Tuesday, December 13, 2011

Plan 2012 dan update anak2

Tak tahu kenapa saya stress sgt hari ni..agaknya hormon nak period dah dtg le tu. kerja saya tip top dlm seminggu dua ni..hasil setelah cuba menjadi seorang yg lebih organize.. let's be organized! yea!

Kehidupan mcm biasa tak ada yang menarik berlaku kecuali weekend lepas saya membawa anak2 menaiki komuter dan lrt memandangkan Adam tu obses sgt dgn train. they were happy and I was happy too because selain dari ada tiga budak tecit menyibuk mengekor ke sana sini, me and En hubby mcm pasangan bercinta lagaknya. cewah! lama tak berdating sebenonye, so sekali sekala teringin berdating dgn En hubby.

House project:

Projek organize buku2 dan dressing table saya masih lagi pending...saya kemas sket2 je sbb tak smpt nak be creative memandangkan byk masa saya gunakan untuk anak2

Saya dah membelek2 design rak buku yg saya idamkan, plan nak letak di living room berdekatan dgn sofa 3 seater. rugs pun kena tukar untuk nampak lebih berseri. buat masa skrg, lantai living room a.k.a tv room a.ka guest room a.k.a play room mcm caca marba penuh dgn pelbagai warna.

saya juga dah usyar plastic roses for deco dkt satu kedai ki putra height..1 ranting dlm rm4.50, sgt nampak real itu bunga. so kena beli dlm 7 ranting untuk penuhkan vase. itu nak kasik letak atas rak buku baru saya (lom beli lagi pun) semua design dah ada dlm kepala..

warna apa yg saya nak blendkan di living room saya?? oh semestinya natural color...cream, beige and brown... itu je yg boleh match dgn 3 seater sofa yg berwarna cream, l shape sofa warna biru dan sofa bed warna merah (ayo!!!) ahahaha

another project: cat side table dng warna cream...skrg ni warna syelek coklat..sungguh oldies. hohohoh ayahandaku pun ada taste yg lagi moden dan muda berbanding daku.

Tahun Baru:

lagi beberapa hari nak masuk tahun 2012.. saya masih belum senaraikan my mission and vision for this coming year. yg pasti, tahun depan bukan tahun tambah bilangan ahli keluarga ye..hehehe insyaAllah. tapi kalau allah nak beri rezeki anak lagi..syukran! syukran! lagi meriahlah ruamah saya.


  • Saya nak mencontohi Cik Kay dgn aiming untuk baca buku sebanyak 30 buah thn depan (Kay target 50 buku kalau tak silap)


  • Saya target nak improve quality ibadah saya. target untuk khatam al quran sekurang2nya 2 kali 


  • Nak menghadiri kursus awal asuhan kanak2 paling lewat bulan 6 thn depan. ini untuk meningkat ilmu keibu bapaan dlm mendidik anak2. 


  • Nak belajar buat tiga jenis kek (skrg ni baru berjaya buat coklat cake je)


  • Nak clearkan hutang kredit kad dan gunting semua kad yg ada. ke arah zero hutang...


  • Tukar kerja/ ofis / department..asalkan bukan job scope yg sama sbb saya dah mula bosan dgn kerja yang ada..
  • Memasak sekurang2nya tiga kali seminggu..healthy food okeh
  • Nak potty train adam because he's reaching 4 yrs old next year..adoi.. sudah besar itu budak
  • Terus breast feed Aryan for 1 whole year.
  • Kurangkan pengambilan coffee and soft drink. 2 mugs per day for either coffee or soft drink.
  • Jog twice a week. bolehke? yes kena kuat semangat. kasut jog kena beli
  • Nak kerapkan solat hajat, beli ubat and detox en hubby untuk stop smoking....
dan byk lagi tapi semua yg tidak disenaraikan di sini adalah misi2 keduniaan je...so malas nak taip..hehehe



Update anak2..

Adam dah pandai berdebat walalupun pelat. seoronok berdebat dgn dia sampai dia sakit hati dan menangis. heheheh..abang yg penyayang sbb dia jarang pukul adik dia walalupun teruk kena belasah dgn kembar. dia dah pandai berimaginasi especially bial dia main dgn toy2 dia. and dah kedekut barang sendiri. barang orang pun dia ckp barang dia.

Amir adalah kaki pukul di rumah, agak garang tapi suka menangis kalau dia nak something. dia juga kaki report tapi tak boelh percaya ckp dia 100% sbb dia kekadang tu mereka2 cerita. Dlm byk2 anak saya, Amir yg slealu saya dgr org cakap handsome. maybe sbb muka dia panjang dan mata dia besar (tapi leher pendek..huhuhu). dia ni nampak minat sket belajar,

Amar forever anak manja saya. hanya dia seorang yg saya panggil dgn panggilan 'Adik' yg lain hatta Aryan pun saya panggil nama jek. entahle maybe sbb dari kecik saya dah biasa panggil dia Adik...dan dia tahu bila yg panggilan tu hanya untuk dia. Amar ni relevan sket, penyabar sket dan macho. saya suka tgk gaya dia tgk tv sbb macho sungguh...hehehe dia juga suka layan lagu dan menari..

Aryan, my little bunny tu mcm kembar siam saya. dah fokus memandang orang, bertindak balas bila org panggil nama dia. dah ada mcm2 ekspresi muka, happy, ketawa, sedih, cebik, etc..ikut keadaan... skrg dah 4 bulan dan berat cecah 6.5kg. masih brest feed..alhamdulillah..tapi masih tak pandai meniarap..

waaa...dlm tak ada mood saya masih berstory panjang, sah2 orang malas nak baca entry ni...hehehehe



6 comments:

Kehelan said...

kay nak naikkan target jadi 80 setahun... tp tahun nih tak dpt 60 buah buku pun... huhuhuh

Tishya said...

wpon pnjg tp tetap nk bace smpi abes. haha..

Bonda Adam said...

kay: waaa itu dah tahap professional.. tun Dr M mesti sebak tau anak malaysia bernama kay ni ulat buku.

sarah ni tahap amatur / beginner je..

tisya: panjangkan..tapi entry yg best..ahaha peacock cute suka puji diri sendiri.

FiraHamzah said...

babe,
cepat btul ko dah pikir mission ko tahun depan ek? bagus2..aku ni tak terpikir apa2 lagi..tapi macam ko gak la skit2, yg pasti jgn la ada penambahan ahli keluarga lagi..aku nak membesar2 kan ketiga2 askar kecik aku tuh dulu..hehe..

apapun, semoga mission ko terlaksana, hehe, nanti aku buh gak la mission aku thn depan..buat pembakar semangat..haha (konon ajeee) :P

Bonda Adam said...

babe...mmg kena post kat blog..baru rasa kena fulfill..aku ingat nak wat checklist kat tepi blog ni..kalau dah fulfill tick.. kehkehkeh.. ujung taun depan audit balik..

syiela said...

sokong tang gunting semua kad :)