Friday, May 31, 2013

Cabaran untuk kurangkan berat badan dengan Shaklee

Hubby dah start membuncit..dari underweight, skrg dah ada spare tyre dipinggang.

saya juga makin montel. senang hati gamaknya sbb anak2 dah besar. tapi tak selesa pula bila dah start ada spare tyre dipinggang mcm time pregnant.

paling tka best bila ada yg menegur..akak tgh pregnant eh skrg? hisy! mmg stress...hahaha

paling stress, hubby pun tanya..awak mengandung eh? aiyo!

dah lama tak ambik product shaklee untukkuruskan badan. so saya kembali ambil supplement set kurus shaklee.

harap dpt kurus dgn kadar segera.amin

untuk set kurus Shaklee, recommended supplements:

1. Alfalfa - fungsi untuk detox, increase metabolisme
2.  Cinch Choc - energy, metabolismeand mengandungi lyucine untuk mengekalkan otot badan semasa proses pembakaran lemak
3. Lecithin - memcairkan lemak. baik untuk kesihatan jantung juge
4. Herblax - membersihkan usus




berminat untuk memiliki supplement kurus badan Shaklee? boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga special.

Tuesday, May 14, 2013

tips untuk elakkan penuaan kulit

Saya nak kongsi tips untuk elakkan penuaan kulit. Dok google pasal tips kesihatan, terasa nak tahu cara nak nampak awet muda. maklumla i ni dah lama dah cecah 3 series. kena watch out untuk menjejaki umur 4 series nanti. hihhi

caranya mudah saja. basic..yg semua org boleh follow:

1. jgn hisap rokok/ jgn lepak dgn geng merokok - rokok x bagus! malangnya suami saya perokok tegar. patutla kulit muka dia byk kedut. hihihiso far dia thau pantang larang sy dengan asap rokok, so bila nka merokok, dia akan keluar dari rumah.

2. Jauhi dari sinaran matahari - cahaya dari matahari akan mempercepatkan penuaan kulit, kulit jadi kering, ada freckles. mmg bahaya utk kulit. so pakai sunscreen protection. brand banana boat best.

3. Exercise! - mmg sedang diusahakan skrg. bila en suami ckp perut ada byk lapisan..saya rasa tercabar. bg masa sebulan je ye syg, pasni mmg tak nampak dah spare tyre tu

4. jauhi dari cuaca sejuk - kulit jadi kering. contoh lama2 dlm bilik aircond..kena kerap taruk losyen kt kulit. kt office dha lebih lapan jam dlm air cond..sejuk menggigil. keluar office terus kena sinaran matahari..mmg le kulit cepat kedut

5. jauhi alcohol - mmg takla.

6. Elakkan Stress - stress ke i? stress kalau tgk rumah sepah je. keje xdela stress pun..manageable

7. Tidur mencukupi - lebih dari cukup

kesimpulannya. ada chance nak nmpk awet muda mcm kak ton ni..comey dak kak ton? hihihih




sumber dari website http://about.coom

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 & Selamat Hari Ibu

Salam..

lama saya tak update. Bukan kerana saya sudah pencen berblog cuma kekangan masa dek anak-anak yang sedang membesar. banyak amsa diperuntukkan untuk hero-hero kecil saya.

bulan Mei 2013, banyakkisah berlaku..PRU13..just to update kt blog saya ni..yg BN menang tipis dgn pakatan rakyat. harapan saya, semoga orang melayu tersedar dari kesilapan, kealpaan. jom kita bersatu padu..bersatu dgn bangsa Malaysia yang lain menjadikan negara ini kuat. jangan wujudkan sentimen perkauman...tak kisahla bangsa A atau bangsa B..tak kisahlah apa agama yang kita anuti kita harus berbaik antara satu sama lain kerana kita dibawah bendera yang sama..kita sama-sama akan pertahankan negara.

kepada manusia2 yang nak wujudkan spark antara dua kaum ni...saya harap fikir masak2. akibatnya andalah yang tanggung. Jangan wujudkan huru hara di dalam negara yang sedia aman. jgn wujudkan sikap berpuak2..kelak anak cucu kita yang menanggung akibat.

tak lama lagi tiba hari ibu. Selamat hari ibu sarah! tak ada celebration hari ibu, confirm tak ada surprise dari anak2. Hero2 saya kecil lagi. saya harapkan surprise dari suami tercenta. hehehe

Kepada semua ibu2yang membaca blog ni...saya ucapkan selamat hari ibu kepada anda semua. kita semua supermom..semoga kita membesarkan anak2 yang soleh berjaya didunia di akhirat. semoga saya menjadi ibu kepada empat lelaki soleh...amin

Adam Saufy, Amir Rayyan, Amar Rayyan, Aryan Sufi...

mami sgt sygkan kamu semua sepenuh hati, dunia akhirat. Semoga membesar jadi anak yang soleh ye, nak.

xoxo
Mami