Monday, March 10, 2014

Jom usyar: my little sister's house

Rasa mcm nak buat entry2 khas mengusyar rumah org. hehehe seronok tgk progress rumah orang sbb secara automatik saya akan termotivasi untuk cantikkan rumah sy juge.

Entry kali ni sy nak update progress rumah adik perempuan sy, cikpuan Amirah. Rumah dia ni takdela wow mcm rumah yg kita dok tgk dlm pinterest or blog deko tu. cuma yg sy kagum, adik sy ni baru berumur 25 thn.. berkahwin umur 23thn. Tapi rumah dia lagi teratur dari rumah akak nya yg sulung ni. hihihih

Masa adik sy bertunang, adik ipar sy dah beli rumah teres setingkat. rumah ni siap sethn yg lepas. saiz rumah 20x70. 

Dah dekat setahun tinggal di ruamh ni, adik sy decide nak buat small house renovation. Antara renovation yg dibuat:

1. Besarkan gate, tambah tembok
2. Besarkan dapur
3. Kitchen cabinet
4. Plaster ceiling
5. Cat dinding

Sy tak tahu apa temanya..kekeke tp bg sy sedap mata memandang, kemas dan teratur. Adik sy ni dari kecik mmg sgt pengemas. Menyampah tau bila time nak raya, dia akan bg arahan paksa sumeorg kemas rumah. bukan takat kemas, celah2 almari, tingkap, kabinet, rak tak boleh ada habuk langsung. Siap kitaorg buat keje, dia jadi QC Audit hasil kerja kitaorg. Sapa tinggalkan cap jari dkt display cabinet kt living room siapla kena bebel.

Adik sy ni bertuah sbb hubby dia pun pengemas dua kali lima dgn dia, sama naik je peel derang ni. Adik ipar saya ni balik keje penat2, tak sempat rehat, panjat tangga buang habuk kat lampu kipas. so kalau gi rumah derang ni, sy cuak sket sbb hero2 kecik sy pakar sepah rumah. kekeke

ok jom le tgk progress terkini rumah dia. sorry gambo takde kronologi sbb tuan rumah yg ambik gambo. mmg ikut dan je dia ambik.


Ruang Tamu

Masa tgh renovate:


Lepas renovate: 

Tuan rumah lom habis mendeko lagi. maklumle baru je siap. tapi akak nye ni tak saba nak updet gamba dlm blog.



Takde gamba living room penuh. tuan rumah malas nak ambik gambo sofa. sofa derang ni pelik sket. kaler baby pink and baby blue. saya seram nak kasik anak2 dok atas sofa tu takut terlekat kesan coklat, gula2 kat sofa tu.mmg naya.


Habis renovate - Before and after 

Table top coklat tu actually dah ready made. pemaju dah buat siap2. mulanya adik sy plan nak tukar tile,tp memikirkan budget tak cukup. derang pakai je la table top seadanya.

                                        

                                       


 

Sy publish gambar ni tuan rumah tak tahu. kalau dia tahu, sure dia kemas kaw kaw hampar kapet bagai baru dia amek gambar..hihihi.


3 comments:

ladysara84 said...

kemasnya rumah....bahagian dapur tu tersusun je...bestnya dapat rumah setingkat..saya pun suka rumah setingkat:)

Ayu Rashid said...

Bagus.. muda2 dah beli rumah.

Unknown said...

Almari hiasan cantik la..mane nak cari ye? Huhu.thanks in advance..