Tuesday, April 17, 2012

Doa untuk bebas dari hutang dan kesusahan

Petikan yang saya ambil Blog Ibu Hebat:

Pada suatu hari, Baginda s.a.w masuk ke masjid, kata Abu Sa’id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya, “Apa yang engkau buat di sini pada waktu begini, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjelaskan, “Aku sedang  bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?” Abu Umamah berkata, “Tentulah aku suka, ya Rasulullah!”
“Bacalah setiap pagi dan petang doa ini,” kata baginda Rasul. Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah, 


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada (sifat) pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” 
(Riwayat Abu Daud). 
Kemudian Abu Umamah berkata, “Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah s.w.t menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku.

3 comments:

FiraHamzah said...

Doa nih aku tampal kat meja opis aku nih, so every time pagi sampai je kat opis, harus la aku baca dulu..harap2 hutang2 akan settle cepat.
lagi satu, doa nih memang bagus diamalkan ketika tengah sedih hati. InsyaAllahhh..aminn :D

auntie farid said...

sarah,kite salu baca doa ni before tido n solat..dari lepas spm mmg dah biasakn..ustazah kite suro..salah satu die jugak untuk hilang gemuruh..
walopon skang lagi banyak utang dr lepas spm,tapi hati tenang..alhamdulillah..=)

Bonda Adam said...

a'a..betul lah tu kan...rasulullah yang ajar.. mesti makbul punya..

tapi mak adam ni baca bile ingat.. kena amalkan pagi dan petang ni