Friday, February 28, 2014

Aktiviti pg ahad

1.3.14
1. mami marah adam sbb jatuhkan sebekas berus gigi dlm mangkuk tandas.  kena tukar br berus gigi tu..aiseh
2. breakfast roti telur n sambal sardin.licin plak hero mkn
3. pukul 8.30pg, tokey nursery hantar pokok yg sy order, keladi daun lebar, pokok kari yg harizah order, pokok cili api, pokok pandan... n more tanah hitam. tq daun keladi ada duit sy order lg..hehe
4. mami berguling jp cam citer industan atas katil, dok merenung bilik bb yg xde progress. tunggu kawan yg ke ika beli rak kayu dua set utk bilik tu. tgh sale from rm59 jd rm29..wajible beli. seb baik ada kawan berhati mulia offer nk tolong belikan. tq pijie n shima. korg mmg baik.
5. plan ptg ni nk ubah pokok masuk dlm pasu..kumpul dulu pokok, siap tem
bok, insyaAllah nk susun atur pokok jd taman yg cantik.
jauh lg perjlnan sy membesarkan anak dan mencantikkan rumah...huuhuhu




Tuesday, February 25, 2014

Kabinet barang makeup

Entry ni sy nk cerita pasal meja mekap sy. kalau tgk dlm entry lama, meja solek sy masih lg sama, kale coklat..design yg sungguh oldies..design ortodok, meja solek tu coming as a set dgn katil n lemari. sy beli masa br kawen..nape sy pilih design camtu? hanya Allah je tahu apa yg sy pikir time tu. hehe
to be honest sy mmg nyampah yg amat dgn meja solek ni...sy nk beri nafas br pada kabinet tu..cermin tu sungguh x kena dijiwa sy.

kalau entry lama, mmg sepah habes meja tu..penuh dgn mekup yg expired..dlm laci xyah tgklakan..betapa x teraturnya idup..
See! sepahkan? ni citer dua thn lepas aaaa hihihihi

pastu sy pindah di rumah br, sy tanam azam untuk pastikan segalanya tersysun atur..*konon la kan...maklumla x pro.  so dgn segala resource yg ada sy guna je..janji x sepah.

tp bila tgk balik, suram, x menarik...bosan..mmg kena buat satu projek khas untuk meja solek sy ni. so smlm dgn boyot boyot,sy leraikan cermin n  kabinet tu...kabinet sy tolak masuk bilik lain yg soon to be bilik my princess, n cermin sy plan nk diy jd cermin dinding.

projek bilik princess still in progress..waaa so many projects tgh berjln with very ciput budget. nmpk gaya kasi kemas je dulu bilik..ada bejet kita start projek mrngecat n beli perabot.
Tudia kabinet mekap tepi katil..deko tipikal mak mak anak ramai.. kenapa mesti tepi katil eh? dekorasi turun temurun dari mak dan nenek..heeee

Kemas kan? *eleh bajet sgt.  tp serious sepuloh kali kemas dari  masa kat rumah lama..ni kira okla standard saya

Aaaa ok la kan..ada bekas2 nak simpan kerongsang, brg mekap..
Selepas: tinggal kabinet je. parking kt bilik baby. nanti dah siap  dekorasi sy apdet ye

Idea dr ikea, balut dgn kain, gam and staple.

Nampak cermin tu? tu cermin kabinet yg saya leraikan.. cadangnya nk potong kaki kayu tu and bhgn 'crown' kt atas tu, and  suh hubby gantung kt dinding; why bersepah atas katil tu dgn kain baju? jawapannya: sbb sy tgh susun atur perabot bilik baby and bilik saya. tu nantile sy citer.

Mana pegi brg sy yg byk2 tu? aaa yg tu masih dlm drawer..sy dok pikir mcm nak  buat .

mungkin nk buat simple makeup vanity dlm bilik air master bedroom sungguh privasi tanpa ada budak kenit akan patahkan gincuku..eceh..:)

whole week strory : Warded - Blood Transfusion & Berkelah di Pantai Kelanang lagi

Lama menyepi bukan sbb busy, tp sebab kesihatan tak mengizinkan. patutla last week sy cpt letih, nak buat kejra rumah pun x ada daya, rabu dan khamis saya bercuti untuk follow up check up dkt hospital putrajaya and KK. hari khamis tu masa tgh check perut, sy raa pening..kepala saya nmpak semua benda berpusing2. Doc ckp, tak bolehla nak biar, tu tanda hb sy terlalu rendah dan bahaya untuk saya and baby. SAtu lagi surat rujukan ke hospitla di buat. Doc nak minta hantar guna ambulance, sy tka setuju memandangkan sy bawa amir masa check up tu. so sy minta en hubby yg hantarkan.

lepas lunch, teruske hospital putrajya, tunjuk result darah dan ref letter, derang hnatar sy ke labor room untuk screening. another set of blood test lg kena buat, heart rate sy laju dr biasa, doc decide untuk transfuse darah. plan doc 2 pint darah akan dimasukkan dlm badan sy untuk increase hb. so bermlmlah saya mlm tu di ward sbb esok pagi2 start transfuse darah

En Hubby sgt unhappy. dia panik kena handle anak2 sorg diri dgn ruamh bersepah, kain baju tak lipat and bj sekoalh anka tak iron. mmg keadaan rumah tunggang langgang sbb sy mmg rasa letih yg amat, asek berbaring je dua hari sblm kena warded tu. sy minta hubby bawak balik je anak2, bg diaorg mkn and tidokan dioarg. cuma pagi2 en hubby kena iron baju anak2..kerja yg dia tak pernah buat selama kawin dgn sy. in fact kt mana baju anak2 and baju sendiri pun sy kena bgtau. manjakan hubby saya? hehehe

so bila saya sakit, terpaksalah semuanya berdikari. Adam bgtau ayah lokasi baju..hero2 gotong royong lipat kain, sidai kain and ayah iron uniform baju sekolah hero2. *mami proud of you ayah :)

balik ke cerita saya di ward..masa cousin saya dtg bawak mknan, dia ambil gmabar saya di ward..mak ai..pucat lesi muka..bibir saya warna gelap..mata lebam. patutla doc nak masukkan transfuse darah. esok pagi bermulalah episod tambah darah...first pint, ok..smooth laju je darah mengalir masuk..pukul 12 lebih satu paket darah berjaya masuk. berdebar sungguh rasa..takut blood tu tak sesuai dgn sy..alhamdulillah tkade tanda rejection berlaku. every 15 minutes nurse akan ambik bp reading sy. normal. darah diterima elok dlm badan







2nd pint dimasukkan pukul 6.30ptg. darah pekat sedikit..symula rasa x selesa. last2 ada blood clog kt tube so tgn sy start membengkak..nurse try flush dgn air..waaaaa saket ooo nurse tolng urut2 tgn yg bengkak..flush lagi air masuk..fuh! last2 darah berjy jugka dimasukkan t berjam2 jugak baru habis sepeket.
lega! takde rejection juga. sy rasa segar..doc yg tgk ckp muka i nampak pinkish sket. buat blood test lg sekali..hb naik 11.4. yea!doc bg balik. seronok! dua mlm kt wad mmg tak best..sorg diri. nasib baik ada tab, ada wasap and my dear beloved frens layan saya dari pagi sampai tgh mlm. TQ C-A-M. Love u more and more..muah!

sampai dirumah on Friday evening..hubby ajak lunch dulu diluar..dating jap smeentara menunggu pukul 6 untuk ambik buah hati 4 org tu. sesampai sj saya di rumah..masyaAllah..toy's room bersepah..my eyeliner dibuat pensel bebudak ni conteng kat dinding and atas lantai..gincu sy patah..kertas bersepah..buku koyak rabak. kain baju yg berlipat and tak berlipat bercampur mcm gunung. uwaaa tak tau nak cerita..sy terus migrain..migrain yg sgt kronik..jumaat mlm sy dah tka boleh bgn, sampai ke ahad pagi br migrain berkurang. reda sket sakitnya. itupun reda sbb hubby ajak berkelah kt pantai kelanang. x nmpak rumah terus sihat migrainnye..hehhee

tak ada gambar rumah bersepah..tak tergamak nka ambik nad post kt blog. sgt bersepah okey *nanges

btw ni antara gambar gedik bebudak ni. we really had fun kt pantai..tgh hari balik..energy and mood semua org di recharged semula. balik non stop sy mengemas dan akhirnya ahad ptg keadaan ruamh balik ke asal. phew!







