Saturday, June 6, 2015

Happy birthday my dear caca

27 hb mei 2015 genap setahun usia my little princess, aisya sufia.

saya x organize birthday party or mkn mkn..sbn kebetulan taska pun organize makan makan sempena birthday caca.

so mak pun over excited..last minute preparation.. order cake, n titbits for kawan kawan caca. alhamdulillah the event went well. the kids seems enjoyed the cake n the dadih yg i buat. insyaAllah mami akan celebrate birthday caca dgn lebih meriah next year ya..

untuk aisya sufia anak manja mami..mami sentiasa doakan aisya membesar menjadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat. semoga Allah beri kesihatan yg baik untuk caca dan abang abang. amin

Thursday, June 4, 2015

cerita laman lagi

Tak banyak progress laman kecuali start mengisi tanah di dalam veggie bed yg hubby buat. beli 10 kampit..1/3 bekas je terisi..so kena beli lagi tanah hitam.

hr ni insyaAllah sy akan dpt lapan pokok cuphea abd dua pokok lantana oren n cream. cadangnya nak tanam di celah tembok tu. excited. sy juga ada order benih pokok pokok bunga yg susah dpt di nursery dr seeds galore di fb. parcel otw. yea!

aktiviti mengemas rumah mmg xkan habis. skrg fokus area laman dulu..clearkan bhgn yg menyakitkan mata..tutup dgn pokok hiasan..skrg ni kami lagi suka lepak di luar dr di dalam rumah..hihi

seminggu dua lagi sy akan buat operasi declutter bhgn dlm rumah. nk minimize brg sebanyak mungkin. rasa mcm nk let go few items dlm rumah... tgklah mcm mana

bhgn rumput yg kami cuba growkan..ni pic lama..skrg improved sikit
sebahagian pokok yg disemai
Ros purple. baru bertunas. sy tanam melalui keratan batang
pokok cekur dlm pasu..
Water lily je yg berbunga.

Friday, May 29, 2015

Carta prestasi anak

Saya sekadar nak berkongsi idea. Untuk mommies yang ada anak preschool or primary school, jom sama-sama try buat home chart ni. Actually chart ni mengamalkan reward system..you do good thing, you will be rewarded.

Ada parents tak setuju dengan cara ini sbb dikira 'rahsuah' anak. anak buat sesuatu utk hadiah. Bg saya, ia cara untuk membentuk disiplin, rutin yg berulang ulang akan jadi tabiat anak anak hingga dewasa. Masa kecil dia tak faham, dia cuma tahu nak kumpul start utk dpt toy lepas satu period of time. tp bila dah makin membesar, dia akan terbiasa dengan rutin tu.

tu sekadara ideology saya saya je lah, seorang ibu muda yang dahagakan ilmu parenting. cewah!

okla cut it short. ni ha contoh behaviour chart utk anak2
 *ihsan: En Google





uoll boleh je google image : Behaviour chart..byk image yg printable so that boleh fill in apa task untuk anak syurga uoll

Anyway,  tadi waktu lapang, sy cuba buat sendiri. inilah hasilnya


Saya isi few task untuk sy pastikan jadi rutin baru  anak.  mcm rutin sarapan, pergi school tu mmg x payah suruh diaorg pasti buat. tp rutin yg liat2 tu mcm mandi, solat, reading sy jadikan satu challenge untuk diaorg.

siapa nak softcopy in excel bolehla tinggalkan email address. tak rugi kongsi ilmu. semoga bermanfaat.


Monday, May 18, 2015

Veggie bed utk tanaman sayuran saya

Disebabkan laman saya dalam proses pengubahsuaian, maka kawasan saya bercucuk tanam terpaksa dipindahkan ditempat baru.

Saya teringin untuk ada garden macam  di negara empt musim, perasan spring autumn pulak dah..hihi

Saya bahagikan laman ke beberapa bahagian. tapi dibahagian gate kedua tu saya kena turap/ susun pathway stone untuk van kami di letakkan disitu. Kawasan baru utk kebun sayur saya di bhgn belakang, penjuru laman

Ini cabaran kami suami isteri, rasa enjoy bila berjaya tmbah koleksi sayuran dan buahan. Dengan budget yang terhad, kami cuba realisasikan keinginan dan nafsu kami utk memiliki rumah idaman ikut selera dan kemampuan kami.

