Friday, August 2, 2013

cerita Ramadhan saya

As-Salam..lamanya sy tak update...terlalu lama..

menyepi sbb bz dgn aktiviti harian, tp masih dok baca blog kengkawan semua.

Dah dekat nak raya, mesti semua org sibukbuat persiapan raya kan? sy mmg tak de buat apa2 makeover pada rumah sy memandangkan kami sekeluarga pun bakal berpindah di rumahsendiri tak lama lagi. jd rumah pun bersepah, mungkin lepas raya ni saya start utk packing barang sikit2.

Puasa kali ni saya rasa sgt singkat. sekejap aje lagi seminggu dah nak raya. takde rasa apa2pun...biar anak2 sy yg rasa excited raya, excited nak balik kampung. doa sy semoga perjalanan balik kg kami selamat pergi dan kembali.

Lamanya tak update hal anak2..asalnya blog ni adalah diari anak2 dari dioarg kecik sampai besar. bila dah besar nanti sekurang2nya ada sejarah yg mami diaorg simpan kt dlm blog ni. tp dah terpesong jd blog jual barang. hehehe anyway..selepas ni, kalau nak baca tetang testimonial or product info tentang Shaklee atau beli Baju muslimah, anda dijemput ke blog http://kedai-bonda.blogspot.com. jemput ye

kembali ke cerita anak2, syukur anak2 dah membesar, sihat, cerdas. Adam dah makin hilang pelatnya. walaupun dia abang sulung, tp Amir lg fasih berckp dari Adam. Adam pandai bercerita, suka mewarna, suka tgk kartun dan main game di tab

Amir si kembar, saya mmg kagum dgn self confidence yg ada dlm diri Amir. walaupun dia sebenarnya takut bila buat salah, tak mcm abang dan kembarnya, dia akan buat muka berani, jarang menangis walhal dah kena marah atau kena pukul. Amir skrg pun dah obses dgn game tab. paling kuat makan dan paling berani. dia berani naik atas seorang diri ambikkan saya barang2 untuk dibawa turun.

amar, kembar no 2. Amar ni mmg unik dari kecil lagi sy dah nampak sikap dia yg amat sensitif, manja, cpt sedih, suka kan muzik. Amar ni selalu di dominasi oleh Amir. Amir lebih dominan dari Amar, so apa rancangan yg Amir buat, Amar wajibikut. kadang2 ada juga Amar melawan, tp akhirnya kena debik dgn Amir. Saya agka risau dgn situation ni..saya dapat rasakan yg Amar dalam diam memberontak. Jadi sejak kebelakangan ni, saya cuba tumpukan perhatian pada Amar sebanyak mungkin. Saya cuba nak fahami potensi yg ada dlm diri si kecik sorg ni.

Aryan, si bongsu yang Rabu depan akan cecah umur 2 thn. dah besar awak ye Yayan. Aryan ni karakter dia speerti Amir. Dominan senangckp ikut kepala sendiri. Walaupun dah nak cecah dua tahun, tp masih breastfeed tau. Aryan dah boleh baca doa mkn dan sikit2 surah Fatihah.

seronok tahun ni nk beraya sbb anak2 dah besar. meriah..kecoh, gamat, sampai migrain dibuatnya..tp budak lelaki mgm gitukan







 

1 comment:

FiraHamzah said...

hi babe!
lama gak tak baca kisah ko & heroes...lama ko menyepi..hehe..aku pun baru mengaktifkan balik blog selepas morning sickness yang teruk..nanti aku leh join ko, anak 4..
btw, selamat hari rayaaaa..selamat pulang ke Kedah yekk..enjoy ur Raya with kids k. nnti update tau kisah Raya dorang..hehe..