Sunday, February 16, 2014

Weekend @ Pantai Kelanang, Banting

Salam,

Monday blues..tambah blues bila ingat seronoknya kalau boleh spend more time dgn anak2.
Kelmarin, hari Ahad, setelah sekian lama anak hanya berhujung minggu di rumah, akhirnya ayah decide bawak empat hero meronda2. Kami suami isteri bukan kaki lepak kat shopping mall...amat jarang kecuali mmg plan untuk shopping or tgk wayang.

sy suka actually window shopping, tp dgn anak yg ramai, huru hara weih..tak boley..hihihi nak shopping usually hari kerja..dating dgn hubby pun hari kerja, saya dgn hubby ambik cuti, kitaorg meronda duaorg..ha time tu baru gi shopping mall..mencekik makanan kesukaan kitaorg. jln pegang tgn, pegang pinggang..eceh..gedik

ok back to story asal. so weekend ni hubby ajak gi area banting,,niat asal nk cr batu bata murah untuk projek dapur yg tak siap2 tu. last2 melemcong sampai ke bukit jugra. kitoarg meronda tanpa hala tuju..sight seeing la konon..last2 ternampak signboard Pantai Kelanang. hubby ajak gi..saya taknak..sy nak gi pantai morib yg confirm tau camne rupa pantainya. hubby degil..dia nak gi gak..ikut sukalah, bukan sy yg drive.nak sampai ke pantai kelanang tu, jauh jugak kedalam..lalu jln sempit and kawasan kampung. cam tak confident jek..sure tak best pantainya ni kalau tak sure femes kan?

alang2 dah nak sampai..teruskan jugak perjlnan..akhirnya dari jauh nampak kawasan lapang, ada pokok rhu..bila sampai..hmm not bad..nampak kawasan parking kereta yg luas, ada kedai2 jual layang2 gerai mkn..ada pantai, ada ramai org berkelah dan berkemah..malangnya time kitaorg smapai air tgh surut..jauh nun disana nampak air laut..

pantainya  jenis berpasir dan bukan jenis berselut..hubby turun kat kawasan air surut tu, tangkap ketam tunjuk kt anak2..bajet anak2 dia budak town sgt..kekekeke tp sy yg menjerit lebih..ketam idup geli..ketam goreng tak gelilah..

sy biarkan anak2 sy 'menggila' berlari, menjerit, melompat, bergusti, bergolek atas rumput, main kat playground..no restriction..ikut suka korglah nk buat apapun..mami bersantai mcm elephant seal atas kerusi batu..ehehehe.. oh indahnya dunia boleh lepaskan anak berlari main suka hati tanpa risau ada kereta, motor lalu lalang..takdela nak segan kat jiran anak buat bising.Anakku mulut semua high pitch.

lepas tiga jam, kami balik..perjln sehala 45km..takpe jauh janji puas hati..next time nak dtg lagi..pantai ni less crowded..agaknya org dkt2 situ je yg tahu. next trip nk bawak khemah and bekal..cam best jek camping kt situ.

ni antara gambar yg sempat di snap.
pakaian rasmi hari minggu, sng nak spot budak2 ni kalau bersepah








Karipap oh karipap

Pagi buta as usual la kan, siapkan bebudak gi sekolah. sambil2 tu, saya goreng frozen  karipap yg dibeli dari adik saya. goreng empat biji untuk bebudak, and lagi satu tupperware untuk mami bawak gi office. di sebabkan ketiadaaan plastik kecik yg sy biasa sumbat bekfes sorg satu, so, saya sumbat semuanya dlm satu tupperware, pass kt adam suruh bahagikan kt adik sorg satu kt school nanti.

ARyan dan Amar dah bising nk jugak tupperware tu..sy explain yg ada empat  karipap dlm satu tupperware..nanti adam bg sorg satu. masih tak dengar..berebut tupperware karipap dlm kereta. tak cukup dgn tu, derang nak rampas tupperware karipap saya..hep! mana boley! saya suruh derang bertenang jap..sy ckp nanti sy settlekan isu karipap derang ni kt school. so, derang bertenang la kejap spjg perjalanan ke school.

Sampai pulak kat school, Adam dah lari dgn tupperware karipap...apa lagi histeria la budak berdua tu. seb bek Amir macho tak terlibat dlm perangai memalukan tu. Amar dah start nak meraung..Aryan dah start baut ketul batu taknak kuar keter. last2 sy pujuk *ehem! sora dah start tinggi dah..sket lagi jd mak tarzan.

sampai kt school..empat2 serbu kt tupperware karipap..pakat tarik tupperware pulak dah! adeih! pening mak..cam nak pitam. Teacher derang ckp"takpe kak, biar saya settlekan..akak gi lah keje." kelihatan teacher derang merampas tupperware karipap tu..teacher ckp nanti teacher bg..ha sonyap ko! br ko tau sapa lagi power..dgn mami korg, korang taknak dgr..kehkehkeh

ptg ni kena pi beli plastik sandwich..buat bekpes kena bg sorg satu bekpes pack. waaa ni yg rasa nak beli pouch bekpes yg cecomel ni mcmbudak jepunbawak gi school tu. aisy..pagi isnin dah dpt task penting:menggoogle breakfast pouch/bag..ada idea kat mana nak beli mummy sekalian? sila bg idea.

