Tuesday, November 27, 2012

Kedai Bonda: Autumnz - Wrap-Around Breastfeeding Pillow


Salam all,

Lai! lai! lai! Promosi nursing pillow RM 71.90/ pc. Jenama Autumnz..

email me if interested: sitinorsarah@gmail.com

happy shopping ladies

klik link dibawah utk design dan product details:

Kedai Bonda: Autumnz - Wrap-Around Breastfeeding Pillow: Autumnz - Wrap-Around Breastfeeding Pillow   ‘Designed to make breastfeeding easier’ ~ Adjustable buckle for size adjustment ~ ...

Set menyusu (set B) Shaklee

Salam Ladies,

Just to share information tentang produk Shaklee. Ada kenalan yang bertanya tentang set B iaitu set supplemen yang membantu menggalakkan penghasilan susu untuk BF mothers.

untuk set B shaklee mengandungi

1. Vitalea
2. Alfafa
3. B Complex
4.Vit C

Cadangan untuk ambil sekali dengan Energizing Soy Protein (ESP)


Vitalea = multivitamin dan multimineral yg lengkap untuk keperluan badan ibu yang menyusukan. maklumlah bila berpantang, byk makanan yg tidak boleh dijamah. jd vitalea ni akan mencukupi keperluanvitamin and mineral badan

Vitamin C  = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit (membantu dalam pembentukan collagen) dan antioksidan.

B Complex =  dapat mengurangkan stress, mengimbangi hormon especially lepas bersalin hormon dan emosi jadi tak stabil, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa = Sgt terkenal sbg agen yg boleh membantu dalam penghasilan susu. selain itu alfa2 dapat merawat masalah keputihan, bertindak seperti kacip fatimah (hope u know what i mean), sbg fiber untuk membantu melnacarkan proses pencernaan. bg saya alfa2 patut berduet dgn satu lagi product shaklee iaitu Lecithin untuk mengeluarkan lemak dari badan.

ESP =Membantu meningkatkan pengeluaran susu, menghaluskan kulit, etc. baca kebaikan ESP dari pautan ini: Kebaikan ESP Shaklee


Bg saya sbg pengguna produk Shaklee sendiri, supplement yg say sebut di atas mmg sgt penting untuk tubuh badan. Tapi pada ibu2 yang ambik makanan yg cukup nutrien tak perlulah ambik ikut saranan yg tertulis di botol. Ambil bergantung kepada keperluan badan kita.

yang penting, jgn lupa minum byk air, kerap pam kay..

oh ya, petua lain untuk tambah susu, ambik fenugreek (halba) beberapa biji rendam dlm air panas then minum bila air suam. saya juga suka mkn sup lobak putih dgn ikan bilis atau sawi putih. lagi satu minum horlick.

jika ada masalah susu tak dpt keluar sbb ada blockage disebabkan lemak susu, lecithin boleh membantu mengelakkan dari masalah tersebut dari berlaku. ambik dua tablet lecithin sehari dah boleh rasa bezanya. in shaa Allah  susu memancut keluar tanpa ada halangan :)

sebarang pertanyaan tentang produk shaklee, jgn malu jgn segan, email je saya: sitinorsarah@gmail.com

 

Monday, November 26, 2012

Tentang akhir Zaman

Hadis Rasulullah S.A.W tentang akhir zaman (hampir kiamat)
 







kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel ini,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...
jihad fisabilillah..

Sunday, November 25, 2012

Shaklee: Testimonial Pengguna Collagen Powder Shaklee





berminat? email saya untuk mengetahui produk inidgnlebih lanjut.

sitinorsarah[at]gmail.com

Produk kesihatan yang saya makan

Saya bukan seorang yang berdisiplin dlm aktiviti memakan ubat. saya tak suka pil..tak kisahla ubat atau vitamin.bila ada kesedaran or rasa sakit, baru saya kalut nak makan.

Tapi skrg tak lagi, makanan kesihatan saya bukan lagi jadi display unit. saya makan ikut jadual tau..


So far saya ambil produk shaklee dan juga pati jus noni sbg anti oksidan. tapi antara produk favourite sy adalah energizing soy protein shaklee.. nama glamer ESP.

ESPni asalnya sy beli as tambahan untuk set tambah susu shaklee. mula mula sy ambik kalau rasa insaf, niw sy ambil setiap pg satu sudu bersama milo.. sedap je rasanya kalau minum dgn milo..

testimonial dari saya sendiri:

ESP memberi saya tenaga dan saya jarang rasa keletihan di siang hari, boelh pegi kerja, balik rumah uruskan anak2 dan rumah. saya mmg tak duduk diam di rumah. ada saja kerja yg kena buat, sblm ni mmg cpt sgt terasa letihnya..tapi bila saya tak miss ambik ESP, mmg rasa betul bezanya. tak caye? ikutla nak caya ke tak.. tapi sy dah cuba.

antara kebaikan ESP yg lain:

1. Badan bertenaga dan dpt menahan rasa lapar
2. Mengurangkan kolestrol dlm badan
3. Membantu dlm peningkatan pengeluaran susu ibu
4. Menghaluskan kulit kerana kandungan 9 asid amino di dalam ESP
5. Menjaga kesihatan jantung dan tulang
6. Slowdown pertumbuhan sel kanser
7. reduce pengeluaran sel lemak dlm badan
8. Mengawal kestabilan hormon dan mengurangkan gejala menopaus



Kenapa Shaklee eh?
1. Penghasila ESP yg berkualiti tinggi, proses pembuatan yg di kawal dan dipastikan selamat
2. Berasaskan kepada soya bukan GMO dgn semua asid amni yg diperlukan tp tak dpt dihasilkan tubuh
3. Rendah lemak, free lactose dan cholestrol
4. dicuci menggunakan air, bukan dicuci dgn alkohol. isoflavin maintain dlm kandungan protein soya shaklee
5. protein soya ni tka dimasak, so dapat mengekalkan enzim aktif dlm kandungan soya tersebut
6. Ditanam secara organikdna tidak ada perisa, gula, warna dan pengawet
 
So sesiapa yg berminat nak tahu produk ni dgn lebih lanjut, atau nak bawak mugmilo panas ke saya tuk sy masukkan sesudu esp ke dalam mug milo anda, bolehla email saya: sitinorsarah@gmail.com
 
 

Weekend @ home...bowing!

Salam all,

Happy Monday..  :)

Lama saya tak rasa seronok menerima kedatangan hari Isnin. saya nak buang jauh2perkataan Monday Blues. Setiap minggu ada Monday, kalau nak layan blues tu, hari pasti tak ceria, banyak rungutan so hari kitajadi tak seronok.

Aktiviti weekend saya hanya habiskan disekitar rumah, pagi bawa anak2 ke kedai mamak berdekatan sbb anak2 saya sukakan roti canai dan nasik lemak sbg sarapan. selesai sarapan, bawa mereka ke playground Alam Megah, kemudian visit kawan dioarg, cik kura2 dan encik ikan dekat kolam di playground tu.

kemudian balik rumah, mami pula yg sibuk dgn house cores, sapu sampah, basuh baju, sidai baju, memasak. Alhamdulillah, hari Ahad spenajang hari panas, baju yg sebakul tak dibasuh cepat2 saya basuh. mana ada spot panas, kat situla penyidai baju berada. sambil2 tu boleh cabut rumput yg dah panjang tu..

kering baju terus lipat. byk tol baju nak kena lipat. hehehe finally habis juga gunung ganang baju saya clearkan. mcm kedai dobi pun ada juge. lesson learnt, jgn malas basuh baju...tiap2 hari wajib basuh.



Oh sungguh tidak organize hidup sy minggu lepas. seb baik boleh recover weekend ni. weekend depan off tocameron highland. bawak anak mkn stoberi..hehehe


gambar selingan...si nakal kecik sy..




Thursday, November 22, 2012

Re arrange (so called organized) Playroom

Cost: zero cost

Time: 1 hour required to sort toys according to identified cateogry (Train, cars, blocks, ultraman, Art Attack supplies)

Result: Tidier playroom

Before:


After:
 
 
The idea is to hide toys as much toys as possible from dari pandangan umum. semak mata.  Undang2 baru, satu hari boleh main toys hanya dari satu laci. kalau nak main block...only blocks sahaja allowed..no trains, no patung ultraman.. no tractors, no cars and no ball.

so far yg paham bahasa yg tiga org..yg kecik skeali tu mmg tak makan saman.

 

Tuesday, November 20, 2012

Petua untuk kulit cantik dan gebu dengan collagen Shaklee

Petua nak cantik?

pada sesiapa yang sudah punya stock Shaklee collagen, ESP (Energizing soy protein) dan Vit C, teruskan pengambilan mcm yg disarankan..tapi kalau rajin ikutlah petua ni:

ambik secubit collagen shaklee + satu sudu teh ESP + suku vitamin C shaklee..bancuh dgn air suam (jgn terlalu panas) untuk memudahkan ianya larut . sapu pada keseluruhan kulit muka dan bibir..biarkan kering kemudianbasuh..

amalkan selalu in shaa Allah, kulit cantik..jgn lupa minum air kosong byk ye

*sy pun baru sekali amalkan petua ni..masih ada sekotak collagen shaklee belum di ambil. ada rakan yg mengambil shaklee sewaktu masih menyusukan bayi tka ada masalah. so saya dah start semula consume collagen ni mulai smlm..harap2 gebu lah kulit tu...hihihi

 

Saturday, November 17, 2012

anniversary ke 5 sarah n sol

anniversary ke -5,  takde la majlis besar basaran...takde saling ucapan romantik antara kami..maklumla, rasa kekok plak nk berjiwang asek bergaduh je..hihihi

apapun saya tahu dia syg saya, si dia pun tahu saya syg dia amat. semoga perkahwinan kami, masjid yg kami bina ni akan kekal ke akhir hayat, melahirkan lebih ramai muslimin dan muslimat... semoga hidup kami dilimpahi kebahagiaan, keberkatan dr yg maha Esa


Thursday, November 15, 2012

Jumaat Datang lagi...saya nak membebel tak hapa2

Saya di ofis tatkala ramai yang bercuti. harus simpan baki cuti yg ada untuk wedding adik.

To be honest, saya rasa demotivated untuk bekerja. rasa sekuat mana saya berusaha, ada saja hiccups yg berlaku, dan kantoi dengan my bosses. pastuh saya rasa mcm bodoh sgt, silly mistake yg menghilangkan keyakinan org atasan pada saya. bukan sekali dua eh...selalu sgt..yg herannya, job takde mistake takde sapa plak nak acknowledge..yg bermistake tu la nak pandang as if mcm saya ni tak tahuu buat kerja. tapi tak tahulah apa pihak atasan pikir..just my inner feeling that i had bad reputation in front of org org di atas tu.

so disebabkan bergitu, saya mula rasa malas kerja. rasa nak balik rumah sbb saya memang sengaja tinggalkan roh saya dirumah..tgh sibuk sidai baju anak..lipat kain..berus bilik air. saya sgt desperate nak jaid housewife...saya nakhomeschool anak2 saya. saya nak buat field trip di mcm2 tmpt untuk dioarg gain knowledge. saya nka jadi the coolest mom on earth di mata mereka. saya nak snetiasa avaialable untuk mereka diwaktu mereka memerlukan saya - waktu sakit, waktu first time menang lumba lari, org pertama yg tgk diorg boleh swimming, etc etc..saya tka mahu miss momen2 penting tu. saya nak jadi bff anak2 saya.

kedai bonda dihentikan buat sementara. memikirkan strategi perniagaan. hihihi tapi saya masih aktif mengedar produk shaklee. jika ada sesiapa yg ada pertanyaan atau berminat untuk membeli produk shaklee dgn member price,just email saya: sitinorsarah@gmail.com

mode: rasa nak nyorok dlm bilik diam2 sambil fikir my future plan. tapi nak nyorok dlm bilik hotel yg ada balkoni mengadap laut.. ahaha boleh gitu?.dok imagine ada room service hanto food dan  coffee..hmmmwangi nye bau kopi...mesti otak aktif berfikir.

i need a vacation..seriously i need a break. otak aku ni sikit lagi boleh jem. i dont feeling like talking today..rasa nak pukul org..someone...ada sapa2 nak jadi my punch bag?


dear reader..thank you sbb sangup buang masa baca entry saya yg takde objective n conclusion ni



 

Tuesday, November 13, 2012

Aktiviti waktu Cuti Deepavali

Salam u olls,

Happy holiday! this week is considered holiday week for me eventhough still work on Monday, Wed and Fri. Office is almost empty as more than half take leave sempena school break. heaven!

Yesterday was Deepavali, during mid nite, there were about half an hour of  non stop fire works can be seen from several spots di ruang udara alam megah. so loud! and it was annoying. come on la macha, dah mid nite pun..respect sket your neighbour and baby yg nak tido. mak baby pun try nak tido time tu. overla korang ni.

morning, kitaorg breakfast kat kedai Mamak makan roti telur. the boys dapat roti telur sorg satu. fuh licin..seronok tgk bebudak ni makan byk skrg ni.



After that, kitaorg tgk progress rumah..tak habis2 dgn usyar rumah..hihihi mak nak berangan..




pastuh bawak our kids to playground, watch tortoise and fishes from small pond at the playground bg tortoise mkn roti gardenia, then play time! sumer kotor dna comot lepas main sbb padang becak..





Noon, masak time. after having lunch, sumer membute sampai pak uda and mak uda ketuk pintu. then jaga balik, sambung main2 and tgk tv..semua happy..mami je tak happy sbb the next day keje.

Thursday, November 8, 2012

Tanam pokok &anniversari Sarah & Sol

Hi korang,

Lamanya tka update.. makcik bz skrg ni. sgt busy dgn hal keje and rumah. tapi kengkadang ada juga curi2 jengah blog yg saya follow

Skrg ni dah stop dulu projek mengecat..pantang tgk perabot mesit rasa nak mengecat. hehehe deko2 pun xde...hidup seadanya..lebih kepada fokus melipat kain baju melambak. tiap2 hari sebakul baju nak kena lipat..dah takdenye jadi supermom..lipat kalau sempat, kalo tka sempat jadila dua bakul, tiga bakul..empat bakul baju kena lipat bila masuk weekend. hihihi

tapi skrgni saya suka betul tgk pokok2 kat luar rumah. bukan pokok snediri..tapi pokok pakcik sebelah. hijau je pokoknye.. segar bugar..pokok saya..kurus je..tka berapa nak gemuk..lately ni baru rajin sket membelek pokok herba yg saya tanam..pandan, daun kesum, limau purut, pokok kari..yg baru saya tanam is daud pudina. tgk dah ada tunas..harap2 segar bugar le lepas ni. nak buat laksa petik je daun katl uar..hihihi

saya juga ada ambik anak pokok keladi..suka dgn daun keladi and fern..hijau je..tunggulah kalau ada masa boleh semai tagi beberapa jenis pokok hijau..

anniversarisaya dan samsol tinggal lagi seminggu. 17.11.2007 kitaorg nikah..now dah masuk lima tahundah kitaorg kawen. ada naik turunnya...tapi sebetulnya jarang bergaduh besar. byk gaduh comel2 jek..huahuah

seblm ni tka pernah ada sambutan pun..sbb selalunya saya lebih fokus nak beranak..maklumla tiap tahun beranak. tp tahun ni free la pulak. Aryan pun dah besar. so bolehla nak buat surprise kat hubby.surprise apa ye? hihihihi~gatal mode~ 

Sunday, November 4, 2012

Happy Birthday Adam -4 thn sudah

Selamat hari lahir buah hati mami, Adam Saufy



Semoga Adam panjang umur, membesar jadi anka yg soelh dan diberkati hidup dunia akhirat.

Ayah dan mami sayangkan Adam sepenuh hati.

Adam kebanggaan mami dan ayah selamanya...

xoxo
Mami

Fuh, masih teringat lagi rasa sakit nak lahirkan Adam, rupa labour room, camna Adam di NICU, your first smile, your first laugh, your first step, your first obesession and your first word....AYAH! huh!