Wednesday, November 30, 2011

Rutin lepas office hour

Saya selalunya akan tiba dirumah pukul 6 ptg. If saya decide nk cook for dinner, then I will be in the kitchen for a while for cooking preparation 

6.20 pm - headed to Taska. If we arrive at 6.31, it will be considered as 1 hour OT - must pay RM6 heheh. that's why time management is very important here

Sampai di rumah, saya akan bg diaorg mandi dan makan



hasil lepas makan, kena kemas and sapu lantai..~sigh~


lepas tu bg dioarg main2 kejap and watch cartoon


then aroung 8.30pm send them upstairs because it is  zzzzzzzzz time. yeahaa!

Amir 
Amar

Adam
Aryan

After they all fallen asleep,saya ada byk urusan yg harus diselesaikan seblm mid nite. mcm cinderella pulak bunyiknya. sbb bila dah midnite, saya nak tido!

#1: clean up the dining room, wash dishes and wash bottle. see below picture..agak byk  botol budak2 ni yg nak dibasuh

  
  #2: unpack their nursery bag, masukkan baju2 nak dipakai esok, keluarkan baju2 yg dah dipakai. basuh baju bucuk dioarg
Baju yg ready untuk disidai

#3: Sidai baju. skrg ni kan musim hujan, kadang2 kena sidai di living hall dibawah kipas silingyg diputar laju. heheheh

#4: Kemas living room and masukkan toy yg diaorg main  dlm storage room. sorry takde gamba


#5: buatkan hubby nescafe..rutin yg wajib setiap mlm time dia layan internet. pun takde gamba

#6: watch tv / membaca until 12 midnite. tu pun kalau ada masa lah kan. ~~~yawn~~~

current reading: 100 ways to boost your self confidence. baru baca sampai  page 3 while BF Aryan last nite, apstuh dah ngantuk..huhuhu


p/s: Novel Bagaikan Puteri dah habis dibaca..mmg best! next target nak beli buku cinta sang ratu, chronology dari novel bagaikan Puteri.




rutin yg sama akna berulang2 sampailah anak2 saya dah besar..mungkin dlm 5-6 thn lagi...waaaaa

Tuesday, November 29, 2011

Susu dan diaper...

Bila dah ada ramai anak, takde topik lainla yg akan dibincangkan oleh kami suami isteri melainkan tentang susu dan diaper. Susu Adam dan twins telah di downgradekan dari Anmum ke Fernleaf. Alhamdulillah diaorg suka yg perasa honey tu. so jimat sungguh.. skrg ni tiga2 hero harimau muda tu (cewah! berangan) akan consume around 10 pack of Fernleaf formula dgn harga average RM20.90 sepaket. so dlm RM200 la untuk susu saja. uisy jimat byk tu. kalau pakai anmum mau dekat rm400. mujur aryan BF... jimat mak nak oi!

Selain susu, diaper juga mesti sentiasa ada stok di rumah. Anak2 saya ni heavy wetter sbb diaorg ni waktu malam je mau dua tiga botol susu sorg. so kenalah beli brand yg ok sket tapi bukanlah brand yg mahal2 mcm Mommypoko tu... dulu saya bg dioarg pakai Drypers. Tapi disebabkan saya tak dpt kerja kat kilang SCA hygiene pembuat diaper tu, so saya berpatah arang takmoh beli lagi Drypers..ahahaha adake patut... Misi utama kerja kat company tu pun sbb nak dpt staff purchase dryper.. 1 karton dlm rm50 kot... staf purchase adalah soklan pertama saya pada project manager SCA hygiene yg interview saya, sbb tulah agaknya saya tak dpt position tu kot. Ahahaha apa aku melalut nih.

Dari kiri - diaper Aryan, Adam dan kembar

Actually drypers dah tak sesuai dgn anak saya sbb dioarg ni heavy wetter..cepat sgt bocor, jadi saya bertukar kepada huggies atau pet pet..sbb tahan sket bocor. saya beli je mana yg paling murah sbb harga diaper ni flactuate.Buat masa sekarang Tesco tgh offer harga yg rendah untuk Huggies, RM29.99 /pack. sekali borong mesti 2 packet for XL size for Adam. 2 packet for L size for Twins and M size for my little bunny, Aryan. Hohoho seoronok pengilang huggies kalau tau fact ni. kalau masuk tgh bulan, I must buy another 2 packet for twins..for adam and aryan usually tak perlu beli lagi dah.

Oh saya tak sabar tunggu Adam cakap dia takmau pakai diaper lagi dah.. saya malas nak potty train dia sbb tak sanggup nak mengelap lantai kalau dia ter'pee' di luar toilet. biar dia pandai sendiri boleh tak?

Monday, November 28, 2011

Hobi zaman anak dara jadi hobi zaman mak dara

Currently I am reading this....




and this....



Gigih tau saya mencari buku2 ni di popular IOI mall seorang diri di hari jumaat. saya perlukan motivasi.

Tapi kadar kelajuan pembacaan amat tidak memberangsangkan. saya mmg suka membaca, tapi dah lama tinggalkan hobi membaca ni sejak beranak pinak. so skrg ni anak2 pun dah besar sket, bolehla layan baca novel and buku2 motivasi..mlm2 layan blog home/self  improvement and organizing. oh saya sgt minat intai blog2 sebegini. saya nak dapatkan inspirasi untuk menjadi mami yang bijak uruskan masa dan rumah tangga


Saya juga nak join mimi untuk halaqah secara online. sempena masuk thaun baru ni, saya mau hijrahkan hati juga! moga2 kekal lah..mie, you must help me dear..aku juga mau ke syurga.

Thursday, November 24, 2011

Gambar anak2 di playground

Adam Saufy

Hai! Nama saya Adam Saufy, orang panggil saya Adam, umur saya tiga tahun. Saya anak sulung dalam keluarga Sol & Sarah. Hobi saya menonton kartun dan saya paling sukakan kereta api, kapal terbang, motorsikal,  kereta, lori. pagi2 saya mesti akan minta kunci kereta untuk start enjin kereta. kalau ayah tak kasi, saya akan menangis sekuat2 hati. saya rasa saya paling pandai dalam rumah, mami dan ayah pun tak sepandai saya. saya sayang adik2 saya, saya tak kisah kalau diaorg pukul atau buli saya, tapi kalau dioarg melampau sgt, saya debikla diaorang sket.


Amar Rayyan
Amir Rayyan


Hai, nama kami Amar dan Amir rayyan. kami ni kembar seiras, tapi kalau tgk betul2 takdela seiras sgt pun. umur kami satu thn 10 bulan. hobi kami sama, suka menyanyi, suka tgk kartun dan menangis. walaupun kami ni kembar, tpai kami tak boleh ada skin contact antara satu sama lain. kalau bersentuh sikit kami mesti bergaduh sampai lebam2 kulit. nasib baik mami kami selalu leraikan. tapi kalau dia leraikan pun mesti dapat lebam jugak sbb dia yang cubit. kami suka makan keropok dgn gula2. kalau mami dengan ayah tak kasik, kami akan menjerit dan menangis sekuat2 hati. walaupun kena kurung dlm bilik dgn hantu kak limah, last2 kami dapat jugak keropok atau gula2 yang kami nak tu. heheheh



Aryan Sufi

Assalamualaikum. nama saya Aryan sufi. saya anak bongsu dalam keluarga. bongsu ke? saya rasa tak lama lagi mesti saya dapat adik lagi..hehehe umur saya baru cecah 4 bulan. sayalah yang paling cute dlm family sbb mami saya selalu ckp saya comel padahal dia tak pernah puji abang2 saya. saya rasa mami sayang saya sorang je sbb dia selalu ckp dia sayang saya. so far tak pernah dgr pulak dia ckp dia sayang abang adam, amir dgn amar. tapi taktaulah kalau dia ckp time saya tidur. saya tka suka menangis..tka macholah budak lelaki menangis. hobi saya main air liur dan hisap jari telunjuk saya yg montel ni..

huh...apa aku merepek ni...? ada update pasal resolusi thn 2012. saya mahu ada transformasi diri..bukan fizikal ye..kalau dah dasar tak cun, beli la make up mahal2 pun tetap tak cun.. 2012 adalah tahun saya mentransformasikan spiritual, rohani , mental dan kewangan saya. hehehehe




Thursday, November 17, 2011

Ikrar Mami

AS -Salam.

Sebetulnya saya tak ada idea nak dikongsikan di blog ni. Entry kali ni adalah another sesi luahan perasaan saja. intipati topik kali ni tak lain tak bukan adalah tentang sifat keibuan saya. oh sejak dua menjak ni saya jadi sgt garang. sikap saya berubah terhadap anak2, makin kasar dan ganrang sejak En Hubby accident. sejak hari tu saya kena lakukan semuanya sendiri dan saya jadi sgt stress. akibatnya, anak2 saya menjadi mangsa. kadang2 sbb hal kecik aje saya tengking diaorg mcm nak keluar anak tekak. tak kira lagi tgn saya mencubit or mendebik dioarg.

bila tgk muka dioarg waktu diaorg tidur, rasa belas sgt..dioarg tu kecik aje lagi tapi saya amalkan pemerintahan kuku besi kat rumah. smlm lepas saya marah Adam, saya nampak Amir pandang saya dgn perasaan dendam. takut wooo tkaut dia benci saya. dia mmg renung saya dgn pandangan "lu apahal? mau cari gaduh? tunggu aku besarla aku belasah ko balik" oh no! saya taknak anak2 benci saya.

ok takyah elaborate lebih2 karang saya touching dan bergenang ok?


Kawan2 sekalian..saya jadikan kamu sebagai saksi, dengan ni saya nak berikrar:

"Bahawasanya mulai saat dan ketika ini dan sehingga akhir hayat saya, saya tidak akan marah lagi keempat2 buah hati saya melainkan kesalahan yg tak boleh dimaafkan. saya tak akan naikkan suara atau mendebik dioarg walau mcm mana sekalipun hingga akhir hayat saya. Saya canangkan ke seluruh isi pelusuk alam yang saya sgt2 sayang Adam, Amir, Amar dan Aryan sepenuh hati dan sanggup berkorban nyawa untuk bahagiakan anak2. Semoga anak2 saya jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin"

ok itu saja entry kali ni. sekian terima kasih. hehehehe

Sunday, November 13, 2011

Kering Idea

Dah lebih seminggu saya tak update diblog ni. maaflah, minggu lepas saya ada byk idea untuk saya post di entry ini. Tapi masuk hari ni, semua idea tu tiba-tiba hilang. Lama tidak update blog sbb saya mahu kembali fokus pada kerja saya, dan saya berjaya hinggalah ke saat ini bila saya tetiba dalam mood malas kerja. saya rasa demotivated kembali. saya rasa nak berhenti kerja.

kenapa ye? benci bos? gaji sikit? tidak..tidak dan tidak... saya ok dgn kerja saya walaupun ada sikit tidak puas hati. sbb utama rasa tak ada mood kerja sbb saya cuma mahu berada bersama anak2 saya sentiasa. ada ke kerja yg membolehkan saya sentiasa bersama anak2?

waaaaa saya stress


Wednesday, November 2, 2011

cerita pasal kewangan untuk wanita berkerjaya


Hello ladies! Sejak dua menjak ni saya banyak menghabiskan masa terluang dengan menyelongkar ‘google’ mencari ilmu2 tentang  kewangan. Maklum sajalah, bila dah berkeluarga, byk sungguh perbelanjaan bulanan sampaikan melebihi pendapatan pulak. jadi kenalah review dan buat rancangan nak kurang bebanan hutang.

Untuk mengetahui kewangan kita ni sihat ke tak sihat, kita kena buat dua perkara:
1.    1.    Listkan  total asset ditolak dengan total liability : bermaksud, senaraikan segala aset2 yg ada dan tolak segala hutang2 yg ada. Adakah baluenya positif atau negative

2.    2.    Income – spending: jumlah pendapatan ditolak dengan perbelanjaan. Positif ke negative?

Kalau negative, mmg kewangan anda dalam keadaan tidak sihat. Kalau alir tunai korang terlalu kronik, sila minta bantuan perancang kewangan. Jangan malu sbb kalau nak kira malu, silap2 status berubah jadi bankrupt. Lagi malukan?

Bila dah tau status kewangan korang sihat atau  sakit, langkah kedua adalah menetapkan matlamat kewangan. Apa goal cik2 dan puan2 dalam jangka masa pendek atau panjang. Sila tulis dalam bentuk wording. Kemudian letak rating dari yg paling tinggi priority nya and less priority. contohnya: nka habiskan utang kad kredit dalam masa setahun atau nak ada rm50k dalam tabung education anak korang bila umur dia 17 thn.

Dah ada goal/Hala tuju kewangan anda? Baru kita ke langkah ketiga, iaitu langkah tindakan yg akan dilalukan untuk mencapai wawasan kita yg suci murni tu.  conthnya: wawasan saya nak cepatkan tmepoh pembayaran hutang kredit kad, jadi plan saya adalah nak kurangkandining out, masak dirumah, jumlah wang yg dapat dijimatkan itu saya guna untuk bayar hutang kad kredit saya tu.
Realisasikan wawasan korang dgn betul2 ikut langkah tindakan yg korang plan tu..

Dahtu, mulalah menyimpan rekod. Tang ni saya agak lemah, sbb ia melibatkan organizing. Tapi saya dah mulakan langkah pertama dengan membeli ini:

Bahagikan folder korang mengikut bulan kemudian masukkan segala receipt/statement dlm folder. Let say receipt yg dibelanjakan bulan march, masukkan folder bulan march. Cam gitulah ceritanya. Reason kenapa kita kena rekod, sbb nak tgk cashflow kita dan juga memudahkan kita bila time nak bayar cukai pendapatan nanti. segala statement insurance, saving anak, or rezit beli buku ada dlm folder tu. dari situ jguak kita boleh tau cashflo kita ok or tak ok, kita ni Boros atau kedekut. 

Dah simpan statement2/ resit tu dlm folder, then rekodkan dlm excel file dalam bentuk berjadual.

Daripada rekod tu, akan tersedialah satu report monthly financial korang. Hehehe baru boleh ke langkah seterusnya yakni sediakan belanjawan. Cewah, mcm belanjawan Negara plak. Daripada laporan bulanan kewangan korang, baru tau mana yg boleh dijimatkan, mana yg kena slash terus, mana yg tak perlu.

Kemudian dah ada belanjawan, korang boleh baik pulih hutang piutang bergantung pada wawasan kewangan korang yg korang plan tadi tu.

Setiap hujung bulan, jangan lupa review status kewangan korang ok? sbb saya pun lom buat, jom kita buat sesama. insyaAllah berhasil nanti usaha kita nak uruskan belanjawan kita secara bijak dan teratur.


Tuesday, November 1, 2011

Help!! EBM saya terlalu banyak..

waa... poyo nye tajuk entry kali ni.. ada unsur2 riak dan nak menunjuk2. for those who BF their baby mesti akan feel jealous, annoyed dgn statement yg cam gini especially mommy yang penghasilan susunye tak byk. heeee

jangan marah..actually ayat tu saja je nak menarik perhatian BF mommy untuk singgah di blog saya. yang sebetul2nya itu imginasi saya, bestnye kalau bahan rungutan saya stok EBM terlalu byk sampai penuh peti ais. padahal kenyataannya, stok EBM saya dah habis. hari ni perah, cukup untuk cover feeding untuk esoknya di nursery. sadis tak?

since hubby sakit, saya jadi stress dan letih. pengeluaran susu drop dgn teruk, selalunya 4 kali pam saya boleh dpt 20oz.. kali ni 15 oz je sehari... sedih sgt.. selalunya waktu pagi pukul 6.30am, saya gigih mengepam dan akan dpt around 5oz, pagi tadi dpt 3 oz je padahal my little bunny, Aryan menyusu pukul 4.30am dan sekejap aje.

jadinya, hari ni saya nekad untuk start power pumping. saya masih ingat lagi masa saya menyusukan kembar, saya boleh dpt 21 oz hanya di ofis. hasil saya melakukan power pumping agaknya. ada one time tu sampai terpaksa cari botol mineral untuk isi susu sbb botol 5 oz yg saya bawak dah penuh. masyuk sungguh zaman menyusukan kembar.

pagi tadi pukul 10.30 saya masuk ke surau bersama lap top, sambil usyar blog momma mia and other blogger lain yg BF baby, tgn sibuk mengepam menggunakan avent single & manual. tiru stail mommamia, 10minit each side smapai sejam. sakit tgn ooooo... tapi anak punya pasal, saya sanggup.. hasilnya saya dapat 7.5oz untuk session pertama ni. selalunya pagi di ofis saya akan dapat 4-5 oz..tak mengecewakan bukan? allhamdulillah, syukur sgt2..kurang2 nya dah cover 3 feeding session Aryan di nursery.

Sesi pukul 10.30 dah selesai, sat lagi sesi kedua pukul 2 ptg. dan pukul 6 ptg. syukurlah skrg ni kerja di ofis tak byk sgt..projek yg saya terlibat dah berada dipenghujung, jadi saya boleh guna masa terluang untuk fokus pada pumping je.

saya tgh bersemangat nak buat stok frozen EBM as preparation before Aryan reach 5-6 months old. masa tu aryan mesti akan byk menyusu. Ya Allah, permudahkan urusan ku ini.