Monday, October 31, 2011

Income vs expenses

Hi ladies! hari ni topik blog ni agak membosankan tapi sentiasa menjadi topik perbincangan terutama pada mereka2 yg sudah berkeluarga.

saya juga tak terkecuali dok membincangkan topik ni. kat pantry, kat surau, kat rumah, sentiasa terselit tentang isu kewangan isi rumah. saya dan suami bukanlah bergaji besar, kecik periuk, sikitlah keraknya tapi seleraku besar, nasik putih taknak, nak nasik minyak.. ahaha apa pepatah aku modify ni...


Selalu orang akan merungut yg expenses akan bertambah bila bertambahnya anak (saya jugak tergolong dalam kaki rungut ni). Bukan tak suka dgn kehadiran anak..sapa taknak anakkan? comel je baby baru lahir, tgh dokong anak sendiri, tgk baby org lain rasa nak baby lagi pasni.


Lagipula Allah dah tetapkan setiap anak yg lahir, dtg sekali dengan rezeki untuknya. rezeki tu Allah yang beri, bukan mak bapak yg beri ok?? rezeki akan datang dlm pelbagai bentuk, mak ayah naik gaji ke, dapat bonus sepuloh bulan ke...sebenarnya tu rezeki anak tu, tapi mak bapak budak tu selalu perasan yg rezeki tu untuk diaorg je, so rezeki yang ada digunakan ke arah lain, contohnya pergi vacation, tukar keter baru, tukar handphone baru, beli sofa baru (ehehe daku terasa plak). so bila duit dah habis, duit gaji tak cukup nak sara anak2 mulalah merungut anak ni pakai byk duit, padahal duit yg Allah beri untuk dia ko abeskan..so sapa salah? baby tu ke atau diri sendiri?? huhuhuh marah diri sendiri sebenarnya.


Oklah balik ke tajuk utama, hari ni seharian diofis tanpa kerja berat, so mata mengadap budget spreadsheet. saya key in segala income(satu income je pun, lainlah kalau ada sepuloh umah sewa) dan spending, hasilnya memeranjatkan saya, negative income beb!! gaji saya tak cukup dgn monthly commitment saya, itu belum saya masukkan lagi education fund anak2 dan jalan dan mkn di luar.. mcm mana saya survive selama ni ek? sbb sy tak la rasa mcm teruk sgt setiap bulan..takdela sampai kering duit dlm akaun.


Bila pikir2 balik, memang ada rezeki yg tak disangka2 saya dpt setiap bulan, tak byk tapi cukup untuk survive hingga tunggu gaji bulan seterusnye. mungkin itulah yg Allah bg sebagai rezeki anak. nak detail out rezeki yg mcm mana tu tak yahle kot kot blog ni, asalkan rezeki tu halal...hehehe


Apapun saya harus belajar untuk menguruskan wang yang ada, bila difikirkan, byk sangat pembaziran yang saya lakukan. ok lepas ni takkan terjadi lagi pembaziran ok? nak saving byk2 untuk tambah tabung study anak2.


saya dok pikir2 tadi bagaimana saya nak kurangkan expenses rumah, so ini adalah hasil brainstorming sorang2 diri tadi yg saya rasa boleh bantu kurangkan amount bil. sebabnnya selama ni byk st pembaziran yg saya buat dirumah dan antara yg dapat menyumbangkan pengurangan penggunaan wang adalah:


1. tutup lampu/ air cond bila tak digunakan. air cond tu kalau tak on lagi bagus.


2. tutup air pili bila tgh sabun botol susu/pinggan mangkuk. bila nak bilas baru bukak so takdela bazir air


3. banding harga diaper and susu anak kat hyper market, beli kat hypermarket yg offer harga paling murah dan beli untuk cover stok sebulan.


contoh:


diaper Pet pet di Speed mart skrg RM35.85 x 8bungkus (untuk sebulan) = RM286.80


bila ada sale di tesco/carrfour so harganya sellaunya akan jadi Rm31.90 x 8 = RM255.20. so saya dah jimat RM31.60. itu baru satu item, kalau saya buat cara yg sama untuk susu, dan barang keperluan rumah yg lain mesti cmapur2 dah cecah ratusan ringgit wang dpt saya jimatkan


"jadilah pembeli yang bijak!"


4. jangan mandi hot shower di tgh hari buta - peringatan keras untuk diri sendiri. heee


5. cari jalan short cut gi memana untuk kurangkan fuel consumption

6. say no bila adik beradik/ sedara mara ajak merayap sana sini tanpa sebab. gi jejalan sekali sekala bolehla


7.jgn lengah ambik anak dekat2 6.30ptg, bila smpai taska pukul 6.31ptg, confirm dikira OT. terbang RM6. boleh kata tiap2 hari jadi situasi camtu - amaran keras untuk en hubby yg suka lengah2 nak ambik anak


8. gi pasar malam dgn bajet rm50 je ditangan. kekadang tu ikut nafsu beli barang basah yg mahal mcm ketam, udang besar sampai cecah RM80 untuk stok seminggu. bykkan mkn ikan, kaya dgn omega 3, murah sket dan kurang sket kot risiko dpt penyakit gout. huhuhu

9. jgn gatal2 singgah kedai kat petronas beli soft drink or kopok or gula2.. bukannya mengenyangkan atau menghilangkan haus pun. sekali pegi beli makanan ringan mesti dlm anggaran rm10..kalau dlm sebulan singgah 10 kali, dah bazir rm100.


10. masak cukup2 untuk sekali mkn, kurangkan bilangan menu, cukup sekadar nasik putih dan satu lauk + satu sayur


11. bykkan minum air masak, kurangkan penggunaan gula dan serbuk nescafe dan non dairy creamer yg tak bagus untuk kesihatan.


dan banyak lagi tak larat nak listkan...


sekarang ini, saya akan cuba rekodkan segala butir pembelian dan resit2 akan disimpan dalam satu folder. tpai bulan ni tak dptlah total expenses yang sebenar, bulan depan baru boleh buat actual summary of expenses saya. gambar di bawah ni cuma bajet secara kasar..belum diperhalusi lagi...




















hmmm dahtaktau nak cerita apa lagi. saya tgh mengantuk ni, dah beberapa mlm tak dpt tidur jaga suami sakit dan uruskan rumah. smlm temperature badan En hubby cecah 40 degree C, tapi dia taknak ke hospital. hari ni dah reduce to 39deg dan masih dlm keadaan tak stabil lepas accident. kalau dia boleh bertahan lagi, saya tunggu untuk bawak dia esok ke hospital. semoga En hubby cepat sembuh.

bagaimana susah dan struggle sekalipun saya di rumah, saya sgt bahagia dan ikhlas nak anak2 dan en hubby selesa tinggal di rumah berbanding di luar. saya harap suatu hari nanti2 my boys akan realize yang saya sgt penting dalam hidup dioarg. kalau saya dah tak ada nanti, saya harap dioarg akan kenang saya especially bila time dioarg nak sepah2kan barang..heheheh

Sunday, October 30, 2011

Saya bukan Supermom

Sejak dua menjak ni saya sentiasa berada dalam keadaan keletihan... tambah pulak bila en hubby accident, terus kerja saya jadi double. segala tugas2 en hubby dirumah saya terpaksa uruskan..sebelum ni saya dan en hubby bermusyawarah dan bersetuju dengan tugas dan tanggungjawab yg ditetapkan;

saya a.k.a mami:
1. masak
2. mengemas
3. basuh baju/ sidai kain
4. lipat kain/kemas lemari
5. prepare baju anak2 untuk daycare
6. beli barang dapur 2 kali seminggu
7. buat stok susu aryan
8. mop lantai
9. basuh botol susu after feeding
10. sterilize botol
11. buang sampah
12. cuci toilet
13. kilatkan dapur
14. fully incharge jaga aryan (sbb dia masih bfeeed and takut dibuli abang2 nya)
15. seterika baju
pendek kata tugas bibik dirumah terpaksa saya uruskan sendiri..

en hubby a.k.a ayah:
1. mandikan anak2
2. bancuh susu anak
3. baby sit anak and layan segala keperluan dioarg
4. bawak anak jalan2 / main kat playground
5. tukar diaper anak2
6. driver keluarga
pendek kata apa saja urusan berkaitan anak2 en hubby yg uruskan

so bila en hubby tgh sakit skrg, saya kena buat sendiri semuanya...waaaaaaa!!!!!!!

saya sgt letih dan keadaan agak kucar kacir dirumah. appaun takdela sampai membawak ke tahap stress yg kronik sbb kekadang tu saya rasa enjoy jugak buat kerja rumah dgn anak2 yg menyibuk di keliling saya. bayangkan sekarang ni saya terpaksa kendong aryan dlm baby sling sambil menyapu sampah dan amar/amir dok keep merengek kat saya nak keropok/gula2/ mengadu dgn saya itu ini....

setiap hari saya berada dalam surviving mode. takpelah rumah tak teratur asal makan pakai anak dan suami masih dijaga sempurna. namapun ada naka kecik ramai..takde sapa nak ngutuk saya. heheheh

tapi skrg ni saya sdg sakit hati sbb company perabot yg janji nak hantar sofa yg saya order tu tka dpt hantar seperti yg dijanjikan sbb material yg saya mintak tu takde stok, kena order baru dan memerlukan lagi 2 minggu untuk siap. sakitnye hati!! yg ni mmg menaikkan tekanan darah saya. so kalau sapa2 berniat nak beli sofa brand casa italy dari kedai perabot bahagia. lupakan sajalah...walaupun salesman nye handsome macam pelakon korea tapi servis tak bagus.

oh ya, sejak en hubby sakit, saya rasa ukur lilit pinggang saya dah kurang satu inci..ahaks! sudah kurus rupanya saya sbb tak ada masa nak makan.

p/s: saya baru sedar yg telinga saya ada masalah pendengaran skrg ni..maybe sbb gegendang telinga saya bergetar non stop dirumah dek jeritan super hero saya.

Wednesday, October 26, 2011

Tulang bahunye patah





Ayah..ooo ayah... nape la bawak motor laju2.. mujurlah tuhan tetapkan umur abang masih panjang, kalau tak menangis tak berlagu isteri abang ni walaupun duit claim insurans byk.. (insurans?? duit byk??? hehehehe)


Hari selasa lepas my hubby kena langgar kereta masa dia tgh bawak motornye di highway nkve. Betis dgn siku terseret and terkopek kulit sbb kena tar jalan. tulang bahu pulak patah. gi hkl nurse cuci luka and jahit bahagian siku yg nampak tulang tu je... bahagian yg patah doktor tak buat apa2 tapi dia mention kalau patah mcm ni kena jumpa bomoh patah..ade ke doktor suh jumpa bomoh...mau aku lempang aje itu budak doktor.


Dengan perasaan tak puas hati, saya paksa hubby gi DEMC. apa kisah insurans kan ada..claim aje la. ingatkan tak perlu surgery, rupanya perlu sbb tulang tu terus patah dua dan positionnye dah terkeluar jauh dari landasan. mcm mana nak cantum sendiri kalau bahagian tu mmg dah langsung tak bercantum. heee geram saya dgn doktor HKL tu. mmg nak kena ajar ni, sy yg bukan doktor ni pun boleh nampak obvious sgt dekat x-ray film yg tulang tu tak mungkin bercantum sendiri..kalau suruh adam tengok pun mesti dia boleh explain kat doktor tu kenapa perlu buat surgery..huhuhu


kalau saya jadi professor masa dia belajar dulu, sah2 saya failkan dia bg markah F. geram tol.


Terus pegi bahagian admission, agree untuk terus undergo surgery and masuk ward walaupun insurance lom settle. dgn muka tak malunye mintak discount inform insurance limit rm10k je..ahahaha bolehke dapat discount 50% ek.. mcm jualan gudang pulak.


