Sunday, April 15, 2012

Potty train episode 1

Adam sudah masuk 4 tahun.. saya dah semakin stress sbb dia belum diaper free. mulalah adegan psycho budak kecik tu untuk bg dia awareness pasal potty training ni... mcm2 cerita tau pasal potty train ni..

Cerita #1:

adam start bising nk gi tadika yg dia gelar 'sekolah budak besar'. Siang malam dok usung beg Ben 10 ke hulu hilir, siap isi beg dgn coloring book, magazine and toy konon nak gi 'sekolah budak besar'. Oleh yg demikian saya pun mulalah ambil kesempatan untuk guna point tu untuk start potty train budak kecik tu.

Mami: Adam..kalau adam nk gi sekolah budak besar, Adam kena gi kencing n berak kt toilet tau

Adam: mami!  tgk tu robot *ceh  dia ubah topik pulak...

Langsung dia tak nak diskas pasal isu kencing kat toilet tu.

Tak lama kemudian dia diapernye penuh..

Mami: kenapa aAdam kencing dalam pampers? kan mami cakap sapa nk gi sekolah budak besar x boleh kencing dalam pampers..kena kencing kt bilik air je

Adam: hmmm adam nk gi sekolah budak kecillah..

isk  sanggup dia takmoh gi sekolah budak besar semata2 nak kencing dalam diaper.


End of conversation. dia dah takmoh diskas dgn saya dah pastuh.. tukar topik lain terus..


Cerita #2;

Kali ni ayah dia pulak psycho budak Adam ni.. kengkonon dioarg buat man to man talk session. Adam kalau lepak dgn ayah dia mmg startla buat gaya ala2 matured dan macho. Satu malam ayah dia psyco dia suh dia kencing or berak kat toilet.

Ayah: Adam, kalau adam nak kencing or berak, gi kencing kat toilet tau. budak besar kena kencing kat toilet. Kalau nak kencing pegi mana?

Adam: Pegi  kencing kat bilik air..

pandai! tahu pun..jawapan yg cemerlang.

Tak lama kemudian, pampers penuh...basah dengan air kencing

Ayah: kenapa Adam tka kencing dalam bilik air? Adam janji dengan Ayah nak gi kencing kat bilik air

Adam: sebab Adam nak kencing dalam pampers lah...

tet! end of conversation..adam tak minat nak debate. ayah plak dah malas nak argue..

wakakaka

adam oh adam.. mami tak taula camne nak settle isu adam nak pakai pampers ni..

8 comments:

syiela said...

hehehehe.. bersabar ye.. bila dah besar ni mmg susah skit nak train.syiela anak start 2 tahun dah start ajar.

memula train kat rumah je (kat rumah pengasuh still pakai pampers) banyak guna psyko. mula2 memang penat. mula2 mmg dorang akan ter'pee' atau 'poo' kat lantai atau mana2 pastu syiela cuci dan sambil bercakap.. mama letih ni nak kemas rumah lagi nak masak lagi.. penat balik keja pun belum habis.. adik pulak buat hal.. kalau adik buang kat tandas kan dapat ringankan mama.. pastu dorang pun muram mcm rasa bersalah..

bila lama2 InsyaAllah dorang akan sendiri buat.

jangan stress.. cuba dulu.. InsyaAllah akan berjaya nanti

Bonda Adam said...

ooo camtu ke syiela..thansk for the advise..kena ikut nie..

FiraHamzah said...

ekekekek..comel giler adam nih..
bebudak nih memang pandai aje nak balas apa kite cakap kan..memang mental kena kuat la babe..ko kena ulang2 cakap kat dia..aku pun nanti nak kena train Tia.
Nanti ko ajar aku tau! hehe :)
all the best Sarah!! :D

Mummy GreenyHouse said...

Hihi.. Sy pula, Lagi 2 minggu nak 2tahun start train..
mmg 1 hari sampai 8 kali mop rumah sbb die ter pee or poopoo..huh!
tp mmg masa sy train tu mmg x pakaikan diapers die, so, bila pee or poo terkena seluar die, die sendiri geli and after that die nak gi toilet bila dah terasa nak pee or poo..
tp masa baru2 tu, ade jugak die terlepas sbb dah x tahan sgt!hahah :D
skg ni, kalo kul 2, 3 pagi die nak gi toilet, mummy daddy yg jenuh kena bgn n teman die..kih3. :p

dyanayusuf said...

mula train irfan dulu ms umur 3 thn. bg ayat mcm ni je" irfan kan dah besar. dah jadi abang. tak boleh pakai pampers dah. maluuuu...". dan yg plg berkesan, "kalau nak kencing, kena gi toilet tau. papa nak beli pampers adik lg.sian papa takde duit"..heheh..skrg pakai diapers time tido & buang air bsr je.

Bonda Adam said...

waaaa ladies..thanks a lotfor the tips..really aporeciate that... Srmua guna ayat psycho ye..ok kena cuba..nk ngemop tu yg tak thn tu..hihihi

mOnaLieXa said...

hehe...dpt bygkan adam bile bab tukar topik 2..buat muke slumber die..hehe

Bonda Adam said...

tuhla pasal..dia buat muka mintak kena cubit..hihihi