Monday, May 18, 2015

Bila anak membesar..mami pening kepala

Dulu masa saya masih anak dara, saya selalu hairan tgk ibu ibu yg nmpk diri tak terurus, baju dng seluar tak matching..tudung lagi lah out of shape. tu lom kira rambut mengerbang tak bersikat.

Saya selalu bygkan kalau sy berkahwin, jadi ibu, saya takkan benarkan diri sy tak terurus sebegitu rupa. Saya bayangkan suasana tenang, santai, ada masa minum kopi sambil baca majalah cleo, baca novel sidney sheldon..sambil sesekali jeling melihat anak anak bermain ketawa bersama sama. tenang sungguh. Saya bygkan saya bergaji besar, rumah besar, diri didandan rapi..sesekali pergi spa paling paling pakai mask di muka.

ok tet! bangun oi..

Rupanya mmg tak berlaku pada saya. melahirkan anak berderet setahun satu..sampaikan org ingat saya mengasuh budak dirumah memang buatkan saya jadi sama macam akak akak yg sy dok tengok sepuluh thn yg lalu.. uwaaaa *nanges*

mesti korang herankan, minah ni asal citer sal anak mesti nk kecoh hidup dia kelam kabut. eh memang pun..takkan sy nak cerita yg indah indah je..bg sy skrg yg indah dalam hidup sy bila sy tgk muka anak2 waktu dioarg tidur. masa tu br rasa dioarg sgt comel hokey..bila anak anak jaga..haisy *picit kepala

Rumah impian saya tinggal impian,.  plan nak diy, dekorasi, renovasi saya letak sebelah. paling bagus kalau dpt lupakan terus. hihihi

dinding rumah dah ada kesan tapak tgnbudak kecik yg pegang coklat. toilet lagila..everytime ada makhluk halus guna toilet, saya kena simbah..kalau tak mmg bau urine..kekeke


bilik toy and bilik komputer ayah tak payah ceritala..itu tempat dioarg berkubang especially waktu weekend.

Apapun, ddalam bersungt sungut ni, saya tak berenti bersyukur sbb anak anak membesar dgn sihat dan bijak. kalau tgk cara dioarg bergusti, terbukti anak sy ni mmg kuat belaka..heheh

si kecik Aisya sufia, my darling my little angel ni pon mcm abangnya..rambut tu tak payahla ko nak dandan bagai. buang karan.kejap je dah kembang mcm megi.

hari hari kepala sy dok fikir menu masakan. dari tak reti memasak, sy dah bolehla memasak menu ringkas. tka larat nak beli, karang beli kt gerai or restoran, terpedas lah, tak sedap lah, itulah..inilah..ada je tak kena. baik sy masak ikut selera tekak anak anak. jimat pon jimat.

Esok ayah dioarg outstation..tgh prepare mental fizikal ni. mcm mana lah sy nak deal dgn lima budak tak paham bahasa ni. wish me luck!








3 comments:

dyanayusuf said...

adoii.. gelak sorg2 dh baca nih. mcm sama jek. cuma i dah jadi mak lampir wpon anak 3 je.
what.. jerrr?????

siti norsarah Aminuddin said...

haha babe.. mcm sikit kan 3 tu..boleh tambah lagi tu..

Monaliza Abu said...

Part yg verangan awl2 2 sgt sama mami...wpun bru 2org..tp angan2 2 sume tgl angan2..huhu