TQ




Friday, February 14, 2014

Mummy's night and morning routine

2014 saya consider as our hectic year. Saya ada 4 pre-schoolers dan sorg lagi akan join the family in June '14.

Keempat-empat anak saya dah bersekolah tadika. ala..org dgr, tadika je pun...takkan tak boleh managekan? bukannya anak nak ambik exam besar pun..mmg betul..tp nak uruskan tu mmg satu cabaran untuk saya.

Masa twins kecil, rutin harian bermula pukul 5pg, saya mop lantai pukul 2pg, vacuum rumah di tgh mlm..mmg jiran hangin la kan :) Tp bila anak2 dha besar sikit, mami dah boleh tidur lebih so in between pukul 5.30 - 6 am mami dah jaga dari tidur. heaven!

bgn pagi, kalau stok baju uniform sekolah lom iron, pagi buta tu mami kena iron 4 set uniform hero, baju keje mami dan ayah..biasanya 20menet siap. hihihi

ayah bgn dlm pukul 6.10am..(mami yg tetapkan waktu ayah wajib bangun)..antara tugas ayah adalah mandikan empat hero, mamiprepare baju untuk daycareafter school and school bags heroes. bancuh susu seorang sbeotol, kena tunggu semuanya habiskan minum susu.

6.50am, mami sumbat semuanya dlm kereta, rempit ke gerai nasik lemak, kalau mami tka smpt prepare breakfast, mami akan tapau karipap 4 biji dan another kuih 4 biji..sumbat dlm plastik kecik buat empat set..bg sorg satu untuk bekpes kat school

sampai dkt school hero-hero..mami drop semua kt pintu sekolah..then rempit ke tmpt kerja.

pukul 6 ptg biasanya mami akan jemput hero-hero dari school, sampai rumah, bg mandi, rehat, minum susu, and main. after maghrib, after dinner, mami akan monitor hero-hero buat homework. dlm pukul 8.30pm, ayah buatkan susu untuk hero..then antara 9.30pm - 10pm tido time.

Sejak ngandung ni, mami cpt letih so tidur awal juga..tapi kengkadang dtg rajin, mami buat juga aktiviti mengemas ruamh, cuci toilet kt tgh mlm. habis settle house chores, baru mami zzzz

camtulah tiap hari pada hari keje..pada hr tka keje..tkg mood..kengkadang awal gila bangun, kengkadang kesiangan juga..hihihi

uniform skolah siap di iron

School bag and daycare bag

ni masa orientation week kena pakai tag

off to school

ready nak gi school. Amar tgh pulun habiskan susu sebotol

pesen ambik gambar hero-hero..mesti kena selonggok

sambutan maulidur rasul baru baru ni dkt school



Thursday, February 13, 2014

Set lengkap vitamin Shaklee untuk wanita mengandung

Sejak mengandung anak kelima ni, alhamdulillah sy jrg skip ambil vitamin, semestinya vitamin Shaklee yg organic, halal, sucidan berkualiti tinggi. :)

Walaupun hb reading x imrpove, tp sy yakin, semua food supplements yg saya ambil dpt bantu perkembangan baby di dalam kandungan. insyaAllah

Berminat? sila hubungi saya: 019-3833108 (SMS/whatsapp)- Sarah or tinggalkan no hp anda di kotak komen. :)

Diformulasikan dengan zat besiuntuk pembentukan sel darah merah. mengurangkan risiko kelahiran pra matang dan anemia.

Lengkap dgn 8 jenis vit B dan asid folik yg penting untuk mengelakkan kecacatan janin. Mengawal  kadar tekanan ibu yg mengandung

Gabungan Kalsium, Magnesium dan Vit D. Membantu pembentukan tulang bayiserta mengelakkan kekejangan  otot dan sembelit untuk ibu 

Juga terdapat dlm jenis sustain release.Antioksidan yg baik untuk kesihatan badan, meningkatkan imun badan serta meningkatkan kadar serapan zat besi

Pengambilan hanya untuk kandungan mencecahtrimester ke-2&3
Mengandungi DHA and EPA untuk perkembangan otak janin.
Mengawal kadar kolestrol ibu 

Sumber protein untuk membekalkan tenaga pada ibu terutamanya pada bulan puasa.
Baik untuk perkembangan janin - pembentukan sel adalah dr protein.
mencantikkan kulit ibu dan bayi