Sunday, January 29, 2012

Cerita Kembar:Tentang Amar (errr agak panjang cerita ini)

Saya jarang update kisah anak2 saya secara spesifik, terumtamanya si kembar, Amar Rayyan dan Amir Rayyan. So entry kali ni saya nak cerita tentang Amar sahaja. next time saya cerita pasal Amir.

Saya tahu saya mengandungkan anak kembar sewaktu kandung dah nak masuk 6 bulan. perut dah besar baru tahu pregnant twins..padahal saya scan perut setiap bulan tapi agaknya saya gi klinik biasa, so doktor tak nampak ada twin yg lagi satu. Saya ke klinik Suraya di Shah Alam pun sbb kebetulan saya demam selsema, so alang2 dah nak jumpa doktor, baik scan sekali perut tu. masa scan, doktor ckp dia dengar ada dua heart beat. saya terkejut, bila dia scan betul2 dia nampak ada dua jantung yg sedang berdegup, and nampak fizikal dua baby tapi nampak mcm kaki kurang satu. masa tu saya rasa mcm nak gugur jantung. takut kembar siam.

Doktor try check and dia confirm ada dua baby but need to perform detail scan and jumpa gynae. masuk dlm kereta saya menangis, menangis betul2..setengah jam dalam kereta mcm org bodoh sbb tgn and kaki mcm lembik, terkejut sungguh2. mana nak sangka ada kembar, dahtu taktau kembar tu ok ke tak...

esoknya saya ke SDMC, buat appoinment dgn Dr Haris. alhamdulillah, lepas buat scan, doktor ckp my twins looks fine. syukur sgt2. semangat kembali pulih, so task saya jaga kandungan je la (errr jaga ke? minum kopi dgn air gas bergelen2). saya sihat kecuali Hb saya jatuh merudum. kebetulan mmg ada beta thalasemia trait. so mmg tka heranla kalo Hb turun tambah pula carry twins. masa kandungan tujuh bulan saya kena warded di HUKM untuk tambah darah. selain tu saya ada severe heartburn yg mmg teruk gile. other than that, saya ok.

A few days before deliver baby..besar gile perut daku
cerita saya bersalin dah ada dlm blog lama saya...so tak payah la saya ceritakan di sini. boleh ke sini kalau minat nak baca:

http://cikpuansarah.blogspot.com/2010/01/finallycerita-panjang-lebar.html

Keciknya jari jemari kamu
Kembali pada cerita amar.. Amar adalah baby 'B'. yg sejak dari dlm perut saya panggil dia Adik. Dia sentiasa di bhgn atas perut saya, dan paling aktif menendang. masa melahirkan Amar, dia keluar kemudin memandangkan posisi dia di atas. Amir / Baby 'A' yg keluar dulu.

Horray saya dah keluar... time dlm pantang lagi
Masa Amar masih di dalam pantang, dia ni mmg aktif, paling kerap menangis dan byk cekadak. dari segala hal, dia selalu menang berbanding Amir. dia paling cepat meniarap, merangkak pendek kata segala milestone as a baby and toddler, dia yg jadi pemenangnya berbanding Amir.

Amar Rayyan
Dok tak diam
Amar dah start boleh berkomunikasi dgn saya sejak dia berusia sethn setengah. budak yg cpt bercakap mmg less tantrum sbb dia berjaya bg message pada kita apa yg dia hendak. so tak perlu ngamuk2 saya dah faham apa dia nak.

First time berjaya meniarap sendiri
Amar paling lama breastfeed walaupun saya sedang mengandungkan Aryan, dia masih menyusu dan cuma stop terus lepas saya tinggalkan dia dirumah atuknya dikampung tiga minggu sebelum saya bersalinkan Aryan. Lepas deliver Aryan, Amar dah tak berminat menyusu dgn saya walaupun saya offer.

Nampak hening aja muka..ni sbb baru bgn tido okay..
 Namun , since Amar masuk dua tahun, karakter manja nya berubah, sblm ni dia paling jelas dan petah berckp tapi sejak dua menjak ni dia suka buat suara sengau dan pelat bila berckp. mulanya saya risau takut2 effect dia asyik benjol kepala ada kesan pada otaknya. Amar jugak tak minat belajar apa yg saya ajarkan.dia selalu ignore bila saya ajar alphabet/ number/ doa2 pendek. yg dia minat cuma menyanyi tak kisahla lagu kanak2 ke or lagu limfao or pitt bull..ahahaha tapi dgn nada pelat lah.. since november lepas, Amir pula yg nampak lebih cepat developmentnya and lebih pandai handle situasi and more brotherly to all.

Amar paling lasak dalam 4 beradik ni..dia paling suka ajak abang2nya bergusti. kalau bergaduh, mmg bahaya sbb boleh cedera parah abang2nya dikerjakan budak Amar ni. so saya snetiasa monitor pergerakan Amar. dia boleh stunt dari atas kerusi ke lantai sesuka hati, memanjat grill sampai ke syilling, terjun tangga, masuk kepala dlm baldi, masuk dlm almari, menyorok bawah katil etc2 you name all the dangerous thing yg budak2 buat...mmg itulah yg Amar selalu buat.

Taai dlm ganas2 tu ada jiwa sentimental, dia suka main dgn teddy. berlakon berckp dgn teddy bear..hihihi kelakar la plak..bygkan lepas puas bergaduh dgn abang2, gi ambik teddy bear ijau dia tu and peluk dgn penuh kasih syg..ahahaha

disebabkan dia terlalu hyper, saya risau dia tak dpt dikawal di taska. so far takde komplen dari taska ttg amar. so oklah kot. hehehe

yg terkini, Amar duduk dibelakang Aryan masa aryan tgh meniarap. nasib baik Adam inform, saya berlari mcm org gila ke bilik, mmg dia tgh duduk atas aryan. mujur Aryan tak apa2 dan ketawa2 agaknya ingat itu permainan yg best.

Semalam Amar sakitkan hati adam dgn mengejek apa saja yg adam ckp..mcm burung kakak tua...last2 Adam naik angin, tapi sikit dia tak kesah..dia ikut juga sampai dia bosan..huhuhu


Happy 2nd birthday sayang..Amar yg berbaju putih

Amar paling tak suka baca doa makan...selalu Amir atau adam yg akan baca doa mkn, dia cuma aminkan saja. so saya buat conclusion, dia tak minat belajar dan lebih suka bermain. dlm kepala dok memikir apa method nak ajar budak kecik ni. Tapi nak jadi kisah, semalam waktu en hubby nak suapkan budak bertiga tu mkn, ayah mcm biasa suruh amir yg baca doa, tak sempat amir angkat tgn, sy terdgr suara parau baca bismillahirrahmanirrahim..saya yg tgh main2 dgn aryan terus terdiam..en hubby lagikla terkedu dgr amar baca doa mkn dari awal sampai habis tanpa sebarang kesalahan....nafas saya stop sampaila dia mengaminkan doa mkn tu.. saya rasa sebak nak nangis.. en hubby terus peluk amar sambil bgtau yg dia bangga dengan Amar. kami gilir2 hug amar... to be honest i was so shocked when i heard he recite the doa'.. mcm mimpi sbb baru je kami husband and wife discuss pasal amar yg tak minat belajar. rupanya he is not.. he listened and learned but he has no intention to show his capability. Amar sendiri pelik bila kitaorg peluk dia instead of suap mkn.. hehehe..yesterday was one of my greatest day, amar gave me a really great surprise

Lepas hug and kiss amar, kenalah peluk amir, selama ni dia yg jadi tukang baca doa mkn takde sapa peluk pun..ahahaha anak mami semua pandai..alhamdulillah, tuhan bg anak2 yg cerdas otak. cuma tak ready nak potty train..huhuhu

Semoga Amar terus membesar jadi anak yg cerdas, pintar dan soleh. Mami dan ayah sayangkan Amar and adik beradik Amar. kalau Amar dah besar, mami harap Amar sudi baca blog mami ni and u will know how much i love you and very proud of you..


ok itulah kisah Amar Rayyan..anak kesayangan mami dan ayah...

~the end~



Saturday, January 28, 2012

Cerita tentang Stok susu rakan saya

Baru2 ini saya ke rumah Pn Z melawat babynya yg baru lahir. comel sungguh baby Iman ni.. iyelah semua baby mmg comel kan? hihihi cuma yg specialnya Pn Z dapat baby girl. saya ni pulak kempunan nak anak perempuan. Jadi excited terlebih nak peluk2 n cium2 baby Iman ni.

Sambil borak2, Pn Z ajak tgk stok susu beliau..dia buka freezer dan kelihatan berbunjut2 stok EBM dalam plastik yg diikat...mah ai!!! byknye.. sy sungguh jeles ok? hihihihi Alhamdulillah rezeki untuk Iman, Allah yg beri. sebelum ni abg Iman, umar tak dpt cukup susu ibu sbb masa menyusukan Umar, production sus Pn Z tak sebanyak skrg ni.

Tapi untuk pengetahuan, sejak mengandungkan anak kedua, Pn Z ni mmg dah pasang niat nak BF anaknya. Bila otak kita dah set begitu, insyaAllah akan banyaklah susu yg akan keluar lepas bersalin. buktinya, stok susu beliau banyak sungguh. Pn Z menggunakan single pump madela, so far  pengguna brand madela mmg banyak bagi positive feedback..sekali perah dapat byk oz berbanding jenama *tut* dan *tut* hihihih

Saya bagaimana? sejak tinggalkan Aryan selama beberapa hari, Aryan diberi susu formula. aduhai kasihannya anak bam bam saya tu..dia tak begitu sukakan susu formula, jadi dia kurang menyusu di taska. saya tahu dia kurang menyusu sbb diaper nya selalu kering, dan lambat penuh. sejak dua menjak ini sahaja production susu saya bertambah. seoronok menyusukan Aryan tanpa bantuan formula, cuma stok susu cukup untuk daily usage. tak ada lebihan stok.

Inilah pam nye..saya nak beli tapi En Hubby tak bagi.. :( 
Lawatan ke rumah Pn Z menyuntik semangat untuk saya terus pumping untuk stock susu Aryan. Semoga rezeki Aryan mencurah2 lepas ni walaupun menggunakan manual pump avent..huk huk huk..

Thursday, January 26, 2012

Projek 2012 bermula

Lamanya saya dah update blog ni, dah bersawang dah...sejak kembali dari india, saya amat sibuk. sibuk dengan urusan anak2, sibuk dengan kerja yg bertimbun2 dan urgent. aduhai, saya mmg tak suka bila kerja pending.. kesibukan dunia buat saya stress.

Alhamdulillah awal 2012, semuanya berjalan dengan lancar. saya sudah mula kembali membaca..mmg itu resolusi tahun ini. nak baca buku sebanyak mungkin. Antara resolusi lain adalah projek tadika saya dengan mimi. saya sudah buat site survey, tapi nampak gaya saya perlukan lebih masa untuk betul2 survey market untuk perniagaan montessori ni. saya kena byk buat research dan mimi/ Ana (maybe?) harus banyak buat study untuk learning module n activity for  kiddies. saya mahu fokus pada bussines strategic plan and mencari modal. InsyaAllah bulan depan saya akan hadiri talk for prosper scheme dgn punb.. i pray a lot and really hard. saya bukan desperate nak jadi kaya...saya desperate untuk cepat2 register Adam dlm tadika yg di kelolakan oleh ibunya sendiri. dengan module yg terbaik bukan untuk anak saya sahaja, malah untuk  anak2 kecil yg lain. semoga anak2 kecil bawah didikan kitaorg akan menjadi anak2 yg soleh. amin.

Besar cita2 saya dan mimi , plus byk lagi projek saya dan shamsol akan berjalan tak lama lagi. kami mahu berusaha atas kaki sendiri, run bisnes kecil2an. semoga Allah perkenankan dan makbulkan impian kami..amin.

Saya kini membayangkan kesibukan mengurus anak2 dan tadika. hati saya sudah tiada di Proton. oleh itu saya nak announce di sini yg saya nak berenti kerja... haisy..tak sabar...mudah2an saya dapat kerja yg lebih baik memandangkan projek tadika saya masih lagi suam2 kuku... :)

ok times up..nak gi pumping. Aryan perlukan byk EBM di taska. indahnya dunia kalau saya dapat direct bfeed aryan sampai dia berumur dua tahun. Aryan, bg mami masa lagi lima bulan ye, nak.. doakan mami sukses jadi housewife ye..
Reunion dengan anak2 selepas dua minggu tinggal kat rumah makcik diaorg

Twins wearing punjabi suit ..

Aryan demam rindu, pic taken by his ayah when I was still in Delhi..I cried once I received the pic.. :(



Sunday, January 15, 2012

cerita saya di india

Saya ke India selama lima hari atas urusan kerja.Tak kemana pun melainkan berlegar legar di Pragath Maidan, kawasan Auto Expo di Delhi. di situ saya bekerja, mkn dan melihat2 manusia yg sangat ramai. ada mcm pelakon Hindi, ada yg mcm pelakon Tamil. hihihi

 Ada kesempatan, sy mengajak rakan sekerja melihat2 bandar delhi..bandar ini cantik..pusat pentadbiran seperti diputrajaya..ada india gate yg terkenal dlm filem Mann. ada juga President palace yg serba mewah dan wow... meninjau 2 lg dikawasan kediaman golongan pertengahan dan bawahan..sungguh byk ramai yg homeless..anak2 kecil berkeliaran bermain dgn rakan2 ditepi jln, dgn baju yg nipis padahal pd mlm hari suhu boleh mencecah 1 deg c. Di sini byk air mata saya tumpah bila melihat anak2 ini..entah mkn entah tidak.. jgn mimpilah anak2 ni dpt merasa mknan yg sedap2 .hati sy menjerit 2 memarahi diri kerana hanya memandang sepi tidak mengulur walaupun 10 rupee..apakan daya kerana kami dinasihati tidak memberi takut dikejar oleh peminta sedekah yg dewasa. ya allah...engkau tahu apa yg tersirat dihati ini...

Setaip kali saya lihat wajah anak2 kecil yg kelaparan ni, saya teringatkan anak2 saya di kampung.....bersyukur kerana kami suami isteri masih mampu memberikan yg terbaik mengikut kemampuan kami. yg penting, perut mereka sentiasa di isi... usyar badanlah.. hehehe

perjalanan sy di india menginsafkan sy...sy bersyukur tinggal di negara yg makmur, punya kerjaya, punya rumah untuk berteduh..mewah dgn mknan..tp  dihati ini masih belum puas, kerana tiada guna hidupgembira padahal sy tahu ada insan menderita. Saya sudah berdepan dgn mereka face to face..Saya tahu kewujudan mereka dan saya rasa berdosa tidak menolong mereka..rasa nak je jadi volunteer untuk bantu kanak2 yg kebuluran/ homeless ni. ada cara tak?

Sememangnya kunjungan saya ke India membuka mata dan hati saya. bukan sahaja informasi tentang powertrain yg saya bawa pulang..tapi juga kenangan dengan orang2 di india yg  ada yg peramah dan ada yg sombong nak mampus...huhuhu

Apa yang paling saya kenang?

- Cappuccino di Costa di Pragath Maidan. Rs107 @ RM6 satu cup
- Mutton Briyani di Lazeez Affaire Rs527 @ RM30/plate
-Massala Maggie Cup Rs 30 @RM1.50 /cup

hehehe hasilnya?? saya muntah2 dan cirit birit sebaik tiba di Malaysia...yg mana satu puncanya?? wallahualam..

Saya dan geng di hadapan pintu masuk Auto Expo
Gajah rileks je jalan kat atas jalan raya

Bangunan architecture India..cantikkan?

Manusia ramai giler di motorshow

Antara bangunan di President Palace

Saya dan geng di hari terakhir di India


Gate of India

Gembira lepas RM dalam akaun empty lepas bayar duit hotel


Gerai makanan ringan bertaburan di India. ada berani beli???

Mutton Briyani di Lazeez. sodap baisap! 

Having lunch in open air. perkara biasa di Delhi


View kat hotel

Sempat baca surat khabar waktu trafik light merah
.
HORN PROHIBITED!... next time datang india, wajib bawak ear plug..hihihi

Friday, January 6, 2012

india..saya di sini

saya kini berada di new delhi india. alhamdulillah slmt tiba dlm pukul 11 mlm waktu msia. disambut oleh wakil hotel n driver..waaa mcm vvip je rasa. driver angkatkan beg tau,.. sambil borak2 dia bawak ke parking lot. dia suruh teka mana satu keretanya... saya teka kereta suzuki marutilah yg common mcm proton di malaysia. dia tunjuk bmx diesel 5 series..mak ai..tak pernah naik..jakun le..tak de gamba sbb malula kt abg anthony si driver tu..hihihi

keluar dari airport ke city center..mcm tourist guide dia tunjuk itu ini pada saya n shan..kami berdua je naik dgn anthony. jln nya mmg takde lubang2 malah lg rata dari jln di kl or shah alam yg berlubang2. jln agak sibuk dan tabiat pemawndu di delhi suka bunyi hon n angkat lampu. kalau kt mesia mau kena kejar, tp kt sini perkara biasa, itu cara pemandu berkomunikasi...

sampai dihotel nk masuk mcm nk masuk penjara, penuh dgn sekuriti dan peralatan check bom. gate ditutup n hanya dibuka bila dah check kereta. kt lobby beg di check mcm kt airport. katanya nk elak serangsn bom pengganas..huh takut le jugak. dpt bilik terus cari internet... dpt wifi..lyn tenet..nk skype tp hubby x angkat. dlm fb hubby report aryan xnak tido..i know, he miss me..sy jugak:(

esok hr pertama di new delhi. akan berkampung di autoshow sehari suntuk. tak pasti ada kesempatan untuk shopping sari. waaa ngantuk..nk tido..was

Tuesday, January 3, 2012

jeritan batinku

aryan is reaching 5 months. can do nothing except screaming...hehe sindrom anak bangsukah!