sekarang mood mendeko rumah mmg xde. rumah sewa, malas nk buat apa..pastikan bersih, xde lipas da brg teratur. ada rezeki cari rumah di penang, kita decor la sampai lebam ye.