Saturday, January 28, 2012

Cerita tentang Stok susu rakan saya

Baru2 ini saya ke rumah Pn Z melawat babynya yg baru lahir. comel sungguh baby Iman ni.. iyelah semua baby mmg comel kan? hihihi cuma yg specialnya Pn Z dapat baby girl. saya ni pulak kempunan nak anak perempuan. Jadi excited terlebih nak peluk2 n cium2 baby Iman ni.

Sambil borak2, Pn Z ajak tgk stok susu beliau..dia buka freezer dan kelihatan berbunjut2 stok EBM dalam plastik yg diikat...mah ai!!! byknye.. sy sungguh jeles ok? hihihihi Alhamdulillah rezeki untuk Iman, Allah yg beri. sebelum ni abg Iman, umar tak dpt cukup susu ibu sbb masa menyusukan Umar, production sus Pn Z tak sebanyak skrg ni.

Tapi untuk pengetahuan, sejak mengandungkan anak kedua, Pn Z ni mmg dah pasang niat nak BF anaknya. Bila otak kita dah set begitu, insyaAllah akan banyaklah susu yg akan keluar lepas bersalin. buktinya, stok susu beliau banyak sungguh. Pn Z menggunakan single pump madela, so far  pengguna brand madela mmg banyak bagi positive feedback..sekali perah dapat byk oz berbanding jenama *tut* dan *tut* hihihih

Saya bagaimana? sejak tinggalkan Aryan selama beberapa hari, Aryan diberi susu formula. aduhai kasihannya anak bam bam saya tu..dia tak begitu sukakan susu formula, jadi dia kurang menyusu di taska. saya tahu dia kurang menyusu sbb diaper nya selalu kering, dan lambat penuh. sejak dua menjak ini sahaja production susu saya bertambah. seoronok menyusukan Aryan tanpa bantuan formula, cuma stok susu cukup untuk daily usage. tak ada lebihan stok.

Inilah pam nye..saya nak beli tapi En Hubby tak bagi.. :( 
Lawatan ke rumah Pn Z menyuntik semangat untuk saya terus pumping untuk stock susu Aryan. Semoga rezeki Aryan mencurah2 lepas ni walaupun menggunakan manual pump avent..huk huk huk..

No comments: