Thursday, December 29, 2011

Bapak sanggup rantai kaki anak kt toilet? manusia ke apa nieh?

Bapa rantai kaki anak?? kejam!!

Saya menangis tgk keadaan anak2 ini. tergamak si bapa perlakukan camtu pada anak2 dia. Sedih sgt tgk diaorg kelapara ndgn keadaan tmpt kurungan yg kotor. apalah yg anak2 ini tahu...insaf sekejap. semoga anak2 tu dapat keluarga angkat yg sayangkan dioarg. Amin..

err kalau takde sapa nak budak2 tu, bagi kat saya..saya nak...seronoknya ada anak perempuan. err yg adik dia dua thn tu sebaya kembar..mmg la tgh lasak. kadang2 saya pun hilang sabar dgn diaorg tapi mcm mana saya garang dgn anak2 saya, saya syg anak2 saya.. dlm marah2 apa saja keperluan diaorg sam ada penting atau tak penting tetap saya utamakan dari keperluan diri sendiri... sapa tak syg anak oi..manusia berhati binatang je yg sanggup buat anak mcm ni..

Ucapan saya pada bapak budak2 dua org tu..:


oi manusia! Apersal ko ni psycho sgt?? bini ko tinggal ko tu satu hal..jgnla ko lepaskan marah ko kat budak2 tu.. ko ni gila ke otak ko letak kat lutut? kalau ko dah tak mampu sgt apersal ko tak reti2 nak mintak tolong kat sedara mara atau kengkawan ko? lagi baik ko tinggalkan budak2 tu kat JKM dari ko kurung dioarg dalam tandas..dah la ko tu spesis pengotor..toilet tak reti basuh. jgn ko salahkan anak ko punca bawak masalah..ko tu yg bermasalah sampai nak cuci toilet pun tak tahu... patutla bini ko lari. eee geram aku..mau je aku lastik kepala ko bertubi2 sampai ko otak ko waras balik. sayanglah anak2 ko tu..ko ni tak tahu ke anak ko tu amanah tuhan untuk ko. dhala dioarg takde mak..ko plak wat gitu kat dioarg..apalah yang dioarg tahu? eeee geramnya aku dgn ko ni

nieh petikan yg saya copy dari utusan malaysia:

sila baca ye..


BUTTERWORTH 29 Dis. - Keprihatinan seorang jiran yang segera melaporkan kepada polis selepas mendengar tangisan kanak-kanak meminta makanan dari sebuah rumah di Taman Mawar, Jalan Raja Uda di sini berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa dera bapa sendiri.
Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU) yang mendapat maklumat kejadian itu segera menyerbu rumah yang didiami oleh kanak-kanak bersama bapanya, seorang buruh berusia lingkungan 40-an.
Ketika ditemui, dua beradik terbabit iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 2 tahun berada dalam keadaan letih dan lesu, dipercayai seharian tidak menjamah makanan.
Malah, lebih menyedihkan, terdapat kecederaan di kaki masing-masing dipercayai akibat dirantai dalam tempoh masa yang agak lama di dalam bilik air rumah kedai setingkat itu bagi menghalang mereka bergerak bebas.
Kedua-dua mereka yang dirantai dalam keadaan separuh bogel dipercayai diperlakukan sedemikian sejak sebulan lalu oleh bapa mereka setiap kali dia keluar bekerja.
Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, seorang warga Thailand dikatakan telah menghilangkan diri sebaik berpisah dengan bapa mereka awal November lalu.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika ditemui berkata, dua beradik itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan dan kini berada di bawah jagaan JKM SPU.
Menurut beliau, bapanya ditahan sebaik pulang ke rumah kira-kira pukul 8.45 malam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

No comments: