Monday, April 9, 2012

Weekend @ cousin's kenduri doa selamat & Playground Tasik Permasuri

Upadate Weekend... tkade aktiviti..mami tgh happy dapat meja tulis Ikea... meja tulis untuk anak2 mami sebenornya ..tapi mak adam pulak yg over  excited.  Cerita Ikea tu nanti la ye.. ni nak cerita aktiviti weekend ..

certia hari sabtu:

hari sabtu takde buat apa2 kecuali biar anak2 melompat2 dalam rumah, bergaduh, bertumbuk, menggigit, ko pukul kepala aku..aku pukul kepala ko.. pendek kata apa saja yg dioarg nak buat saya biarkan tak kisahla jiran sebelah nak maki hamun sbb bising..hihihi kalau tak suka boleh pindah rumah...ops silap..saya yang patut pindah rumah..sbb tu rumah sewa..diaorg tu rumah permanent..hihihih okla pakcik dan uncle..tahun depan kitaorg pindah ye. tahun ni mmg tahun uji kesabaran pakcik2 semua.. :)

try mengajar Adam alphabet..belikan dia coloring book angry bird and smurf. end up adik dia yg sibuk nak menulis sampai habis atas meja diaorg conteng..try nak cuci dah tak dapat. permanent..sob! sob! sedih tau..tak smapai 24jam beli..

Discussion ke korang?

Ada budak kecik nyibuk kat bawah tu
Belajar le konon

Hasil kreativiti Adam.. saya teka zirafah. tapi jawapannya, jambatan dan bangunan ada lampu..apekah??
Petang tu baru keluar gi umah my bestfriend kat klang...family dia ada buat majlis kenduri doa selamat...pi bawak hero2 bagi kecoh kat lokasi majlis..kenyang perut baru balik..waaa sedap toi makanan kenduri..maklumla free. yg best dapat kendong baby girl nama Durrah. cute tau! semua baby girl cute. baru tiga bulan tpai panjang dah sama dgn Aryan..ringan sket je dari Aryan. fully breastfeed...seronok tul tengok baby bambam camni.

Cerita hari Ahad:


 Buat appoinment dgn abg ipar dan adik ipar nak pi kenduri cousin hubby kat pantai dalam, kat flat sri angkasa. waa parking susah woo.. lepak kat khemah reramai dan makan..makanan superb..! sedap gile masakan kampung. ada gulai nangka, kerabu kerang, kerabu kacang, gulai nenas, ulam2,ayam masak merah..laksa, kuih muih, ikan bakar,  bubur pulut hitam..mmg sedap tambah2 pulak free! hehehe

On the way nak pi KL, wajib ambik gambar si botak ni dulu

Biras2 ku - Kak Su and Liza

Baby and Balqisya


Lepas kenyang perut, hati pun suka nak lepak2 kat taman tasik permaisuri..kami bawak anak2 dan anak sedara gi sana..dgn baju kurung kitaorg belasah je pi..biar yg kecik2 main, mami2 dan ayah2 lepak makan rojak buah. 2 jam kat taman tasik tu, baru bertolak pulang. (picture tah hape2 sket sbb photographer adalah Adam)
Kak Aina and ibu  dengan Aryan

Amir tertidur kat atas bangku panjang

Amar berlari kegembiraan

Abang Man, my BIL

Amar kehausan penat berlari

Suka buat muka menyampah

Abang Aizul n K Aina

sebelum balik tu singgah saujana putra tgk progress rumah... tiang pun lom naik lagi..ahahha dpt tgk tapak rumah pun jadilah buat hilang rindu..kihkihkih..sorry takde pic

next entry cerita jejalan hari Jumaat dengan hubby dan Adam..chow



No comments: