Wednesday, November 2, 2011

cerita pasal kewangan untuk wanita berkerjaya


Hello ladies! Sejak dua menjak ni saya banyak menghabiskan masa terluang dengan menyelongkar ‘google’ mencari ilmu2 tentang  kewangan. Maklum sajalah, bila dah berkeluarga, byk sungguh perbelanjaan bulanan sampaikan melebihi pendapatan pulak. jadi kenalah review dan buat rancangan nak kurang bebanan hutang.

Untuk mengetahui kewangan kita ni sihat ke tak sihat, kita kena buat dua perkara:
1.    1.    Listkan  total asset ditolak dengan total liability : bermaksud, senaraikan segala aset2 yg ada dan tolak segala hutang2 yg ada. Adakah baluenya positif atau negative

2.    2.    Income – spending: jumlah pendapatan ditolak dengan perbelanjaan. Positif ke negative?

Kalau negative, mmg kewangan anda dalam keadaan tidak sihat. Kalau alir tunai korang terlalu kronik, sila minta bantuan perancang kewangan. Jangan malu sbb kalau nak kira malu, silap2 status berubah jadi bankrupt. Lagi malukan?

Bila dah tau status kewangan korang sihat atau  sakit, langkah kedua adalah menetapkan matlamat kewangan. Apa goal cik2 dan puan2 dalam jangka masa pendek atau panjang. Sila tulis dalam bentuk wording. Kemudian letak rating dari yg paling tinggi priority nya and less priority. contohnya: nka habiskan utang kad kredit dalam masa setahun atau nak ada rm50k dalam tabung education anak korang bila umur dia 17 thn.

Dah ada goal/Hala tuju kewangan anda? Baru kita ke langkah ketiga, iaitu langkah tindakan yg akan dilalukan untuk mencapai wawasan kita yg suci murni tu.  conthnya: wawasan saya nak cepatkan tmepoh pembayaran hutang kredit kad, jadi plan saya adalah nak kurangkandining out, masak dirumah, jumlah wang yg dapat dijimatkan itu saya guna untuk bayar hutang kad kredit saya tu.
Realisasikan wawasan korang dgn betul2 ikut langkah tindakan yg korang plan tu..

Dahtu, mulalah menyimpan rekod. Tang ni saya agak lemah, sbb ia melibatkan organizing. Tapi saya dah mulakan langkah pertama dengan membeli ini:

Bahagikan folder korang mengikut bulan kemudian masukkan segala receipt/statement dlm folder. Let say receipt yg dibelanjakan bulan march, masukkan folder bulan march. Cam gitulah ceritanya. Reason kenapa kita kena rekod, sbb nak tgk cashflow kita dan juga memudahkan kita bila time nak bayar cukai pendapatan nanti. segala statement insurance, saving anak, or rezit beli buku ada dlm folder tu. dari situ jguak kita boleh tau cashflo kita ok or tak ok, kita ni Boros atau kedekut. 

Dah simpan statement2/ resit tu dlm folder, then rekodkan dlm excel file dalam bentuk berjadual.

Daripada rekod tu, akan tersedialah satu report monthly financial korang. Hehehe baru boleh ke langkah seterusnya yakni sediakan belanjawan. Cewah, mcm belanjawan Negara plak. Daripada laporan bulanan kewangan korang, baru tau mana yg boleh dijimatkan, mana yg kena slash terus, mana yg tak perlu.

Kemudian dah ada belanjawan, korang boleh baik pulih hutang piutang bergantung pada wawasan kewangan korang yg korang plan tadi tu.

Setiap hujung bulan, jangan lupa review status kewangan korang ok? sbb saya pun lom buat, jom kita buat sesama. insyaAllah berhasil nanti usaha kita nak uruskan belanjawan kita secara bijak dan teratur.


2 comments:

Tishya said...

sara kite dah start dah 3 bulan buat record semua expenses.

tapi sampai la ni tak review2 .. review dalam kereta otw blk dr ofis jer. huhuhu.... insap jap patu back to normal ekekek

Bonda Adam said...

kira okle tu..dah b aut dari tiga bulan lepas..kite baru nak start ni