Tuesday, March 27, 2012

Weekend @ Muzium TUDM Sungai Besi

Salam all,

Lama tak update blog ni..fuh bersawang... lately ni i bz hokey..bz dgn macam2 aktiviti di office dan dirumah.

Aktiviti membaca kembali bermula.ingat tak saya punya resolution 2012, antaranya nak baca 30buah buku untuk thn 2012. so far saya baru baca 3 buah..dan buku yang ke-4 ni tak habis2 lagi dibaca...Tajuknye Start Late, Finish Rich.. Buku ni tentang Financial. owh pasal financial mmg saya suka. apa saja idea untuk beri semangat utk saya kaya.. biarpun belum lagi kaya, takpe asal kaya idea.. isy apa ngarut nieh..

Ok berbalik ke tajuk asal. Weekend lepas saya bawa putera2 kecil saya ke Muzium TUDM. bukan saya yang plan ok..kalau gi tempat tak best tu mestilah idea datang dari En Hubby. errr mana ada ompuan suka gi tengok kapal terbang..lainla gi tengok perabot kat IKEA..hihihi

Sebab Si dia beria2 nak tunjuk real aircraft to my kids, saya turutkan aje, on the way ke Sg Besi, singgah speedmart beli bekalan makanan dan air yg byk pelbagai perisa memandangkan review dari internet mengatakan muzium tu open dan panas. habislah Aryan, sian dia sure peloh2..

Sampai aje di parking lot..bunyi cengkerik...sunyi sepi, tak byk kereta, lalang pun tinggi2 juga..rupanya muzium ni tak di maintain tapi masih dibuka pada public. Admission fee: Free.

My boys dah terjerit2..aeroplane mami..aeroplane! waa mami tahula tu aeroplane...sangap! huhuhu

bBrjalan kaki di tengah panas ke hangar  aircraft..kat situ ada bermcm jenis pesawat lama TUDM yg dah nak jadi tukun.. tapi menarik sbb walaupun background study ku Aerospace, saya cuma sempat 'bermesra' dgn pesawat Aemarrchi, F5E tiger, super hornet dan beberapa bijik helikopter. byk yg tak pernah belek. adeh..jgn korang tanyala pasal aircraft2 ni..saya dah lupe...hehehe

So lawatan sambil belajar ke muzium ni beri peluang untuk saya kenal aircraft2 yg pernah TUDM pakai dolu2.

Anak2 saya seronok, Adam paling seronok..habis segala button dia tekan...ada gaya pilot ni... amin..amin..ni la impian mami dari masa Adam dalam perut lagi..hehehe manalah tahu kan..rezeki anak dapat jadi pilot nanti. mak mana yg taknak anak dia berjaya kan?

oklah let pics do the talking..

Sebelum gerak, wajib ambik gambar si bam bam ni. botak lagi..haisy..bila rambut nak tumbuh ni?

Adam kemain berpeluk dengan Amar

Adam n Amir

Amir and Amar. blurrr

This budak over excited

pemandangan depan hangar..

eh Amar usyar awek ke?

Adam nak bawak mami gi shopping ke?

Pemandangan kat depan muzium..ada kolam takde ikan

Mami dan boyfriend kecik..kitaorg dua org je tak enjoy gi sini..hehehe

jambatan ke wakaf tgh kolam

amir & amar buat muka blur lagi




Sunday, March 25, 2012

S&P original hilang..

Ayoo..baru je collect S&P dari lawyer office, tahu-tahu dah hilang. tak sukanya saya..dah la hari ni monday blues.

Saya call balik office lawyer, possible to get  new copy of S&P, tapi adalah fee yang kena bayar..it is about RM50. oklah kan..

Tak ada mood nak update activity weekend baru ni. Nanti lah ye...

Tuesday, March 20, 2012

Pumping at work

Di department saya ada beberapa ibu yang menyusukan bayi..Jumlah kini meningkat kepada 3 orang..dan akan ada yg menyusul selepas lagi tiga rakan sepajabat deliver baby. Awareness about BF mmg dah lama ada di ofis saya..juga di Company wide.. seronok bila melihat wanita2 proton berjalan masuk ke tempat kerja sambil mengusung cooler bag dan breast pump.. bila tiba waktu mengepam, bilik suraulah menjadi mangsanya..hehehe

Mengepam dioffice seorang diri agak bosan, luckily saya da pumping partner, Eli..babynya sudha berusia 5bulan. so sambil mengepam, kitaorg akan discuss isu keje, gosip dalaman company, parenting..lately ni kitaorg sama2 buat powerpumping..hihihi

Dulu saya ada mini fridge di surau..sempatlah guna masa pumping utk Adam. tapi masa era twin, fridge tu rosak..malas nka baiki. now saya cuma bawa cooler bag MLO, dan Ice pack MLO. bagus tau..sejuk smapai ke petang.

oh update pumping progess..so far so good..tak da peningkatan, but maintain production nye. Aryan berjaya disusukan 100% susu ibu..yea! semoga berterusanlah Aryan merasa susu ibu sampai umur 2 thn..

ok that's all.. byk keje plak..dah dekat end of financial year..budget project harus di update.. impian nak berhenti masih tak tercapai. berangna je la :)

daaa
Beg Mengepam - mcm2 brand ada

Lepas pam mesti basuh dgn Pureen Bottle cleanser

Koleksi buku2 parenting di Surau...


Body and brain in sleep mode

Sudah beberapa hari saya keletihan.. mmg sangat letih tapi saya lawan letih dan teruskan life mcm biasa.. penat.siapa kata aya tak penat. walaupun En Hubby byk membantu, saya masih ada list kerja harian yang sangat panjang untuk dilakukan. Saya jadi semakin penat bila anak2 pula sakit..Aryan kena chesty cough dan sukar bernafas diwaktu malam.. dia akan terjaga dari tidur setiap sejam dan kemudian merengek.. terpaksalah berjaga malam untuk beberapa hari. aduhai

semalam adalah klimaks kepada cerita letih ni..badan saya tak mampu bertahan..saya akhirnya tertidur diwaktu lepas ambil anak2 dari nursery. Nasib baik saya sempat rebus makaroni dan buatkan sos putih untuk anak2..then saya zzzz dia atas sofa sambil memegang Aryan yang merengek nak berdiri..huh nasib baik en hubby nampak..kalau terlepas Aryan tu naya.

Saya janji pada hubby untuk benarkan sy tidur 10minit..last2 saya tertidur sampai ke pagi dengan baju kerja..! En Hubby tak kejutkan saya sbb kebiasaannya kalau saya tertidur sekalipun..saya akan terjaga semula dan buat kerja rumah..

Malam semalam, segala urusan anak2 En Hubby lakukan..start dari beri budak2 tu makan, mandi, minum susu, main, tgk tv dan tido.. thanks ye syg.. sometime badan ni naik angin sbb terlalu letih..terus dia auto shutdown .. huhuhu

tu je lah nak cerita..bukan merungut sbb letih..tapi sbb amaze sgt camne boleh tido tak sedar diri..ahahah

Selamat Keje ladies!!!


Monday, March 19, 2012

entry blog dari seorang sahabat..untuk peringatan diri sendiri

ceritanya di link ini...

Tishya: Usah berkira-kira dan berlengah: Ingat malas nak cerita. Mungkin cerita ni common tapi aku rasa big impact pada aku sejak peristiwa hilang handphone kat Ikea tu. Masa kehi...

Sunday, March 18, 2012

Power pumping during weekend

Salam Ladies,

Pagi Isnin di office mmg gloomy, semua orang slow je sbb dah lama hibernate during weekend. Saya pun baru nak start panaskan enjin....hehehe

Anyway, before i start heating up my memory, my brain pasal kerja , I must update my pumping progress in this blog first.. I did power pumping during weekend. Tandem pumping to be exact..I pump on one side and nurse my baby on the other side. . Thanks to my Avent manual pump..it helps eventhough urat2 tangan timbul dek mengepam tak henti2. when I complaining to En Hubby, he said my hand looks sexy with that urat2..huh..ni kes taknak beli electric pump le ni... :)

What is the result of doing Tandem pumping? I have additional 10oz of frozen EBM tau! This is as  preparation for the incoming Ramadhan. Yes I know Ramadhan lambat lagi..but I have to start from now becoz I want to ensure my little bunny is having full BM during bulan puasa. Just in case my EBM production merudum lagi, so I have frozen EBM as back up.

Smiling from ear to ear as  I finally manage to get extra EBM for my baby. I can't stop smiling when I got additional 3oz EBM when I did pumping at 8.15am this morning walaupun Aryan menyusu pagi tadi pukul 7. Bunyinya mcm sikit, tapi 3oz tu banyak untuk saya. later on 10.30am akan pumping lagi. I'll keep doing power pumping until Aryan has enough EBM stock in freezer. I want him to be fully BF until he reaches 2 yrs old. itu janji mami pada anak mami. Ya Allah murahkan rezeki anakku..permudahkan urusanku. Amin

Update tentang Aryan. Ayah bawa Aryan ke barber shop untuk gunting rambut..this 7 months old baby dah 3 kali trim rambut. Rambut Aryan lebat sgt.. kembang pula tu mcm penyanyi lagu Awan Nano..hehehe so Ayah decided nak potong jambul Aryan tu.. and memperkenalkan trend rambut terkini aryan...tada!!!!


Sebelum..dah pesen apa dah rambut Aryan

Selepas..tada! saya botak! Barulah nampak mcm baby hehehe

Saya happy kepala dah ringan




Friday, March 16, 2012

EBM and power pumping

AS Salam. Sejak sebulan lepas, saya dapati production susu merudum di office. sedih tak terkata. balik hanya dengan 8 ke 9 oz sahaja. dua botol pun tak sampai...down sgt sgt sbb memikirkan Aryan kembali diberi FM di nurseri kerana tak cukup susu. EBM dalam peti ais dah lama habis, jadi memang bekalan susu Aryan bergantung kepada susu di perah di office. kalau banyak susu, tak perlulah Aryan diberi  formula. keadaan ni berterusan sebanyak 2 minggu tau.

 Dua minggu lepas saya nekad untuk buat power pumping. every 1.5 ke 2 hrs saya akan berada di surau. minggu pertama, ada sedikit improvement..stok dah melebihi 2 botol..saya teruskan juga, kerana my daily KPI mesti pam 5 kali di office tka kisahlah berapa outputnya..dan akhirnya berjaya! sekarang saya akan bawa pulang sekurang2nya 16oz susu..jika saya teruskan juga, tak mustahil boleh cecah 20oz.

Aryan sudah mula ambil solid food, jadi dia sudah kurang menyusu. percaya atau tidak, selain makanan bayi, saya belum pernah berikan dia apa2 makanan orang dewasa lain. jika dia mahu minum, saya akan berikan BM. syukurlah di rumah tidak pernah wujud FM. FM hanya untuk abang2 Aryan sahaja.

Dua tiga hari lepas, bbsitter aryan inform yagn Aryan dah tak diberikan lagi FM. 20oz susu cukup untuk Aryan jika saya ambil dia ontime. kalau perlu OT abrulah di di top up dgn FM. jadi untuk mengelakkan Aryan menjamah FM, saya harus balik awal. weekend juga harus pumping untuk mendapatkan kembali stok frozen di dalam peti ais. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan murahkan rezeki anakku... Saya nekad untuk menyusukan Aryan hingga dia cecah umur 2 thn. insyaAllah.

Wednesday, March 14, 2012

Video Kembar Amir dan Amar

one of my favourite!


xoxo
Mami

Adam dan Beg sekolah baru

Masa waktu Adam masih baby, Adam dapat satu beg picachu from a Japanese friend. Beg tu lah jadi nursery bag Adam. Sungguh comot dan lunyai rupa paras beg tu almaklumlah itulah beg sandang harian Adam starting dia boleh jalan jatuh sampailah umur dah nak masuk 4 thn.. huhuhu kalau mak orang lain mesti tiap tahun dapat beg baru kan..mami ni mmg le kedekut sket. last two weeks, waktu En hubby jemput Adam dari nursery, terus dia tanya ayahnya sama ada boleh belikan beg sekolah baru. dia inform yang kawan nya beli beg Angry Bird warna yellow. So dia minta nka belikan beg baru angry bird warna yellow juga..waaa Adam dah pandai meminta ye skrg ni. seminggu kitaorg biarkan tak beli pun..sian pun ada..tapi taknak ajar dia sebenonye. karang asal org ada barang baru semua dia nak. Dia ingat mak bapak dia keje cop duit ke?

 Tapi tak lama lepas tu, everytime saya pack baju dalam beg Adam, saya dapat rasakan beg tu terlalu kecil utk dia. baju2 Adam dah besar..diaper Adam pun besar..towel Adam pun besar. Adam not my small baby anymore..he is growing big and fast! waaaa cepatnya kamu membesar anak oi. Beg tu terlalu kecil utk dia galas. Finally saya pun decide nak belikan adam new beg angry bird.

Petang tu saya jemput Adam dari nursery terus gi kedai kat Alam Megah..ahaha kat kedai Alam megah je mami beli beg kamu, nak. Sampai aje, saya suruh dia pilih..semua beg angry bird kecil aje saiznya. dah tu kualiti tak menarik. last2 saya negotiate dgn Adam, minta tukar tema beg, beli aje beg Ben 10..ada satu beg yang kualitinya ok, ada padding bhgn belakang dan bahu. lama dia fikir, finally Adam cakap " Ben 10 pun ok lah mami" oh good boy Adam. kalo tak jenuh mak kamu nak gi melilau carik kedai beg yang lain. ahahah Dia sendiri yang bawa beg ke kaunter, i let him pay for his bag. bg duit rm50, terus nak blah.. amboi2..balance tak amek ke Adam..bankrapla mami cenggini.

Dalam car dia dah show off kat si kembar. nervous betul, seb baik diaorg tak mintak.. fuh lega..kalo tak kena beli lagi kat budak dua orang tu. Happy Adam dengan beg barunya..beg lama? simpan dalam storage room.. buat kenangan sbb orang kasik. mmg puas hatilah pakai selama tiga tahun. berjasa sungguh beg tu. Beg Ben 10 yang baru ni? saya akan pastikan dia pakai sampai dia masuk darjah satu. masa tu baru nak beli beg jenama Swan..ahaha errr ada lagi ke beg brand tu eh?


Nilah gambar hero kecik saya dengan beg barunya..asal ambik gambar mesti nak tergedik2. geram betul..




Selingan..Adam dan apaknye dari belakang..huhuhu


Tuesday, March 13, 2012

Yesterday day out with Hubby and Adam


I took AL yesterday, purposely to settle my housing loan, EPF etc2. yea..finally I received letter offer from HSBC and collected our S&P from Lawyer office. Adam refused to go to his school (he called nursery sekolah budak kecil) as he said he want to go work with mami and ayah. ok lah Adam, this time you can go work with mami kay..hehehe

Adam was super excited. Suddenly he acted like a big guy, with a calm face, he informed the twins that he's not going to school (he called nursery as school budak kecil)as he will go to work with mami and ayah. Yang sikembar tu siap angguk2 and pandang Adam mcm amaze sgt Adam dah besar and pegi kerja.

Adam sit quietly at rear seat in my myvi, act mcm orang besar. But everytime we passed by the mall, he asked me to stop. ahahah mami not working at shopping mall ye darling. Kerja mami sgt boring, dalam kilang... Running out of time, we had no choice except to ignore his request. We went straight to HSBC Puchong..but letter offer only ready by 2pm ..sementara nak siap, we left the bank and went to lawyer office in KL pula. Settle kat situ then pegi pula Maybank seksyen 20 to cash  bank draft hubby.

Drop by at Mc D for lunch, terpaksa drive thru because Adam soundly asleep at the rear seat. Tak sampai hati nak kejut. ooo ngular ek Adam, kata nak keje dengan mami.

 Pukul 2 terpacak dekat HSBC, dapat LO pegi EPF pulak untuk keluarkan duit beli rumah...yea! settle semuanya, tapi dah pukul 5.30.. sian Adam. I thought we still have plenty of time to let him play at play area in IOI mall tau2 dah pukul 5.30 baru settle then kena gi jemput anak2 lain. sorry darling, next time kay? Aduh bukan senang nak dapat rumah.

Proses membeli rumah is a prainstaking process especially for people like me who malas nak fill up so many forms and supporting documents from our HR, other bank etc.. really hate it. next time when i want to buy another house, i'll make sure all the records in CCRIS clear dulu for one whole year..kalau tak mcm2 supporting document kena submit to bank.

Bila dah settle loan rumah, dah dapat S&P, bolehla go to the next phase :berangan la apa lagi..hehehe. rumah kecil, tapi angan2 besar. nak buat itu nak baut ini/ why not kan? IKEA software kan ada untuk help me design rumah walalupun small space. hehehe...ada duit semua jadi sebenonye.

 kayla..today I am quite busy with ISO audit activity in my department. sooo many project files must be tagged and registered in ISO list. plus every two hours I will go pumping - power pumping tau..Alhamdulillah 1 week straight saya buat power pumping, EBM increased 5-6 oz more than before. I must maintain the EBM supply to ensure my Aryan fully BF. insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan suami dan memberi rezeki melimpah ruah pada kami dan anak2. amin.

till then..daaaaaa

Monday, March 12, 2012

Weekend @ Acik's house




Weekend lepas ada perhimpunan Umno keluarga di rumah adik saya, Mira. Tak ada aktiviti yang dirancang melainkan melepak, makan, minum, melepak. Kami anak beranak bertolak hari Sabtu petang dan sampai dirumah adik saya ni dah dekat maghrib. Seb baik Ibu tercinta ada untuk prepare dinner.. kitaorg layan TV, let the boys main dengan kitten sekor yg adik bela (kes lom ada baby le tu..takde baby, bela kitten pun jadilah), then kitaorg layan citer Real Steel lakonan Hugh Jackman (yeke? tak ingat nama pelakon dan nama movie tu). tapi serious citer tu sgt best...best sgtla! hopefully ada Real Steel 2 plak pasni. Nak tgk robot Atom tu lawan dgn Zeus lagi sekali. Mesti mamat  Jepun yang cipta Zeus tu nak revenge sbb kena hampir kalah dgn Atom robot cikai tu. hahaha zues? atom? robot? apa saya cakap ni..korang mesti tak paham kan?  sapa lom tgk sila tgk..mmg best. saya yg kuat tido boleh menolak bantal dan selimut berjaga sampai kul 2 pagi semata mata nak tgk movie tu.

esoknya takde wat pe jugak melainkan gi warehouse sale kat seri iskandar..ware housele sgt..baju design dah obsolete..mahal plak tu. samaje harga di jusco..baik beli kat jusco..ada gak air cond. 10 minit masuk then terus keluar...tak best! last2 gi cari air cond kat Tesco. beli baju main2 budak2 tu sorang selai. selai rm10..hahaha sorry ye nak..mami pokai bulan ni. selain tu belikan Adam kereta kaler kuning mcm keter Mr bean..harga RM23 je.

Antara aktiviti lain: mami dgn ayah test drive kereta Chery Tiggo baru tok abah adam. Baru keluar kedai..bau kedai lagi. tok abah semangat jalan jauh sbb nak test drive keter baru dia lah. heheheh

Not bad la kereta keluaran china ni. appearence boleh thn..kualiti nampak ok tapi taktau over time ada bunyik sana sini.. hubby tak dpt lenjan test drive sbb anak2 nak mengekor..sapa test drive je kete tu mesti ada 3 budak kecik kat seat blkg..so semua org terpaksa bawak secara berhemah..huhuhu

Gambar2 yg sempat saya snap kat rumah Acik Adam.


Baru nak gerak dari rumah..Adam gedik taknak dok kat seat sendiri.

On the way ke Tronoh..lengang je jalan

Adik Anith, my youngest sister

Tok Abah and Adam

Amar with Kereta Mr Bean Abang Adam

Adam ganggu Tok kemas barang

My Little Bunny, Aryan. Kepanasan, tinggal diaper je

Amir, Amar, Adam

Tok Abah dan cucu sulung kesayangan

Kitten Acik, nama dia Lisa Surihani. sorry Lisa, pinjam nama u :)

Tok and Amir

Tok Abah with his new SUV

Bye bye Tok Abah n Tok, panjang umur kita jumpa lagi

Ein, menantu kesayangan tok abah Adam

Mami dan Aryan..siap2 nak balik shah alam

p/s: sorry Kak cik and Kak teh..gambar korang semua tak pakai tudung..so tak boleh masuk my blog yg islamik ni..huhuhu anyway..love u!





Sunday, March 11, 2012

Garden on roof top - a creative idea


Hello ladies..

happy monday everyone! how's you weekend? best ke? ada gi jejalan mana2? Saya takde aktiviti menarik melainkan membawa anak2 ke rumah adik di Perak. ada family gathering, lepak2 tgk TV and gi Tesco Seri Iskandar beli kereta Mr Bean untuk Adam. hehehe boring kan?

Hari ni I nak share pasal Roof top Garden ... Taman di atas bumbung yang jarang2 nampak kat Malaysia.. selalu kita jumpa kat hotel2 je kan? tak pun dekat kondo.. cer bayang kalau kita buat kat atas bumbung ruamh kita..garden yg cantik..ada small pond with fountain..ijau je..sejuk mata memandang. aisy..rasa mcm nak buat je ni.

I share the pic with En Hubby..En Hubby said it is possible to do but need to ensure the roof is waterproof. ada special chemical like paint that can waterproof the roof..so takdela siling tingkat bawah tu akan lembab dan naik kulat due to water leakage.. okeh...mcm akan jadi special project for our new house. hopefully la..tgk ongkosnya dulu..tunggu bonus another 8 yrs baru saya boleh share gambar taman atas rumahku pada korang..hihihi

Reasons for Rooftop garden:

souce: http://www.cityfarmer.org

  • Increase access to private outdoor green space-at home or at work-within the urban environment
  • Support urban food production
  • Promote individual, community, and cultural diversity
  • Improve air quality and reduce CO2 emissions
  • Delay stormwater runoff
  • Increase habitat for birds
  • Insulate buildings
  • Increase the value of buildings for owners and tenants alike
  • Create job opportunities in the field of research, design, construction, Iandscaping/gardening, health, and food production
My reasons:
  • Takde cukup tanah
  • Cantik
  • Cantik
  • Cantik heheheh
Ada satu area dekat 1 utama..secret garden coffee rasanya. i must go there to feel the ambient and how it feels to have garden on roof top. bila nak pegi ye? esok cuti..lepas settle hal boleh bawak Adam pegi kot. site survey..huhuhuh

kalau pegi saya ambil gambar and share dgn u all.



ok ladies..jom berangan lagi! Enjoy the pic..


Source: inhabitat.com via Sarah on Pinterest

Japanese Garden. sejuknye mata memandang..rumput ijau je


Tak ada Rumput, flooring dari kayu.


Nampak tak tempat lepak tersembunyi di atas bumbung??


Design ni bolehla membantu untuk cuaca yg panas di malaysia


Simple and clean. saya suka pagar tu. Wajib ada untuk rumah saya.



Pancuran air..mesti cool je lepak situ



Suka lighting taman ni



Suka kolam air dan lighting system


Source: google.com via Sarah on Pinterest

Mcm rumah dalam citer lord of the ring je ni.. haii bila la nak dapat pi new zealand ni...



Cer imagine kalau berdeting dgn hubby kat taman atas bumbung..jiran nak usyar pun susah..nak kena mendongak. nampak sgt tgh mengintai kan..ahahah

Anda berminat? bygkan korang ada taman atas bumbung cenggitu..waaa sapa lalu lalang mesti akan usyar je ruamh korang..silap2 ada orang magazine house deco datang nak interview korang masuk magazine.. fofular sgt..

kalau nak buat..sila tgk gambar bawah apa yg kroang kena buat dulu


tadaaa!
Source: hometone.com via Sarah on Pinterest


Source: hometone.com via Sarah on Pinterest

and watering system..takdela penat nak ngangkut air siram pokok dan isi dlm kolam korang tu..

ok sapa yg bercita2 nak buat dan berjaya buat kat balkoni rumah korang ke..informla..saya akan interview tuan rumah dan post ke blog saya ni..ceh! mcm hot sgt blog ni..ahaha

daaa..happy working everyone..