Monday, February 3, 2014

Peraturan baru di rumah

Membesarkan empat anak lelaki berumur 6 thn, empat tahun dan dua tahun setengah amat mencabar. Cara mereka berfikir hampir sama, peel jugak sama..jadi jeritan, pergaduhan, tangisan mmg akna berlaku selang lima minit. Saya dan hubby hampir hampir hilang kawalan emosi, selalu saja buat hukuman terhadap anak2 ni secara fizikal. Sejujurnya, pendekatan yg kami lakukan adalah salah. hasilnya anak2 menjadi lebih degil.

Sblm tidur, bila tgk wajah anak2 yg sedang tidur rasa terharu, sedih dan menyesal bila hari tu sy menghukum dioarg. Sayang sgt pada diaorg ni..tp bila diaorg berjaga, masyaAllah..Allah sj yg tahu bagaimana tak terkawalnya rumah tangga saya. toy berselerak, buku tulis pun bersepah..pensel warna di sana sini..setiap lima minit saya akan susun throw pillow di living room kemudian bersepah semula.

Satu hari, bincang dgn hubby, kami cubba introduce anak2 dengan tab...games..Tablet kan new trend kanak2 zaman skrg. mula2 sy berikan tablet samsung sy pada Adam, anak yg sulung. mmg berhasil..Adam seharian mengadap tab bermain videogame. Adam pandai donwload sendiri game dari apps..dia thau buka youtube dan type keyword untuk clip yg dia nak tgk,contohnya train, dinosaur, thomas, zombie plant, etc


Kemudian adik2 nya mula mengikut, jadi nak elak pergaduhan, hubby belikan sorg satu tablet buatan China. sama saja fungsinyadengan tablet samsung. anak2 gembira dpt sorg satu gadget. sy pun happy. Bawak diaorg ke kedai makan, masing2 melayan tab masing2 so takdelah diaorg bosan dan tunjuk peel masing2. mami dan ayah pun sibuk dgn hp masing2..buka whatsapp, borak dgn kawan dalam group whatsapp. hasilnya, kami tak berkomunikasi. saya dan hubby seolah2 dalam dunia sendiri. dah mcm orang asing.

Hasilnya, rumah tangga jadi makin tak happy, so saya decide untuk kurangkan pengunaan hp. weekend saya ignore hp saya, sekali sekala sy buka untuk catch up latest story kawan2 di whatsapp dan fb. suami pun begitu juga. kami wujudkan aktiviti bersama. akhirnya kami kembali jadi pasangan suami isteri yg romantik gitu. hehehe

Ok abaikan cerita tu, cerita utama untuk entry ni actually nk cerita pasal anak2 sy.  dek penangan gadjet ni...anak2 saya  siang malam mengadap benda ni, budak2 ni susah nk disuruh, mandi malas, buat homework tangguh..makan pun bertangguh.  masing2 terbongkang di sofa, depan tv tak bergerak. hanya jari je ygbergerak scroll tab tu ke atas ke bawah. ultimately, saya naik hantu..saya ambik dan simpan semua tab tu tanpa belas kasihan. menangis meraung nak kan tab terbasuk Aryan. seminggu tak keruan anak2 saya tanpa gadget empat segi tu. saya keraskan hati, skrg ni dah masuk tiga minggu, rumah saya kembali ke asal. kecoh, riuh rendah, berterabur dari ruang tamu sampai ke bilik toy dioarg. Sy kembali jadi mak tarzan, menjerit bg arahan, membebel...tak apalah, asalkan budak2 tu tak terlepas zaman kanak2 yg normal. *smile

nak kurangkan sepah, toy saya sort dlm beberapa plastic container ikut kategori. Koleksi train, lego, cars, tractor, activity toys dlm bin yg berbeza. Sy susun atas rak tinggi yg saya dan hubby sj boleh capai. Kalau anak2 nakkan toy,syaratnya kena behave, kemas rumah balik ke asal baru sy bg dioarg buat pilihan..hanya satu kategori dlm satu masa..kalau nak mian train thonas, hanya toy tu yg akan bersepah atas lantai..so senang untuk sy kemas. hehehe

Alhamdulillah, sy rasa tanpa gadget, anak2 jadi lebih kreatif bermain, habis bosan, diaraorg akan minta pensel warna dan kertas A4 kosong untuk melukis. hanya hujung minggu anak2 sy dibenarkan tgk movie kartun dan beberapa rancangan tv yg sy pilih. tak ada lagi cerita mr bean, oggy and cocroaches yg mendorong mereka menjadi nakal. cuma siri ultramanyg tak dpt dielakkan..huhuhu saya akan lebih strict dalam memilih rancangan tv untuk empat hero ni.

Wish me luck. dah bertahun jadi ibu, byk lagi ilmu parenting yg sy kena belajar. ilmu yg paling  sy kena master is SABAR.

5 comments:

Tishya said...

good job sarah. proud of u!

Fizah said...

tunjukla gmbr acaner akk susun toys ikut kategori tu...ramai mommy nk praktikkan jgk ni =)

siti norsarah Aminuddin said...

ok Fizah..nanti sy share :)

Tisya..i learnt a lot from you super organized mom.

eug|ena said...

wow, stay strong sarah!

xleh imagine macam mana nak handle 4..

mizah baru 2 pon dah pengsan huuu

siti norsarah Aminuddin said...

itulah mizah..mmg kite ni tgh psiko diri utk stay strong and insane. mencabar betul..apapun bila hero dah besar, sure akan miss moment mcm ni nanti. :)