Antara idea dari en google





Ini yang mampu kami buat petang semalam:




Bermodalkan kayu terpakai dari papan pemijak tangga rumah jiran, screw,paku dan kayu siaplah veggie bed kami..lapisan bawah ditutup dgn pasir. Next, kami akan isi dgn compost, fiber - cocopeat dan tanah..mudah mudahan gemuk sayuran ku.

kayu tu nanti akan dibersihkan..saya plan nak cat untuk menyerikan lagi laman yg belum ada tema lagi ni..hihi


Bila anak membesar..mami pening kepala

Dulu masa saya masih anak dara, saya selalu hairan tgk ibu ibu yg nmpk diri tak terurus, baju dng seluar tak matching..tudung lagi lah out of shape. tu lom kira rambut mengerbang tak bersikat.

Saya selalu bygkan kalau sy berkahwin, jadi ibu, saya takkan benarkan diri sy tak terurus sebegitu rupa. Saya bayangkan suasana tenang, santai, ada masa minum kopi sambil baca majalah cleo, baca novel sidney sheldon..sambil sesekali jeling melihat anak anak bermain ketawa bersama sama. tenang sungguh. Saya bygkan saya bergaji besar, rumah besar, diri didandan rapi..sesekali pergi spa paling paling pakai mask di muka.

ok tet! bangun oi..

Rupanya mmg tak berlaku pada saya. melahirkan anak berderet setahun satu..sampaikan org ingat saya mengasuh budak dirumah memang buatkan saya jadi sama macam akak akak yg sy dok tengok sepuluh thn yg lalu.. uwaaaa *nanges*

mesti korang herankan, minah ni asal citer sal anak mesti nk kecoh hidup dia kelam kabut. eh memang pun..takkan sy nak cerita yg indah indah je..bg sy skrg yg indah dalam hidup sy bila sy tgk muka anak2 waktu dioarg tidur. masa tu br rasa dioarg sgt comel hokey..bila anak anak jaga..haisy *picit kepala

Rumah impian saya tinggal impian,.  plan nak diy, dekorasi, renovasi saya letak sebelah. paling bagus kalau dpt lupakan terus. hihihi

dinding rumah dah ada kesan tapak tgnbudak kecik yg pegang coklat. toilet lagila..everytime ada makhluk halus guna toilet, saya kena simbah..kalau tak mmg bau urine..kekeke


bilik toy and bilik komputer ayah tak payah ceritala..itu tempat dioarg berkubang especially waktu weekend.

Apapun, ddalam bersungt sungut ni, saya tak berenti bersyukur sbb anak anak membesar dgn sihat dan bijak. kalau tgk cara dioarg bergusti, terbukti anak sy ni mmg kuat belaka..heheh

si kecik Aisya sufia, my darling my little angel ni pon mcm abangnya..rambut tu tak payahla ko nak dandan bagai. buang karan.kejap je dah kembang mcm megi.

hari hari kepala sy dok fikir menu masakan. dari tak reti memasak, sy dah bolehla memasak menu ringkas. tka larat nak beli, karang beli kt gerai or restoran, terpedas lah, tak sedap lah, itulah..inilah..ada je tak kena. baik sy masak ikut selera tekak anak anak. jimat pon jimat.

Esok ayah dioarg outstation..tgh prepare mental fizikal ni. mcm mana lah sy nak deal dgn lima budak tak paham bahasa ni. wish me luck!








Sunday, May 17, 2015

Progress laman rumah

Update sikit perkembangan di laman rumah. Tak adalah superb, tapi dah tak nampak lah lalang sampai lutut tu.
Sekurangnya hijau la sikit pemandangan... Laman belum lagi habis ditutup rumput. Kena beli lg 100 keping pearl grass utk tutup area yg berpasir.


Tgh tutup tanah dengan pasir

ni lah keadaan luar rumah last two weeks. semak kan? nak buat mcm mana..rumah x siap renovate lagi


gambar kat bawah ni keadaan rumah terkini.tu pun lom habis lagi ditutup dgn rumput


ni lah keadaan skrg

banyak lagi yg nak kena buat..en hubby pun lom habis lagi tuang simen utk tinggikan porch kereta n buat floor treatment. Bhgn blkg yg sblm ni kebun sayur jadi storage area brg pembinaan. Tgh memikir utk utlize koridor rumah utk jadi tmpt berkebun sayur. Tp dlm pasulah.

Nampak tak rumputnyg mcm sawah padi tu..tu rumput yg dipindahkan dr area blkg. Hopefully rumput tu akan blend well dgn rumput baru bg masa dua tiga minggu. If still hodoh, kitaorg tukar je dgn rumput baru. 

Tuesday, March 24, 2015

Bekal anak anak

Antara koleksi bekal anak anak..konon nk buat diari bento mommy of 5A tp dah kelaut..tepek sini jo la..bakat utk deko bento x ada. Ni je yg ada, biasanya x smpt la mak nk snap pic pukul 5pg.. Hehe