Sunday, February 24, 2013

Berita gembira, duka

Lama kan saya tak update blog...rindu tak? hehehe budget mcm blogger hot.

byk perkara berlaku sepanjang menyepi..alhamdulillah, perniagaan online saya sudah menunjukkan hasilnya...berkat usaha doa dan sokongan rakan2..perniagaan shaklee, pakaian muslimah, product kecantikan dan product autumnz mendapat sambutan. takdelah luar biasa, tapi kalua sehari ada satu dua order saya kira rezeki buat saya.

baru bertatih nak berniaga, ada mcm2 peristiwa deal dgn customer. kelakar, peningkepala, yg sempoi pun ada. deal dgn customer lelaki yg nak belikan wife baju nursing..waaa sweet sgt hubby yg belikan baju tuk wife. siap beli set menyusu shaklee tau tuk wife dia. lelaki moden yg tahu kebaikan susu ibu. dia nak beri yg terbaik untuk anaknya. mudah2an semua bapa2 berfikiran begitu.

ok tu cerita pendek bisnes online saya. saya anggap itu berita gembira dari saya

berita duka pula..beberapa minggu lepas abang ipar terlibat dlm kemalangan jln raya di lebuhraya pantai timur. Abang ipar saya tu meninggal ditempat kemalangan tersepit di dalam kereta. seidh dpt berita dari isteri iaitu biras saya, k su. waktu tu saya dlm meeting room, terus sebak dan menangis..tak boelh control. sedang membayangkan betapa berat ujian dari Allah untuk K su. dengan anak2 yg masih kecil.

saya beberapa hari menziarahi keluarga biras saya. sayu hati tgk anak2 saudara yg skrg dah jadi anak yatim. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. k su saya lihat susut berat badan. mcm2 yg diluahkan k su..saya cuma mampu jadi pendengar, hanya mampu menolong setakat termampu. jika sblm ni arwah abg sham menguruskan beberapa hal dlm rumah..skrg ni segalanya k su yang tanggung. aduhai esok k su mula bekerja...anak2 harus dibawa ke sekolah, nursery dan tadika. moga dipermudahkan urusan k su.

sejak kejadian tu, saya ambil kejadian ni sbg pengajaran berguna buat saya.
1.bertaubat sebelum tiba ajal.
2. berbuat baik dgn pasangan, anak2, dan ibubapa
3. sentiasa mengucap syahadah before melakukan sesuatu.
4. langasaikan hutang piutang dan berwasiat

kita yang pergi mmg sibuk dgn urusan sendiri. tapi org2 yg kita cintai yagn kita tinggalkan jugak sibuk nak menghadapi kehidupan tanpa kita

bertabahlah k su...semoga abg syam ditempatkan di tempat org2 yg beriman. al fatihah

 

1 comment:

Tishya said...

sweet gile beli bj nursing utk wife.. huhu..

sedih cite abg syam tu. betol pengajaran sarah tu. huuu.. insaf ..