Sunday, July 29, 2012

Panduan Bekerja Dari Rumah

Salam Ladies!

Asal tiba hari Isnin, inilah entry yang saya suka baca. how to be a success WAHM. Godek punya godek En Google..I jumpa blog yg share info ttg preparation to be WAHM. wow..saya sgt seronok baca tip2 untuk menjadi WAHM. bestnye kalau perniagaan kecil2an saya berkembang pesat. Semoga Allah murahkan rezeki saya..sempatkah berhenti sebelum Adam mencecah umur 7 thn? we'll see. Bukankah rezeki adalah datang dari  Allah?Kalau kita meminta, mesti akan dapat cuma kena banyakkan usaha, berdoa dan tawakal.


Ini antara entry yg saya temui dari blog: Naufal Sayang. Kepada sesiapa yang berminat, bolehla visit blog ni. mmg best..byk tips to become a successful WAHM disitu.


Berikut adalah dua pandangan daripada dua sahabat kita. Mari kita analisis sama-sama apa persediaan asas sebelum bermula sebagai isteri atau wanita bekerja dari rumah.

Wan Anie-
http://www.comellote.com/

Setiap apa yang kita hendak lakukan tidak kira bekerja di rumah atau berhenti terus dari kerja hanya untuk menguruskan anak-anak sendiri di rumah perlu pada perancangan
Senaraikan beberapa faktor yang perlu diambilkira.

1. Hutang

Sanget perlu untuk menguruskan hutang sebaiknya. Andai kata kita berhenti kerja, mungkin hutang tidak akan habis juga. Sangat bagus jika ada perancangan untuk berhenti kerja dalam masa dua tahun dan hutang habis dalam jangka masa tersebut.

2. Minat

Apa sahaja yang perlu dilakukan mesti dengan minat pasti berhasil dan perlu ditambah dengan usaha. Kenalpasti dan mulakan dari kecilan.


nelcyndana -
http://mylovelyprogeny.blogspot.com/


Salam,

Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman sendiri. Saya juga mengalama dilema yang sama sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari makan gaji dengan kerajaan.

Kewangan adalah isu utama. Cara mengatasi perlu ada persediaan dan perancangan. Secara ringkas sebelum menghantar notis berhenti kerja perlu ada rizab kecemasan yang cukup untuk keluarga sekurang-kurangnya 12 bulan. Sudah cukup, kalau boleh ambil cuti tanpa gaji selama setahun sebagai tempoh percubaan. Dalam tempoh tersebut, usaha sungguh-sungguh bagi menjayakan bisnes. Dalam masa yang sama usaha kurangkan perbelanjaan seperti makan di rumah, pakai lampin kain, menyusu penuh anak-anak

Ulasan,

Berikut adalah langkah demi langkah

1. Persediaan kewangan- buat penyelarasan semula perbelanjaan, sumber pendapatan, hutang piutang. Adakan tabung rizab perbelanjaan selepas berhenti kerja sekurang-kurangnya 24 bulan atau dua tahun. Ini memastikan anda stabil menerima pendapatan sendiri dalam tempoh tersebut.

2. Senarai seberapa banyak atau 10 jenis kerja atau bisnes yang akan dilakukan. Mula fokus kepada 1 hingga 3 sahaja dahulu.

3. Lakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Jika suda ada pendapatan daripada pendapatan sambilan, boleh mula serius untuk dua tahun pertama selepas berhenti kerja.

4. Persediaan mental dan fizikal. Anda perlu bersedia dengan penuh jiwa raga, ambil peluang dan teruskan usaha sekiranya mahu berada di rumah dan kembali menguruskan anak-anak. Kejiranan, ahli keluarga dan persekitaran boleh memberi pengaruh positif dan negatif, jadi sangat perlu bersedia mental dan fizikal.
  

No comments: