Thursday, January 3, 2013

Cerita Tadika Taska anak2 saya


Semalam 2/1/13 adalah hari pertama Adam bersekolah tadika. wearing a new school uniform hmmm bau kedai lagi becoz mami malas basuh, he looks so smart and handsome carrying his Ben 10 bag and Ben10 lip lap shoes.Mata tak habis2 pandang Adam, tak sangka ni anak saya..dah besar..sob sob

Aduhai, Adam is going to be 5 yrs old next year. cepatnya masa berlalu. Empat hero saya bukan lagi baby, they are growing up so fast. Tadi Ayah baru je borak2 dgn  si bongsu, Yayan minta dia jgn besar cepat sgt..nanti dah tak da baby dlm rumah..dah tak best.

Huhuhu rindunya zaman derang ni baby. Masa Adam baby, masa twins baby, masa Yayan baby.

Lepas ni one by one akan ke sekolah. kehidupan kitaorg pun sure berubah...kalau dulu (skrg pun) sibuk dgn diaper and botol susu...after this sibuk dgn stokin busuk dan bilik tidur busuk. hehehe

ok cerita taska dan tadika pula

saya hantar anak2 saya di Taska Riang Ria, Putra Height. Owner nya anak2 panggil Ibu Jah, memang kesayangan anak2 saya. Yayan lagi sayangkan ibu jah dari mami dia ni. jeles? takdela.  tak kisahlah..janji Yayan happy. mami pun happy ada org syg Yayan maybe lebih dari mami syg Yayan.

Adam diwaktu pagi akan ke Tadika Sinaran Intelek. Owner Pn Ros. Saya rasa ok hantar Adam disitu sbb:
1. Cikgu2 yang berpengalaman.
2. Menggunakan Bahasa inggeris sepenuhnya.
3. Ada swimming session.
4. persekitaran yang menarik
5.Sebelah Taska K jah
6. Sebelah Taska K jah
7. Sebelah Taska K jah.

heheh tiga kali saya taip benda yg sama. Mmg itu syarat utama saya..dekat dgn taska riang ria. saya taknak anak2 saya diasuh oleh org lain. sekali saya percaya orang tu, selamanya saya percaya. tapi kalau sekali buat hal..bye bye forever.

Masa kami tinggal di KL, anak2 saya pasti meraung setiap kali saya tinggalkan anak2 di nurseryX. setiap pagi nk ke office, hati saya remuk rendam tgk anak2 menangis depan pintu nursery. tapi sy tak fikir negatif or sangka buruk pada bbsitter. saya pujuk diri and saya anggap anak2 saya ni terlalu manja. setahun leebih adam disitu, begitulah keadaan tiap2 hari.

takdir Allah, adik saya tergerak hati nak apply part time bbsitter. disebabkan owner desperate perlukan pembantu, dia ambil adik saya jd pembantu taska. Bila adik saya disitu, baru tahu apa yg diaorg lakukan pada budak2. malas nak ckp, yg pasti anak saya dan anak orang lain juga di dera mental dan fizikal. makan di catu, cuma diberi susu berbotol untuk elakkan  budak2 lapar. No wonder sblm ni ada parents yg buat aduan ttg taska tu.

saya tak percaya, saya sangka org dengki dgn owner.

Lepas tahu kes tu, hati saya rasa tawar lagi nak tinggal disitu. Tak fikri panjang, terus cari rumah sewa diputra height, terus advertise rumah kitaorg untuk dijual. Rumah sold! Ruamh sewa dapat..Segalanya dipermudahkan, lepas pindah pegi merisik beberapa taska, Saya ikut kata hati saya... tiga taska rasa cam hati tak best, satu taska cam 50-50, sampai di taska k jah, taska terakhir yg saya risik, terus rasa best. berkenan..hati rasa happy. hari pertama anak2 menangis..hati remuk rendam...hari kedua, Amar je nangis..yg lain masuk menonong je masuk dlm taska dah tak kisah mami dan ayah.

hari ketiga dah takde sapa nangis. ajaib..padahal masa di taska lama, tiap2 kali hantar mesti menjerit menangis takut

aduhai, kenapa mami tak sensitif dgn anak2 mami selama ni eh. tah2 anak mami asek ditengking cubit dgn bbsitter. kesian anak2 mami.

dah hampir dua thn di taska riang ria, anak2 sgt happy. siap bila cuti lama sgt bertanya pada saya bila nak pegi sekolah ibu jah. aduhai anak..syg sungguh pada ibu jah ye.

K Jah ni sebaya arwah ibu, anak tunggal k jah pun sebaya saya. saya anggap dia sbg ibu. hormat dia. anak2 pun syg dia..nenek dan atuk derang jauh..so K jah ni tmpt menumpang kasih waktu sy bekerja. so tak mungkin saya nak pindahkan mereka ke tmpt lain

baru ni, k jah warded sbb darah tinggi. langsung sy tak tahu, dpt tahu terus rasa susah hati...risaunya sy kalau k jah sakit. saya doakan K jah sihat selalu aktif untuk run taska and besarkan anak2 saya.

ok..emosi plak rasa...tapi bersyukur sgt Allah pertemukan sy dgn ramai org2 yg baik disekeliling sy.

anyway, ni gambar adam kat tadika baru. sorry tak de gambar taska riang ria. segan plak rasa nak ambik gambar mcm wartawan tv. hehehe

 


 



 
 

10 comments:

dyanayusuf said...

sedihkan bila anak2 nangis ms hantar ke taska. cuba kita kena tgal dgn stranger mst takut. tp anak2 kita?? sedih pulak rasa.

siti norsarah Aminuddin said...

tuhla D, jom D, kita pakat jadi WAHM. doa bebanyak mudah2an niat kita dan doa ktia Alalh perkenankan.

dyanayusuf said...

tgh stabilkan dulu ni. baru boleh brenti. at least monthly income more than current basic. wow!!!

ieza said...

Uniform adam mcm pilot dah... Besa dah adam.... Pe lagi sarah, aufa plak haha

raF|za said...

salam. google2 terjumpa blog awak. Anak2 kita (saya ada 2 boys) macam age lebih kurang dan saya juga duduk di putra heights. salam perkenalan :)

iEz@CuTe said...

salam. saya pun duk putra heights and my kids pun at the same nursery. Yup, my kids semua serasi dgn ibu jah. For me as long my kids happy , i'll happy too. The most important k jah jaga anak kite macam anak dia. Thinks that's y kids favor her.

yara said...

Salam.blh bg contact no tadika ni?sy ingat nk register anak saya utk next year.

shita said...

As-salam....anak saya (dayana) pn pergi sinaran intelek...she is in little pearl class.....saya tgh mencari taska yg boleh terima transit kids....thanks for the info of taska riang ria.....will check it out....

Anonymous said...

salam, boleh tau berapa caherges utk seorang di taska riang ria? TQ.

siti norsarah Aminuddin said...

waalaikumussalam,

charges kena tnaya taska owner, sbb sy hantar empat anak, so harga hantar empt anka lain sbb owner kira pakej. murah sikit dari hantar seorang anak. :)

boleh call 0193217210 :owner taska riang ra