Tuesday, February 28, 2012

entry sakit hati...

sy tgk video pe,bantu taska ikat budak2 umur kebanyakan bawah 2 thn...ada sorg tu dia siap tape mulut bersama pacifier dimulut..sungguhla kurang ajar manusia 2 ini... tak sabar rasanya untuk tunggu saat dan ketika daku menghantar surat letak jawatan dan buka pusat asuhan kanak2.. reason kenapa sy sendiri nk buat ialah sbb ni lah.... mak ayah budak2 tu amanahkan pengasuh untuk jaga...kena pegang amanah tu betul2. kasihan anak2 tu..seharian berjauhan dgn mak ayah yg mencari rezeki..alih2 diaorg kena tindas... patutnya pengasuh2 ni patut kesian dan syg diairg..jadilah sekejap pengganti mak ayah...anak 2 ni mmg bukan tahu apa2, cuma nk kasih syg je...

hai..bilalah nk buka taska ni...nk berenti skrg, byk utang piutang..sy buka taska bukan sbb untung, tp untuk tambah shm akhirat. en hubby kena keje kuat nieh..wink wink...

oit pencuri...ko mmg jahat..

br dpt perkhabaran dr kampung...rumah abah dimasuki pencuri entah kali keberapa puluh..mcm2 modus operandi prncuri...potong grill tingkap, cabut grill tingkap, masuk ikut stor rumah, eyptc.. kali ni pencuri tu masuk sewaktu adik ada di rumah...!

adik sy tu adik perempuan..sy panggil kak teh.. according to kakteh, pencuri tu masuk mungkin masa dia buka pintu dan keluar bermain dgn baby, kucing kami tu..pastuh k teh masuk ke dalam rumah dan kunci pintu..kiranya kak teh berada dlm umah dgn pencuri tu...takutnya....

waktu kteh masuk dlm bilik, mujur dia kunci pintu..waktu tu kteh dgr bunyi kerusi berlaga.. dia saspenla sbb dia sengsorg je dlm rumah.. keluar check, pintu almari abah terbuka..rasa ada org dlm rumah, kteh lari masuk dlm bilik dan kunci pintu bilik..tunggu abah dan ibu balik..

abah balik, pintu gril dapur dah terbukak..pandai pencuri tu cari kunci pintu...jam abah dan aksesori barang kemas tiruan ibu hilang..seb baik yg emas tulen ibu simpan ditempat lain..bukan di rumah tu.

syukurlah dia tak apa2 kan adik sy tu..apapun, saya kena minta abah pasang cctv di bhgn blkg rumah dan setiap bhgn rumah yg selalu dimasuk pencuri..

ya allah, lindungilah ahli keluargaku dari mala petaka..

Monday, February 27, 2012

Lunch @ Marhaba Restaurant. Yummy!

Saya harus update aktiviti dengan my lady friends pada hari Jumaat lepas. Sejak dari hari Khamis kami beramai2 plan untuk lunch di Cyberjaya..untuk mencuba nasi Arab yg diperkatakan oleh Adibah sgt best dan terbaik dari ladang..eheheh. Nama restorannya adalah Marhaba.

Kedainya kecil saja, corner lot berdekatan dengan Cyber ria. smapai di kedai, kami disediakan tempat duduk kerana Adib dah siap2 booking untuk kami bersembilan. dapat menu, semua pening..apa nama makanan semuanya nama arab..tgk gamabr makanan je..order mana yg nampak paling fotogenik. saya order Fattoush salad dan Koobedieh kebab dan mendi rice (betoika eja..?)..air orange juice je.

sampai makanan..omak ai.. byk sungguh. mkn smapai kembung perut. saya take away hanith chicken and hanith lamb untuk anak suami. diaorg pun mkn dgn gembira.

ni gambar2 makanan dan geng wanita saya.
Ahli Kelab Wanita Powertrain - dari kiri, Suhaili, Farida, K Fadz

Ni bukan ahli kelab, ni orange juice

Koobedieh lamb kebab. sedap sgt....ikhlas, takde dapat apa2  komisyen dari Marhaba

Fattooush Salad yg berkhasiat

Waaa ladies..u all mcm kebulur sgt ye...

K fad gelabah, nasik byk sgt

Lagi ahli Kelab - Adibah, Tisya (dari rancangan Saya nak cuti! tajaan MAS) yg hujung tak nampak muka tu Nurul

Errr yg kiri sekali tu tuan empunya Blog, Adibah dan Tisya
Semua wanita Powertrain menghadirkan diri dalam acara makan2 ni kecuali Pn Harizah yg bercuti2 Malaysia di Langkawi. takpela Izah, bila2 nanti kita gi reramai lagi ye..

Sunday, February 26, 2012

hodge:podge: So Canadian eh?: Andrea Lauder Johnson

Sila baca netry nie..menarikla rumah diaorg..mcm mana diaorg organize and deco rumah... mmg best!



hodge:podge: So Canadian eh?: Andrea Lauder Johnson: Visiting this week is a local blogger and designer who with her infectious smile dresses to kill! Every time we meet, or bump into each ...

Cuti-cuti weekend : Balik Guar Chempedak

Weekend leaps saya pulang ke kedah, pulang dgn exora bold company, fuel consumption mmg a lot better dari naza ria kami tu..sehala dari shah alam baru rm 60.sepanjang di highway, hubby autocruise shj, waaa engine cfe turbo mmg best. ride n handling pun best, mcm bawa sedan aje. so belilah barang buatan anak tempatan ye kawan2.berbaloi2:-)

Dikampung, tak ada aktiviti yg sy buat melainkan membiarkan anak2 berselerak main dihalaman rumah tok abah dioarg, ikut tok abah pusing kampung, dan saya pula cuma bermalasan sambil tgk tv dan bersantap. masak??of coursela ibu yg masakkan..oh ya, walaupun mak dah 13 thn meninggal, tp saya sudah ada ibu selama 12 thn. we need a mom to take care of our house, my dad need a soulmate too..ahaha..kitaorg syg ibu sama mcm sygkan arwah mak...cuma arwah mak lebihle sket, maklumla dia yg lahirkan kitaorg..tapi hormat dan hak diberikan pada ibu sama mcm mak.

Ibu ni mmg sygkan anak2 sy mcm nk rak, maklumla dioarg ni dikira cucu sulung dalam keluarga menandangkan adik2 saya lom ada anak.  kalau balik mmg saya rileks habislah sbb mandi, basuh berak, tido, semua nenek yg buatkan.

paling best kampung sy ni sbb ianya mmg ceruk, dikelilingi pokok hijau, sunyi, waktu pagi mesti sejuk menggigil. dgr bunyi burung2 berkicauan...kadang2 ada monyet melintas..erk..dok dlm hutan ke? ahaha..lebih kuranglah.. mmg kampung abislah..sapa budak bandar datang sini, mmg takut le hantu kak limah melintas depan rumah

tapi semasa kitaorg ada di kampung, kesunyian kampung dah dicemari dgn jeritan anak2 saya..dan jeritan saya jugak...

ni gambar rumah tempat saya membesar.....
Pandangan hadapan rumah

Ni halaman rumah tempat saya main badminton, bola sepak and kayuh basikal masa kecil2 dulu
Sampai di rumah tok abah, adam dan kembar mmgla sibuk nak gi storage room cari koleksi mainan dioarg. Cara tok abah nak cucu2 dia selalu ingat nak balik kampung ialah dengan membeli mcm2 mainan, so stor belakang rumah tu penuh dgn mainan cucu2 dia..mami syokle, tak payah beli sbb byk tok abah tolong belikan..

Sampaikan, asal balik kampung je, tok abah bawah bebudak tu gunting rambut..ahaha jimat lagi, mami tak perlu keluarkan duit untuk gunting rambut korang..

kan best kalau tiap2 bulan tok abah belanja duit susu, duit nursery adam and adik2 adam kan? kan? kan?

pandangan tepi rumah, hutan jugak...ehehehe

Amar Rayyan - Aunty Farida ckp muka Amar sebijik cam muka mami tgh gossip..ahahah

Amar dan amir - new hair cut

Hijau dan sepi je rumah saya ni

Amar main tolak beskal..tak reti kayuh


Adam dah botak - merempit dgn amar

Adik bongsu saya...ahahaha nama pun baby..kucing jantan tau

Orang tgh syiok main kat luar rumah, dia tido

Friday, February 24, 2012

Deco Idea: Girls bedroom

Hi all..

How's your day today ladies? Today is Friday, so I bet most of you can't wait to leave office as tomorrow is Saturday..yea!. I am also sooo excited because tonight we will travel back to my hometown..Guar Chempedak. A small kampung in Kedah. Really miss my family and my lovely grandma who is now spending her free time mengaji, beribadah and playing jigsaw puzzle. she's so expert playing jigsaw puzzle. kalau takat yg 100pcs tu kacang je tu..

I received one request from one of my blog reader..hehehe poyo jek..mcm hardcore blogger. actually she's one of my besties, kak nora. Kak Nora ni has two adorable bam bam daughter nama Alya and Adik (sorry kak, i forgot the little one name). Kak Nora plan nak create a bedroom for her two princesses.

Hmm when we talk about girls bedroom, of course there are two words will pop out from our mind: Pink and fairytale. hihihihi waaa seronoknye Alya and Adik becoz you have mommy yg nak decorate bilik for both of you.

ok kak nora, here are some Deco ideas..specially for the two cutees:

Ok we start the most expensive, impossible to-do idea:

Below pic: Cinderalla bed! wow..i will kiss my mom 100 times a day if she made my bed like this.  ok ke Kak Nora? semak sketla..and too pinky.. Alya may not like it.




Below: Ini bilik baby, comel! suke!  baby cot yg sgt seronok.. comel je kalu baby girl nap dlm cot ni with mommy kan? kan?
















Yang ni pun comel...purple and pillow kecil2 tu warnanya contrast with the color theme.

Source: google.com via Sarah on Pinterest


Yang ni cute and adorable. I like the wall deco and quilt..so girlish and cute. 









Simple je ..and clean decoration. Head board tu cantik just white bedsheet not suitable for kids.. design mcm bilik hotel


Purple! kalau soft mmg sesuai dgn girl tots...furniture arrangment tu saya suka




Aisy..ini idea bernas untuk bilik 4 bujang kecil saya..suka suka! sorry kak nora..off topic plak

















I like this design. tapi kena customize katil tu. compact and the most important is it is white! nampak cerah dan bersih. tukar quilt tu dgn pink quilt kat atas...waaa mesti Alya suka.. cuma at the moment, mesti dua2 gigirl kak nora ni akan tido sekatil sbb boring tido sorang2 and tak nampak apa yg sorang lagi tgh buat..heheeh tapi when they become a teenager, they will have their own space. trust me they will appreciate it.
sorry ye sbb tak dpt detailkan semuanya as i don't know the room size and budget, boleh share idea tema je lah.. heheheh kalau nak angkat saya jadi ID kak nora, boleh PM me.. FOC je..suka berangan, seronok kalau dapat direalisasikan.. Happy weekend everyone..

Wednesday, February 22, 2012

Boy's Bedroom

Hi Ladies,

I am so excited to share with you  on what I found from Pinterest (love it! Pinterest is my total stress reliever)...Deco idea for Boys bedroom! superb...

Currently this is my boys' bedroom looks like..



No theme, plain, dull and boring! hehehe rumah sewa katakan..alasan sungguh.
single bed is belongs to Adam. and the double bed is belongs to the twins.. actually this is our master bedroom but i had no choice except to allocate the room for boys. They need extra space but for mami and ayah don't mind to have smaller room..lagi kecik lagi bagus..:P

Ok takpe, lepas ada rumah sendiri, mami dah janji pada diri sendiri to design the best, coolest, marvellous bedroom for your guys.. kay? insyaAllah..

jom scroll down for deco idea..



Source: sikamo.com via Sarah on Pinterest


My comment: Mickey theme. yes my boys would love them as they are now love mickey character, but what if when they start to obsess with other cartoon character like boboy boi? ben 10? ultraman? jenuhla mami nak re decorate balik
Source: roomzaar.com via Sarah on Pinterest

My comment: sarat..serabut..a big NO! and i have rule for my boys...no toys in their room..



My comment: love the A character on the wall..A for Adam, A for Amir, A for Amar and A for Aryan. great idea nad I love it!


\
My comment: Katil tu ok, tapi mcm bosan sket.. sama bosan dengan bilik anak2 saya




My comment: Bedsheet tu mesti adam suka



My comment: love the idea..suitable for a small room..compact ..ada 4 katil for my 4 boys.. all of them can sleep in 1 room..i am ok to give them our master bedroom (bila ada rumah sendiri nanti) but the color must be changed..maybe wihte or blue..masculine la sket..

I want four of them sleep in 1 room and only can have their own room when they reach 13 yrs old. that's mommy's 2nd rule..kejam tak? 

Tuesday, February 21, 2012

Organized Toys

This is my 2nd entry for today.

quick update: i managed to do power pumping every 1 hour. must increase the pumping frequency as i desperately need ot boost up my milk supply. my little bunny needs 25oz of EBM everyday at nursery. total EBM collected as of 2pm justnow is 11oz... mak ai..wish me luck ladies..

long update: I am a day dreamer and always dream to have a play room for my boys.  I allocate 1 room upstairs for me to keep all the toys for my boys to play.  what is the room looks like now?? a total CHAOS! aaarggh boys are always boys...three words for them...errr four actually: big fight, messy, noisy.

sorry I forgot to snap pic this morning even though I promised Ms Tisya to post pic of our upstair rooms. nest time ye tisya.

Sbgmana yg diwarwarkan sebelum ni, saya suka layan pinterest and now i have collections of gorgeous photos of play room rumah mat saleh.. kan best kalau dpt buat playroom mcm ni, dan sentiasa begitu tak berusik..saya boleh buat cenggitu tapi mcm mana nak maintain?? discipline the boys?? naaaahhhh mimpilah.

enjoy the pics ladies!

Source: ohdeedoh.com via Sarah on Pinterest
Source: google.com via Sarah on Pinterest
erest.com' target='_blank'>Pinterest</a></p></div>

Anda suka design yang mana satu??? Ahahah font pun tukar pink...

Petikan Artikel Metro : Susui bayi seawal mungkin


JALINAN...hubungan   ibu dan anak tiada penghujungnya.
JALINAN...hubungan ibu dan anak tiada penghujungnya.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu  ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri.
Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula.
“Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi.

“Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed.


Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.

Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi).

“Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak.

“Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya.

Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi.

Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala.

Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan.

Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.

Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin.

“Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam.

“Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya.

Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.

Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya.

Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus.

“Keadaan ini mungkin disebab�kan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa.

“Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya.

Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya.

Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula?

Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan.

Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.

“Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis.

“Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya.

Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi.

Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari.

“Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat.

“Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.

Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja.

Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya.

Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan.

“Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.

“Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.

Monday, February 20, 2012

Rumah sewa kami

Hello ladies! Hari ni masuk dua netry dalam blog ni.. haaa amek ko..kalau tak bz sampai 10 entry pun saya boleh post. klaau bz, berminggu2la blog ni tak berupdate. bersawang berhabuk jadinye.

Entry ni nak cerita pasal rumah yg saya duduki kini. Rumah ini sebenarnya rumah sewa. Sebelum ni saya tinggal di sebuah apartment kepunyaan sendiri di Desa Petaling. Tapi bila kuantiti anka bertambah dan semuanya lelaki, saya jadi fobia dengan ketinggian dan takut anak2 memanjat dibalkoni. ruamh saya tu tingkat 12 tau. nauzubillah..

Akhirnya saya membuat keputusan menjual rumah tersebut dan sementara selesai proses jual beli, saya menyewa dulu teres dua tingkat di putra height..Skrg ni dah masuk 10 bulan kami menyewa disitu. Harap2 thn 2013 kami anak beranak bukan lagi homeless...amin

Rumah sewa punya limitation, saya tak boleh sewenang2 mengubah apa yg telah sedia ada dirumah tu, malah, nak drill dinding untuk letak frame/ bracket pun buat kami fikir berpuluh2 kali..Jadi apa yg boleh saya buat dirumah sewaan daku itu cuma maintain je seadanya. try sehabis mungkin untuk sejukkan mataku yg memandang walaupun byk detail2 yg saya sgt tak suka dirumah itu..

okla...saya nka menjemput puan2 semua melawat rumah saya. setiap gambar tu mmg la byk benda saya nak komen, byk corner yg saya nampak apa details yg saya boleh buat, tapi tak dpt buat sbb itu RUMAH SEWA
:-( tak bestnye kan?

Ini adalah TV corner,  langsir tu adalah langsir dari dalam bilik kedua di rumah lama. saya tka punya langsir cantik untuk ruang tamu sbb rumah lama takde tingkap dibahagian living room. apartment kan... nak buat baru, tapi malas sebab rumah sewa. saya tak sukakan warna dinding tu..sapalah yg pilih warna merah tu..huhuhu malas nak komen lelebih karang tuan rumah baca, dia naikkan lagi sewa rumah. ahahah

Toy yg bersepah tu adalah kepunyaan hero2 kecil saya. diaorg ni dah ada toy room sendiri tpai masih nak  bawa toy ke living room. ..

Ni entrance masuk. Warna pintu tu adalah coklat.. lantai ada broken marble warna kelabu..dinding warna merah dan kuning..matching tak??? takkan?? eheheh
Sebelum ni saya cover lantai dengan carpet dan rug takut anka2 saya calarkan lantai tu, tpai memandangkan tuan rumah nak naikkan sewa lagi rm100 bulan 5 ni, so saya fikir biarlah bercalar..nanti tuan rumah boleh upah org polish balik lantai tu..murahje pun..dalam rm 500 je.. huhuhu

Ini adalah tempat lepak anak2 saya. biru dan merah..tak matching langsung.. itu salah saya tapi sofa bed tu takkan bergaul dgn L Shape sofa tu kalau saya ada rumah sendiri nanti..masing2 dah ada lokasi yang akan diletakkan, cuma skrg ni longgokkan je dulu sekali.

anak2 saya suka bantal panjang yg warna warni tu..anda boleh dapatkan di IKEA. throw pillow warna coklat tu dari courts ammoth beli masa stock clearence. rm29/pc je

memandangkan saya nak mengadap corner ni selama lagi setahun lebih, maybe saya nak paint side table yg tersorok kat tepi tu dgn warna putih dan letak  lampu kat atas meja tu... langsir sliding door tu tu pun mcm n ak kena berganti. En Hubby..apa kata you?

Ini adalah satu lagi corner sebelah tmpt tgk tv tu. saya plan nak beli book rack Ikea warna putih dekat dinding warna merah untuk dptkan contrast. and sofa coklat tu ubah ke bahagian dinding warna krim tu.. rak TV tu pun nak dicat warna putih..apa komen En Hubby? ala pakai je rak Tv tu sampai rosak, nanti pindah beli baru..amboi2..byk duit abg? saya tak kira, saya nak cat jugak... degil..hehehe

Ni adalah kabinet simpan barang2 hubby yg dia suka sepahkan merata2 sebenarnya. siap ada kotak coklat lagi atas tu, (abaikan tabung haji tu, tu adam punya..bukan situ tmpt simpan tabung tu..) Saya suka Frame Family tu..saya print gmabar anak2 saya hitma putih and tepek dlm frame tu..patutnya kena gnautng kat dinding..tpai sbb rumah sewa, letak atas kabinet je lah :(

oh pintu tu saya sgt teringin nak cat kaler putih... i love white!

Ni adalah ruang mkn. thanks to tuan rumah dah siapkan built in cabinet tampt simpan pinggan mangkuk. ada lagi satu kabinet itam kepunyaan saya,taktau nak letka kat mana..mcm nak cat putih jugak..ahahah

meja mkn tu meja yg boleh dipanjangkan dan dipendekkan..beli kat ikea.

tuala sidai kat situ??? takde rak towel..sampai kesudah tak beli..alasan..rumah sewa! ahahah

ni dapur basah..bersepahkan? mak sapa lah ni... ni baru betul2 honest.. kalau ikut nak tunjuk diri supermom, mesti saya kasik betul2 bersih dan berkilat baru amek gamba.. camnilah dapur saya ..penuh dgn pinggan mangkuk tak simpan dalam kabinet..ada TV kat atas lantai dapur? En Hubby tak smepat angkat simpan di bilik atas sbb tetiba dia patah bahu..Tv tu berat bona..

ini lah keadaan rumah saya buat masa skrg..saya betul2 tak sabar nak punya rumah sendiri sbb dah ada rumah sendiri barulah semangat nak mengemas and deko rumah..skrg ni layanje la pinterest tu buat isi masa terluang dengan berangan..

Our Love song..

Pernah dengar lagu Phill Collin dalam filem animasi Tarzan? Itu lagu yang dinyanyikan oleh mak tarzan, Kala untuk Tarzan masa Tarzan menangis sbb Kala tersalah cara mengcarry Tarzan..Time tu Kala baru dapat kebenaran hubby dia untuk adopt Tarzan pengganti anak dia yg baru je mati.

Saya sangat suka lagu tu..nak tahu kenapa saya sgt suka lagu tu? sebab itu lagu kesukaan arwah ibu saya..lagu kenangan dia dgn adik bongsu saya yang masa tu masih lagi baby.

Bila saya dengar lagu ni, saya rasa mcm balik kezaman saya sekolah, lepak depan tv dengan mak tonton movie Tarzan ni dgn adik bongsu saya..kami berdua siap boleh hafal skrip2 dalam filem ni..sbb kami tgk berpuluh2 kali.. Part favourite kitaorg ialah bila Tantor (anak gajah, kawan tarzan) tanya dengan mak dia air sungai tu ada bakteria ke tak..hehehe saya dan adik boleh hafal seluruh skrip adegan tu..

mengimbau kenangan abadi dgn mak..saya sgt rindu dia...

Sekarang lagu ni saya jadikan lagu cinta saya dengan Aryan..ehehe kenapa Aryan? sbb dia sorg je masih baby...yang lelain dah besar..apapun mami sayang semua anak mami..



Layan you tube?? click here --> You'll be in my heart

"You'll be in my heart"


Come stop your crying 
It will be all right 
Just take my hand 
Hold it tight 

I will protect you 
From all around you 
I will be here 
Don't you cry 

For one so small, 
You seem so strong 
My arms will hold you 
Keep you safe and warm 
This bond between us 
Can't be broken 
I will be here 
Don't you cry 

[Chorus] 
'Cause you'll be in my heart 
Yes, you'll be in my heart 
From this day on 
Now and forever more 

You'll be in my heart 
No matter what they say 
You'll be here in my heart, always 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/p/phil+collins/youll+be+in+my+heart_20108086.html ] 
Why can't they understand 
The way we feel? 
They just don't trust 
What they can't explain 
I know we're different but, 
Deep inside us 
We're not that different at all 

[Repeat Chorus] 

Don't listen to them 
'Cause what do they know? 
We need each other 
To have, to hold 
They'll see in time 
I know 

When destiny calls you 
You must be strong 
I may not be with you 
But you've got to hold on 
They'll see in time 
I know 
We'll show them together 

[Repeat Chorus] 

Oh, you'll be in my heart (You'll be here in my heart) 
No matter what they say (I'll be with you) 
You'll be here in my heart, 
I'll be there always 
Always 

I'll be with you 
I'll be there for you always 
Always and always 
Just look over your shoulder 
Just look over your shoulder 
Just look over your shoulder 
I'll be there always



Sunday, February 19, 2012

Semoga Adik Faris sembuh

Saya ni mmg jenis cepat tersentuh hati kalau hal melibatkan anak2 kecil..saya mmg garang dgn anak2, tapi garang saya bertempat.

Cerita Adik Faris yg dihebahkan di FB tentang penyakit barah darah yg dihidapi membuat hati ni mcm kena siat2. tgk wajah adik ni menanggung sakit buat air mata saya melimpah tak boleh stop. tentu ada sebab dugaan ni allah beri padanya..dia anak yang kuat, sekuat ibu dan ayahnya..

saya? saya tak sekuat mereka.. sentiasa berdoa agar segala kesakitan anak2 saya, diberikan saja pada saya. saya tak mampu meihat mereka menangis (melainnkan kalau dicubit saya.. :) )

Semoga adik Faris cepat sembuh..semoga Allah makbulkan doa hamba2Nya  untuk adik Faris ni..

maaf tak mampu nak post gambar adik Faris...karang every time bukak blog ni, saya menangis

untuk mengetahui perkembangan adik Faris, sila klik di sini ; --> Mazidul Akmal

Play time! Sunday morning @ Taman tasik Shah Alam

Weekend lepas memang tak ada plan untuk kemana2, kecuali ke Taman Tasik Shah Alam breakfast dekat sana and let the boys spend their time at their favourite place..apa lagi.. play ground lah..we let them feel free running, jumping, climb, play with muds, stunt or apa saja yg diaorg nak buat and let them make friends with other kids too...  suprisingly, eventhough they have each other, diaorg masih berkawan dengan budak2 lain... majority are girls.. so cute bila Adam salam dengan tiga orang anak dara tecit2 bila time nak balik, siap cium tgn tu..adoi hai.. kids are so innocent and always innocent..tapi nanti dah besar, jangan buat gitu dgn anak dara orang ye..
Skodeng kure2

Jatuh dlm becak
Me bersama kekasih gelapku...

Ice cream time..comot!

I need air cond mami.. dah berpeluh2

isk..ajar anak makan berdiri

comot tul..rambut tu patut kena potong..tak sempat gi barber shop

lari..lari...kejar crow!

comotnye Amar!