Tuesday, December 27, 2011

Penghujung tahun 2011

Waa.. sekejap je pejam celik dah nak masuk thn 2012. Anak2 pun dah makin membesar bagai johan. Abang Adam dah nak masuk 4 thn, 4 january ni kembar dah masuk 2 thn dan aryan masuk 5 bulan. ho yea!!

cepatla besar anak2 ku. Mami tak sabar nak relax ni. Bermula hujung minggu lepas, saya dah train anak2 untuk tidur sendiri. mula2 kembar tidur dgn En Hubby dan saya tidur di bilik lain dgn Adam dan my little pumpkin, Aryan. Malam semalam Adam nak tidur dgn adik kembarnya. so bila tiba tgh mlm, diaorg dah nyenyak tidur, si ayah lari tidur di bilik mami...heheheh tapi bertemankan orang ketiga, Aryanla sapa lagi...huhuhu

Budak bertiga tu ok jek tidur sampai ke pagi. cuma sekali bangun nak susu plus amir nangis kejap sbb jatuh katil. so far so good. so starting malam ni bujang tiga org tu kena tidur di bilik sendiri...mudah2an malam ni pun dioarg ok.

Antara resolusi 2012 saya adalah nak potty train adam. Sampai skrg saya tak berjaya potty train budak kecik ni.Cakap pandai, berdebat pandai, bercerita itu ini pandai, tpai ckp nak kencing and berak tak pandai. sebenarnya saya tak bersungguh train dia sebelum ni sbb malas nak mengelap lantai/ carpet incase adam tak sempat ckp dia nak kencing/berak. huhuhu tahun ni kena ajar sbb dia dah nak masuk 4 thn. karang sampai masa nka hantar gi tadika dia still pakai diaper. malulah dia.

Semalam saya berbual kosong dgn en hubby, ada tiga surpriseuntuk hujung thn ni yakni:

1. Jumlah vitamin B en hubby (bonusle). tapi dah tahu dah dua hari lepas.( errr yang, approval paper nak beli GTab dah approved ke belum? your prompt action is highly appreciated)
2. Tender Kereta kastam - kalau En hubby dapat kereta tender tu sapa nak beli honda stream thn 2000 dgn harga yg sgt memikat hati?? sila angkat tangan! mudah2an adalah rezeki anak2..amin
3. Dividen ASB - hihihihi all about $$$ kaching!

thn 2012, cepatlah menjelma. saya tak sabar nak merealisasikan segala plan sy...so many exciting things to do dan skrg ni dah start warming up.


4 comments:

syiela said...

Pelan2 ajar adam tu.. syiela selalunya anak umur 2 tahun dah start ajar potty train.tapi kat dalam rumah syiela tak letakkan karpet..just tikar..Alhamdulillah setakat ni berjaya..kiranya sblm 3 thn dorang mmg tak pakai pampers dah..

tido pulak masa aiman umo 3thn saya dah pisahkan bilik... iqbal pulak sebilik ngan aiman bila umo dia 2 tahun.. tapi anak2 syiela 2 tahun dah tak mnum susu belah malam...

tapi kesabaran yang maha tinggi di perlukan untuk buat dua perkara dia atas

** twin tu syiela campur.siang botol mlm mamanya :)

Bonda Adam said...

waaa bestnye dah anak2 syiela dah diaper free sonce tiga thn ye..kena kuat semangat nieh

FiraHamzah said...

babe,
aku baru perasan yang kembar ko baya anak dara aku, manakala si Aryan pulak baya si kembar aku ek..hahahah, bertukar la kite nih..

eh, yang tender kereta kastam tu macam menarik aje..cuba ko citer skit..hehe..

apepun, semoga impian ko terlaksana tahun depan!! :)

Bonda Adam said...

babe..aku dah lama tau dah..hihihi

aaa pasal stream tu, kalo dapat aku advertise kat blog..harga pastinya lebih rendah dari harga pasaran lah..

hubby aku nak pakai kalo dapat, tapi aku mata duitan sket. so maintan je pakai naza ria untuk jalan2 satu keluarga..stream tu boley jual.