Friday, March 16, 2012

EBM and power pumping

AS Salam. Sejak sebulan lepas, saya dapati production susu merudum di office. sedih tak terkata. balik hanya dengan 8 ke 9 oz sahaja. dua botol pun tak sampai...down sgt sgt sbb memikirkan Aryan kembali diberi FM di nurseri kerana tak cukup susu. EBM dalam peti ais dah lama habis, jadi memang bekalan susu Aryan bergantung kepada susu di perah di office. kalau banyak susu, tak perlulah Aryan diberi  formula. keadaan ni berterusan sebanyak 2 minggu tau.

 Dua minggu lepas saya nekad untuk buat power pumping. every 1.5 ke 2 hrs saya akan berada di surau. minggu pertama, ada sedikit improvement..stok dah melebihi 2 botol..saya teruskan juga, kerana my daily KPI mesti pam 5 kali di office tka kisahlah berapa outputnya..dan akhirnya berjaya! sekarang saya akan bawa pulang sekurang2nya 16oz susu..jika saya teruskan juga, tak mustahil boleh cecah 20oz.

Aryan sudah mula ambil solid food, jadi dia sudah kurang menyusu. percaya atau tidak, selain makanan bayi, saya belum pernah berikan dia apa2 makanan orang dewasa lain. jika dia mahu minum, saya akan berikan BM. syukurlah di rumah tidak pernah wujud FM. FM hanya untuk abang2 Aryan sahaja.

Dua tiga hari lepas, bbsitter aryan inform yagn Aryan dah tak diberikan lagi FM. 20oz susu cukup untuk Aryan jika saya ambil dia ontime. kalau perlu OT abrulah di di top up dgn FM. jadi untuk mengelakkan Aryan menjamah FM, saya harus balik awal. weekend juga harus pumping untuk mendapatkan kembali stok frozen di dalam peti ais. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan murahkan rezeki anakku... Saya nekad untuk menyusukan Aryan hingga dia cecah umur 2 thn. insyaAllah.

2 comments:

FiraHamzah said...

Caya lah Sarah! aku tabikk spring dgn ko sbb leh fully BF aryan.. bagus nyer ko ada kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Aku nih awal2 dah give up..huhu..cian kembar aku :(

Teruskan usaha beb...Suka tengok Aryan si bam bam ko nih.. :D

Bonda Adam said...

fira...dah kurus dah skrg..tgh ringan badan nk merangkak