Wednesday, August 15, 2012

Edisi Raya: Persediaan Balik Raya

Thn lepas tak ada update raya. maklumlah dlm pantang. balik kampung dgn baby..anak2 yg lain dah lama ada dikampung. this time kami balik bersama2..thn ni giliran kampung en hubby. excited nak beraya tu takdela sgt..tapi adam dah sudah paham erti hari raya.

bila saya kemas rumah...mamikemas rumah sbb nak raya ke? errkkk ko ni..mcmla mak ko ni kemas rumah setahun sekali

masa saya mengecat meja, dia tegur lagi "mami buat rumah (referring to mengecat) sbb kita nak raya ke?"

pastuh dia dan amar selalu humming lagu balik kampung...lagu yg Sudirman nyanyi tu. mesti belajar dari abang2 di nursery ni.

Semalaman saya tak tidur sbb sibuk mengemas rumah yg nak ditinggalkan..berdoa supaya rumah  selamat tidak dimasuki pencuri.Jiran sebelah inform ada kes pecah rumah lately di putra heights. so kena hati2.

Saya juga sibuk mengemas beg pakaian. balik kampung ucma seminggu lebih tapi saya pastikan bekalan pakaian cukup setiap org untuk 7 hari. dibimbangi washing machine umah mak mertua fully utilized..kena queue nak basuh baju dan tmpt sidai baju yg limited. huhuhu so baik sediakan baju byk2..baju kotor masuk satu bakul. kalau sempat basuh kt kampung..tak sempat balik shah alam la baru basuh

hari ni hari terakhir berkerja..esok saya start bercuti. Blog juga tidak akan aktif baut sementara waktu. kalau smepat just update gambar. Kedai Bonda ditutup selama 10 hari bermula esok. pada pelanggan yg membeli barang2 dari kedai bonda..teirma kasih byk. lepas raya akan ada new stock and new product.

Ampun maaf dipinta kalau ada sebarang salah silap, atau kekasaran bahasa.

Check list raya

 Antara beg yg dah siap dipacking. Diaper ada tiga sizes..M for Aryan, L for the twins and XL for Adam

 Brg2 mandian, makeup etc..

Baju Aryan ready untuk dimasukkan dlm luggage.

4 comments:

dyanayusuf said...

wah..dh siap kemas. kita mlm ni br nak mula.

FiraHamzah said...

Selamat Hari Raya babe!!
Seronoknyer balik kg selama seminggu!! betul2 Raya nih..jeles aku!
Camnee ek ko packing tuh, confirm mcm banyak aje kan nak bawak..muat ke keta?hehehe..Aku belum packing pun lagi..tengah blur2 lagi..kekeke..
Apapun, Selamat pergi dan balik yek..jgn lupa bawak beg kecik isi duit angpaw anak2..hehe :)
c ya again after Raya :)

siti norsarah Aminuddin said...

dah siap dah...mungkin bertolak midnight..nak bg traffic clear sket.

siti norsarah Aminuddin said...

babe..selamat hari raya..mmg byk la..ko pun sure akan merasainya nanti. ngehngehngeh.

aku berdoa supaya muat..ikut hati satu lemari anak aku nak bawak. hehehe