Tuesday, March 24, 2015

Bekal anak anak

Antara koleksi bekal anak anak..konon nk buat diari bento mommy of 5A tp dah kelaut..tepek sini jo la..bakat utk deko bento x ada. Ni je yg ada, biasanya x smpt la mak nk snap pic pukul 5pg.. Hehe

Monday, March 16, 2015

Berkebun memang seronok

Skrg ni sy adah hobi baru yg sgt best selepas hobi mengecat rumH..hihihi

Sejak dua menjak ni sy suka bercucuk tanam. Semai biji benih sayur, tgk pokok membesar, berbuah...rasa seronok..dpt tuai hasil dan jdkan menu santapan anak beranak..mmg syok

Utk medium tanaman, sy gunakan tanah campuran baja dan cocopeat. Gaulkan dan masukkan dalam pasu. Lebih senang tanam dlm pasu atau bekas botol recycle..senang untuk sy ubah pokok mengikut cuaca.

Tentang baja, sy guna few baja, beli di pasaraya je. Dan untuk elakkan serangan serangga pada tanaman, sy gunakan neem spray yg organic, diperbuat dr minyak daun mengkudu

Kt bawah ni gambar gambar tanaman sy..ptg td br sy semai biji bayam merah, mini sawi, more kailan, jagung, cili api, cauliflower, broccoli, parsley and.last but not least..tembikai! Hehe oh ya salad juga. Hope semua membesar
.bila dah bercambah pening kepala nk cr bekas. 

Target dlm beberapa bulan akan dtg, sy  perlu lg beli sayuran dipasar. Berangan nk menanam sayur dr luar negara..special sket jamu anak suami..hehe and plan nk beli kit cendawan tiram. Masak sup sayo sodap

Saturday, March 7, 2015

Gotong Royong Gegar Denggi Topaz 4, Bandar Saujana Putra

As salam,
Update aktiviti weekend bersama jiran jiran.. AJK KRT mengadakan kempen gegar denggi di kawasan kejiranan kitaorang, Topaz 4. so start pukul 9 am, para suami dgn peralatan mencuci start bersihkan semua longkang,  sampah sarap dan segala yg menakungkan air. Tak sampai 50% penduduk hadir tapi xpela..yg ada je la buat kerja. kiranya xkisahla longkang area rumah siapapun, geng volunteer ni bersihkan jugak. iyala..nyamuk berternak kt rumah org tu, tp gigit manusia kt rumah lain ye dak? anyway yg x dtg pun ramai bersebab, ada yg balik kg..yg kerja pun ramai..so next time dioarg join..insyaALLAH

anyway, para isteri pulak organized potluck. sediakan breakfast bawa ke rumah sorg jiran yg selalu dijadikan sasaran jiran berkumpul. hihi

so para isteri dari awal dok berbual cerita update masing2. kitaorg jrg berjumpa..kalau jumpa pun hai hai bye bye je. kalau dah berkumpul baru besar besaran update pasal anak anak, kerja, rumah...

seronok..rasa macam dkt kampung..syukur jiranku mesra alam dan suka bermasyarakat..hihi

















Wednesday, March 4, 2015

Cerita dapur

impian sy utk ada dapur dan kitchen cabinet masih belum kesampaian. Maklumla tukang rumah ni buat kerja part time. Hihi..
Apapun syukur sbb en hubby dah berjy siapkan tembok rumah. Tmbhn struktur bhgn dapur dibhgn belakang rumah br70% siap. Bumbung lom sepenuhnya dipasang. Masih byk lagi kerja nak dibuat. Takpe hubby, pelan pelan ye.
Skrg ni dapur sy mmg ala dapur org bujang. Mmg habis gaya cowboy. Cuma.sy cuba pastikan segala peralatan senang dicapai..teratur dan x semak.
Ni sinki asal dr pemaju. Mng sakit mata menengoknya..saya bglah dia pakai skirt..

Ni cabinet office hubby. Beli waktu lelong..konon nk guna nanti utk kedai fotostat. Sy pinjam dulu utk dijadikan partition sementara antara ruang tamu n dapur. At least bukak pintu  depan x nampaklah sinki melendut sy tu. Hihihi

Rutin bertambah

salam...

Lama sy x update. This time sy nk update perkembangan terkini sy dan anak anak

alhamdulillah..anak sulung saya, AdamSaufy dah bersekolah darjah satu. Rutin hidup adam berubah sejak sekolah. Bgn awal, mandi, bersiap, pukul 6.30 pg naik van ke sekolah. Tgh hari transit di tadika, siapkan hw, mlm pegi mengaji iqra'.

Si kembar Amir Amar..dah lima tahun. Rutin mcm biasa, ke tadika, petang sy jemput diaorg dgn aryan. Mlm buat hw, tgk tv, main video game, tidur. Si kembar dah makin bijak berckp.. Indipendebt dan boleh uruskan diri sendiri.

Aryan sufi, anak manja sy ni dah jadi abang. Dia dah empt thn..dah dua tahun tadika..tp masih menggigit *sigh. Habis kawan kawan digigitnya. Cptlah besar aryan sayang. Aryan dln stage transition utk jadi budak besar. Kami kena byk bersabar dgn aryan. Dah jadi abang, dia syg dan lembut dgn adik nya.

Aisya sufia * sebut nama dgn dreamy face.. Anak manja intan payung mami ni dah masuk 10 bulan. Dah boleh merangkak, dah boleh berdiri, belum ada gigi tp kuat mkn dan menyusu. alhamdulillah aisya menbesar dgb sihat. Suka join abang abang buat homework or main. aisya ni kurg friendly dgn stranger. Tp bila dlm kalangan adik beradik, dia jadi sgt ceria, happy go lucky. Ada dua karakter dlm diri aisya. Perangai cute kelakar hanya dipertontonkan pd selected people je. Adoi..ni first time ada anak bermuka ketat. Anak lain dgn org x kenal pun asek menyengih.

Saya? Rutin sy bertmbh..sy lah cleaner, tukang dobi, chef, gerdener skrg ni. Waktu tidur sy makin pendek. Seawal 4am sy dah bgn siapkan bekal sekolah anak anak. Sy suka bgn awal, buat kopi panas..suasana sunyi camtu sy boleh fokus memasak sambil sambil laundry, kemas dapur, pack nursery bag anak anak, siapkan bj sekolah, botol susu bla bla bla. Pukul 7 sy hantar anak anak ke tadika dan off to work. Ptg jemput anak anak, lepas tu balik biasanya sy alternate..sehari sy masak utk dinner and the next day beli. Siapkan adam pegi mengaji, layan aisya. Tgk anak anak buat hw..buat kerja rumah mana yg smpt l..kengkadan pukul 9 mlm sy keluar belek pokok dlm gelap..haha

Mmg bz. Sy x mampu nk attend wedding, birthday party, doa selamat..nk bergerak dgn bala tentera memerlukan kudrat yg byk. Biasanya energy sy drained hr jumaat. Sabtu ahad sy sibuk dgn rumah..tmbh skrg ni sy kena angkut semua anak anak utk bawa adam ke kelas taekwando. Hubby berkerja di hari sabtu. Ada sedara mara ygx faham dgn kehidupan sy ingat sy sombong or nk jauhkan diri dr semua org. Sbnrnya tak...sy ceritakan disini kot kot ada yg baca. Hrp fahamlah ye...fizikal x berjumpa tp doa dan ingatan ttp utk korg semua.

Sy doakan sy terus sihat.. Dimurahkan rezeki. Sy beranak banyak..tanggungjawab pun berat. Sy nk jd mak yg sempurna di mata anak anak. Jd anak anak keutamaan sy.