Tuesday, March 27, 2012

Weekend @ Muzium TUDM Sungai Besi

Salam all,

Lama tak update blog ni..fuh bersawang... lately ni i bz hokey..bz dgn macam2 aktiviti di office dan dirumah.

Aktiviti membaca kembali bermula.ingat tak saya punya resolution 2012, antaranya nak baca 30buah buku untuk thn 2012. so far saya baru baca 3 buah..dan buku yang ke-4 ni tak habis2 lagi dibaca...Tajuknye Start Late, Finish Rich.. Buku ni tentang Financial. owh pasal financial mmg saya suka. apa saja idea untuk beri semangat utk saya kaya.. biarpun belum lagi kaya, takpe asal kaya idea.. isy apa ngarut nieh..

Ok berbalik ke tajuk asal. Weekend lepas saya bawa putera2 kecil saya ke Muzium TUDM. bukan saya yang plan ok..kalau gi tempat tak best tu mestilah idea datang dari En Hubby. errr mana ada ompuan suka gi tengok kapal terbang..lainla gi tengok perabot kat IKEA..hihihi

Sebab Si dia beria2 nak tunjuk real aircraft to my kids, saya turutkan aje, on the way ke Sg Besi, singgah speedmart beli bekalan makanan dan air yg byk pelbagai perisa memandangkan review dari internet mengatakan muzium tu open dan panas. habislah Aryan, sian dia sure peloh2..

Sampai aje di parking lot..bunyi cengkerik...sunyi sepi, tak byk kereta, lalang pun tinggi2 juga..rupanya muzium ni tak di maintain tapi masih dibuka pada public. Admission fee: Free.

My boys dah terjerit2..aeroplane mami..aeroplane! waa mami tahula tu aeroplane...sangap! huhuhu

bBrjalan kaki di tengah panas ke hangar  aircraft..kat situ ada bermcm jenis pesawat lama TUDM yg dah nak jadi tukun.. tapi menarik sbb walaupun background study ku Aerospace, saya cuma sempat 'bermesra' dgn pesawat Aemarrchi, F5E tiger, super hornet dan beberapa bijik helikopter. byk yg tak pernah belek. adeh..jgn korang tanyala pasal aircraft2 ni..saya dah lupe...hehehe

So lawatan sambil belajar ke muzium ni beri peluang untuk saya kenal aircraft2 yg pernah TUDM pakai dolu2.

Anak2 saya seronok, Adam paling seronok..habis segala button dia tekan...ada gaya pilot ni... amin..amin..ni la impian mami dari masa Adam dalam perut lagi..hehehe manalah tahu kan..rezeki anak dapat jadi pilot nanti. mak mana yg taknak anak dia berjaya kan?

oklah let pics do the talking..

Sebelum gerak, wajib ambik gambar si bam bam ni. botak lagi..haisy..bila rambut nak tumbuh ni?

Adam kemain berpeluk dengan Amar

Adam n Amir

Amir and Amar. blurrr

This budak over excited

pemandangan depan hangar..

eh Amar usyar awek ke?

Adam nak bawak mami gi shopping ke?

Pemandangan kat depan muzium..ada kolam takde ikan

Mami dan boyfriend kecik..kitaorg dua org je tak enjoy gi sini..hehehe

jambatan ke wakaf tgh kolam

amir & amar buat muka blur lagi




6 comments:

Tishya said...

suka tgk dengar cerita jalan2 sarah dgn anak.... tak kuar byk duit and family quality time achieved! =) amin ...semoga adam jadi pilot heee

Bonda Adam said...

betul tisya..kite akan carik tmpt2 free mana boleh gi..asalkan budak2 ni enjoy, poket mami tak kempis oklah kan.. hihihi

:: zara :: said...

boys will always be boys :)
diorg seronok la g tempat cmtu..hehehe

Bonda Adam said...

so true..heheh

Puan Hazel said...

blh bawak kids ke sini gak.. tmpt2 camni sbnrnya lebih sesuai utk diorg (and kitorg) explore kan.. last week i brought my kids to tugu negara.. boleh piknik, jogging & melawat2.. 3 in 1 with 0 cost..

Bonda Adam said...

tugu negara ye? menarik ni..ok aktiviti this weekend..janji 0 cost hehehe