Tuesday, November 1, 2011

Help!! EBM saya terlalu banyak..

waa... poyo nye tajuk entry kali ni.. ada unsur2 riak dan nak menunjuk2. for those who BF their baby mesti akan feel jealous, annoyed dgn statement yg cam gini especially mommy yang penghasilan susunye tak byk. heeee

jangan marah..actually ayat tu saja je nak menarik perhatian BF mommy untuk singgah di blog saya. yang sebetul2nya itu imginasi saya, bestnye kalau bahan rungutan saya stok EBM terlalu byk sampai penuh peti ais. padahal kenyataannya, stok EBM saya dah habis. hari ni perah, cukup untuk cover feeding untuk esoknya di nursery. sadis tak?

since hubby sakit, saya jadi stress dan letih. pengeluaran susu drop dgn teruk, selalunya 4 kali pam saya boleh dpt 20oz.. kali ni 15 oz je sehari... sedih sgt.. selalunya waktu pagi pukul 6.30am, saya gigih mengepam dan akan dpt around 5oz, pagi tadi dpt 3 oz je padahal my little bunny, Aryan menyusu pukul 4.30am dan sekejap aje.

jadinya, hari ni saya nekad untuk start power pumping. saya masih ingat lagi masa saya menyusukan kembar, saya boleh dpt 21 oz hanya di ofis. hasil saya melakukan power pumping agaknya. ada one time tu sampai terpaksa cari botol mineral untuk isi susu sbb botol 5 oz yg saya bawak dah penuh. masyuk sungguh zaman menyusukan kembar.

pagi tadi pukul 10.30 saya masuk ke surau bersama lap top, sambil usyar blog momma mia and other blogger lain yg BF baby, tgn sibuk mengepam menggunakan avent single & manual. tiru stail mommamia, 10minit each side smapai sejam. sakit tgn ooooo... tapi anak punya pasal, saya sanggup.. hasilnya saya dapat 7.5oz untuk session pertama ni. selalunya pagi di ofis saya akan dapat 4-5 oz..tak mengecewakan bukan? allhamdulillah, syukur sgt2..kurang2 nya dah cover 3 feeding session Aryan di nursery.

Sesi pukul 10.30 dah selesai, sat lagi sesi kedua pukul 2 ptg. dan pukul 6 ptg. syukurlah skrg ni kerja di ofis tak byk sgt..projek yg saya terlibat dah berada dipenghujung, jadi saya boleh guna masa terluang untuk fokus pada pumping je.

saya tgh bersemangat nak buat stok frozen EBM as preparation before Aryan reach 5-6 months old. masa tu aryan mesti akan byk menyusu. Ya Allah, permudahkan urusan ku ini.

6 comments:

Tishya said...

go sarah go!!

Bonda Adam said...

lepas sesi kedua ni, baru dpt 10.5 oz..sat lagi kul 4.30 daku akan tercongok di surau untuk sesi ketiga. huhuhuh

Zuraida Rahim said...

xkan nak tunggu sejam... mesti bos marah kalau hilang lelama..

Bonda Adam said...

hi zuraida,

untuk kes saya bos jarang carik unless kalau ada isue..kalau takde kat meja dia akan call je.

bwk masuk laptop dlm surau, sambil mengepam boelh balas email2 penting. pumping sambil bekerja ok kan? hehehe

Ilah said...

Sarah, kwn-kwn kat ofis selalu minum air buah longan n kurma cina utk bg susu byk. Buah longan n kurma kering rebus n tambah gula, pastu minum.. Boleh la try

Bonda Adam said...

a,a tulah ilah. Longan kering boleh bantu tambah susu cuma lom cuba lg