Wednesday, October 26, 2011

Tulang bahunye patah





Ayah..ooo ayah... nape la bawak motor laju2.. mujurlah tuhan tetapkan umur abang masih panjang, kalau tak menangis tak berlagu isteri abang ni walaupun duit claim insurans byk.. (insurans?? duit byk??? hehehehe)


Hari selasa lepas my hubby kena langgar kereta masa dia tgh bawak motornye di highway nkve. Betis dgn siku terseret and terkopek kulit sbb kena tar jalan. tulang bahu pulak patah. gi hkl nurse cuci luka and jahit bahagian siku yg nampak tulang tu je... bahagian yg patah doktor tak buat apa2 tapi dia mention kalau patah mcm ni kena jumpa bomoh patah..ade ke doktor suh jumpa bomoh...mau aku lempang aje itu budak doktor.


Dengan perasaan tak puas hati, saya paksa hubby gi DEMC. apa kisah insurans kan ada..claim aje la. ingatkan tak perlu surgery, rupanya perlu sbb tulang tu terus patah dua dan positionnye dah terkeluar jauh dari landasan. mcm mana nak cantum sendiri kalau bahagian tu mmg dah langsung tak bercantum. heee geram saya dgn doktor HKL tu. mmg nak kena ajar ni, sy yg bukan doktor ni pun boleh nampak obvious sgt dekat x-ray film yg tulang tu tak mungkin bercantum sendiri..kalau suruh adam tengok pun mesti dia boleh explain kat doktor tu kenapa perlu buat surgery..huhuhu


kalau saya jadi professor masa dia belajar dulu, sah2 saya failkan dia bg markah F. geram tol.


Terus pegi bahagian admission, agree untuk terus undergo surgery and masuk ward walaupun insurance lom settle. dgn muka tak malunye mintak discount inform insurance limit rm10k je..ahahaha bolehke dapat discount 50% ek.. mcm jualan gudang pulak.


So hari selasa lepas maghrib terus Doktor ortopedik yg diberi nama Dr Mahmud (mcm watak doktor mahmud dlm citer p ramlee je) operate bahu hubby. doktor tu sgt friendly, wajah penuh wibawa sebagai seorang doktor pakar. masa kalut2 dan panik (kalut update kat facebook sebenonye), mana terpikir nak ambik gambo die. karang dia kata minat pulak kat dia. tak pasal2 jadi skandal, padahal nak story kat blog je..hehehe


Hari rabu patutnye plan nak celebrate birthday adam, tapi cancel..so saya cuma bawak adam, adik2 dia and tiga bb sitter adam ke papa john..mkn pizza jela. sodap la lagi best dari pizza hut..(sorry pizza hut..kalau nk saya puji kot blog ni, bglah kupon free). Ayah makan nasik sorang2 kat ward. sian ayah, tapi apa boleh buat, mami ni mmg selfish dalam bab makan, kira perut sendiri je.

Hari ni insyaAllah boleh discaj dari ward. harap2 keluar before lunch hour sbb saya nak mkn ikan bakar dfend di kelana jaya. tempat favourite lunch saya dan hubby. ambik kesempatan nak dating sbb anak kat day care. sungguh gediks...patutla ramai anak..

Nilah rupa pesakit. budak busuk ni sudah tiga hari tak mandi, dia pakai baju so tak nampak bahagian cedera. alhamdulillah dia ok.. boleh bebel2 and ngurat cik nurse kira ok lah kan.. hehehe


2 comments:

Tishya said...

sabo jer la cite sarah ni haha klaka ada kesian pun ada

Bonda Adam said...

heheheh...mmg agak sedih..tapi agak2 kelakar jugaklah..