Monday, October 31, 2011

Income vs expenses

Hi ladies! hari ni topik blog ni agak membosankan tapi sentiasa menjadi topik perbincangan terutama pada mereka2 yg sudah berkeluarga.

saya juga tak terkecuali dok membincangkan topik ni. kat pantry, kat surau, kat rumah, sentiasa terselit tentang isu kewangan isi rumah. saya dan suami bukanlah bergaji besar, kecik periuk, sikitlah keraknya tapi seleraku besar, nasik putih taknak, nak nasik minyak.. ahaha apa pepatah aku modify ni...


Selalu orang akan merungut yg expenses akan bertambah bila bertambahnya anak (saya jugak tergolong dalam kaki rungut ni). Bukan tak suka dgn kehadiran anak..sapa taknak anakkan? comel je baby baru lahir, tgh dokong anak sendiri, tgk baby org lain rasa nak baby lagi pasni.


Lagipula Allah dah tetapkan setiap anak yg lahir, dtg sekali dengan rezeki untuknya. rezeki tu Allah yang beri, bukan mak bapak yg beri ok?? rezeki akan datang dlm pelbagai bentuk, mak ayah naik gaji ke, dapat bonus sepuloh bulan ke...sebenarnya tu rezeki anak tu, tapi mak bapak budak tu selalu perasan yg rezeki tu untuk diaorg je, so rezeki yang ada digunakan ke arah lain, contohnya pergi vacation, tukar keter baru, tukar handphone baru, beli sofa baru (ehehe daku terasa plak). so bila duit dah habis, duit gaji tak cukup nak sara anak2 mulalah merungut anak ni pakai byk duit, padahal duit yg Allah beri untuk dia ko abeskan..so sapa salah? baby tu ke atau diri sendiri?? huhuhuh marah diri sendiri sebenarnya.


Oklah balik ke tajuk utama, hari ni seharian diofis tanpa kerja berat, so mata mengadap budget spreadsheet. saya key in segala income(satu income je pun, lainlah kalau ada sepuloh umah sewa) dan spending, hasilnya memeranjatkan saya, negative income beb!! gaji saya tak cukup dgn monthly commitment saya, itu belum saya masukkan lagi education fund anak2 dan jalan dan mkn di luar.. mcm mana saya survive selama ni ek? sbb sy tak la rasa mcm teruk sgt setiap bulan..takdela sampai kering duit dlm akaun.


Bila pikir2 balik, memang ada rezeki yg tak disangka2 saya dpt setiap bulan, tak byk tapi cukup untuk survive hingga tunggu gaji bulan seterusnye. mungkin itulah yg Allah bg sebagai rezeki anak. nak detail out rezeki yg mcm mana tu tak yahle kot kot blog ni, asalkan rezeki tu halal...hehehe


Apapun saya harus belajar untuk menguruskan wang yang ada, bila difikirkan, byk sangat pembaziran yang saya lakukan. ok lepas ni takkan terjadi lagi pembaziran ok? nak saving byk2 untuk tambah tabung study anak2.


saya dok pikir2 tadi bagaimana saya nak kurangkan expenses rumah, so ini adalah hasil brainstorming sorang2 diri tadi yg saya rasa boleh bantu kurangkan amount bil. sebabnnya selama ni byk st pembaziran yg saya buat dirumah dan antara yg dapat menyumbangkan pengurangan penggunaan wang adalah:


1. tutup lampu/ air cond bila tak digunakan. air cond tu kalau tak on lagi bagus.


2. tutup air pili bila tgh sabun botol susu/pinggan mangkuk. bila nak bilas baru bukak so takdela bazir air


3. banding harga diaper and susu anak kat hyper market, beli kat hypermarket yg offer harga paling murah dan beli untuk cover stok sebulan.


contoh:


diaper Pet pet di Speed mart skrg RM35.85 x 8bungkus (untuk sebulan) = RM286.80


bila ada sale di tesco/carrfour so harganya sellaunya akan jadi Rm31.90 x 8 = RM255.20. so saya dah jimat RM31.60. itu baru satu item, kalau saya buat cara yg sama untuk susu, dan barang keperluan rumah yg lain mesti cmapur2 dah cecah ratusan ringgit wang dpt saya jimatkan


"jadilah pembeli yang bijak!"


4. jangan mandi hot shower di tgh hari buta - peringatan keras untuk diri sendiri. heee


5. cari jalan short cut gi memana untuk kurangkan fuel consumption

6. say no bila adik beradik/ sedara mara ajak merayap sana sini tanpa sebab. gi jejalan sekali sekala bolehla


7.jgn lengah ambik anak dekat2 6.30ptg, bila smpai taska pukul 6.31ptg, confirm dikira OT. terbang RM6. boleh kata tiap2 hari jadi situasi camtu - amaran keras untuk en hubby yg suka lengah2 nak ambik anak


8. gi pasar malam dgn bajet rm50 je ditangan. kekadang tu ikut nafsu beli barang basah yg mahal mcm ketam, udang besar sampai cecah RM80 untuk stok seminggu. bykkan mkn ikan, kaya dgn omega 3, murah sket dan kurang sket kot risiko dpt penyakit gout. huhuhu

9. jgn gatal2 singgah kedai kat petronas beli soft drink or kopok or gula2.. bukannya mengenyangkan atau menghilangkan haus pun. sekali pegi beli makanan ringan mesti dlm anggaran rm10..kalau dlm sebulan singgah 10 kali, dah bazir rm100.


10. masak cukup2 untuk sekali mkn, kurangkan bilangan menu, cukup sekadar nasik putih dan satu lauk + satu sayur


11. bykkan minum air masak, kurangkan penggunaan gula dan serbuk nescafe dan non dairy creamer yg tak bagus untuk kesihatan.


dan banyak lagi tak larat nak listkan...


sekarang ini, saya akan cuba rekodkan segala butir pembelian dan resit2 akan disimpan dalam satu folder. tpai bulan ni tak dptlah total expenses yang sebenar, bulan depan baru boleh buat actual summary of expenses saya. gambar di bawah ni cuma bajet secara kasar..belum diperhalusi lagi...




















hmmm dahtaktau nak cerita apa lagi. saya tgh mengantuk ni, dah beberapa mlm tak dpt tidur jaga suami sakit dan uruskan rumah. smlm temperature badan En hubby cecah 40 degree C, tapi dia taknak ke hospital. hari ni dah reduce to 39deg dan masih dlm keadaan tak stabil lepas accident. kalau dia boleh bertahan lagi, saya tunggu untuk bawak dia esok ke hospital. semoga En hubby cepat sembuh.

bagaimana susah dan struggle sekalipun saya di rumah, saya sgt bahagia dan ikhlas nak anak2 dan en hubby selesa tinggal di rumah berbanding di luar. saya harap suatu hari nanti2 my boys akan realize yang saya sgt penting dalam hidup dioarg. kalau saya dah tak ada nanti, saya harap dioarg akan kenang saya especially bila time dioarg nak sepah2kan barang..heheheh

2 comments:

FiraHamzah said...

haaaa btul tuh..bagus la Sara, kekdg apa yg kita blanja tu, even skit2 tapi bila kira2 utk sebulan mmg rasa membazir la pulakkk..huhu. Sekarang nih fira mmg tak beli air kat luar dh, bwk air masak siap2 dari umah..hihi :P
Anak dah ramai nih, semua benda kena jimat.
Lagi satu Sara, nk lg jimat pergi la warehouse sales aje..hikhikhik :P

Bonda Adam said...

fira..sgtla betul... anak ramai ni mmg kena jimat cermat. ada warehouse sale yg menarik untuk hot mama mcm kita sila inform ye..hehehhe