So hari selasa lepas maghrib terus Doktor ortopedik yg diberi nama Dr Mahmud (mcm watak doktor mahmud dlm citer p ramlee je) operate bahu hubby. doktor tu sgt friendly, wajah penuh wibawa sebagai seorang doktor pakar. masa kalut2 dan panik (kalut update kat facebook sebenonye), mana terpikir nak ambik gambo die. karang dia kata minat pulak kat dia. tak pasal2 jadi skandal, padahal nak story kat blog je..hehehe


Hari rabu patutnye plan nak celebrate birthday adam, tapi cancel..so saya cuma bawak adam, adik2 dia and tiga bb sitter adam ke papa john..mkn pizza jela. sodap la lagi best dari pizza hut..(sorry pizza hut..kalau nk saya puji kot blog ni, bglah kupon free). Ayah makan nasik sorang2 kat ward. sian ayah, tapi apa boleh buat, mami ni mmg selfish dalam bab makan, kira perut sendiri je.

Hari ni insyaAllah boleh discaj dari ward. harap2 keluar before lunch hour sbb saya nak mkn ikan bakar dfend di kelana jaya. tempat favourite lunch saya dan hubby. ambik kesempatan nak dating sbb anak kat day care. sungguh gediks...patutla ramai anak..

Nilah rupa pesakit. budak busuk ni sudah tiga hari tak mandi, dia pakai baju so tak nampak bahagian cedera. alhamdulillah dia ok.. boleh bebel2 and ngurat cik nurse kira ok lah kan.. hehehe


Friday, October 21, 2011

House project lagi

Esok Sabtu. yea! tak sabar nak balik rumah. minggu ni tak ada aktivity menarik melainkan nak buat aktiviti berikut:







1. filing untuk all bills, receipt, invoice etc.



2. Tagging and restore all cooking stuff in an more appropriate container. heheheh



3. cuci toilet - ayak..tebal daki kat dinding



4. vacuum carpet







hari ni saya bershopping lagi. dan saya beli ini..tadaa!





beli 3 seater sofa and the price is very costly for me yg tak berduit. bertahun berangan baru dpt. tapi kena mix and match dengan 1+1 wingchair yg rega below than 1k otherwise terlebih bajet.


just came back from training course finance for non finance personnel. so i know how to do budget planning. ahahhaha




Wednesday, October 19, 2011

Tips for working mommy - balancing work and family life

hye..I found 1 article from 1 booklet in my surau- BALANCING WORK AND FAMILY LIFE. Jom menelaah!

The key to balancing work and family lies in your ability to manage fatigue, stress and family life


1. Manage your stress

You experience more stress when you become parents. mastering this phase of life requires you to deal with stress effectively. You need to improve skills as both an individual and as a couple.


2. Improve the way you cope as an individual


  • Take care of your self by eating a balanced diet and having enough rest and exercise

  • maintain friendships with other adults and share your worries with those whom you trust

  • Constantly give yourself positive messages and do not make comparisons

3. Improve the way you cope as a couple


  • Support each other's individual as well as joint parenting efforts

  • Be aware of your spouse's signs of stress and find ways to help him or her to relive them

4. managing your familiy life

Make your family a priority


  • Make the most of family time. Plan special family events. Do not waste your weekends on housework. Head to the park, beach or visit places of interest, instead.

  • Trade at least one individual activity for a family activity. For instance, replace golf with family walks in the parks

  • Bring home instead working overtime at the office. You're at least accessible to your baby when you work from home. Try to avoid working late at the office.

Avoid the 'superparent' syndrome


  • There's no such thing as a perfect parent, trying to be a 'supermom' by pushing yourself on all fronts will affect your health

Re-examine your standards for housekeeping


  • Make list and prioritise the task to be accomplished

  • Simplify tasks whenever possible

  • Combine the errand into one trip

coretan perasaan kini: tgh rindu my little Aryan + ngantuk + nak shopping kasut keje!!!!

anak2 saya








Thursday, October 13, 2011

Food supplement & house project

Nak meningkatkan taraf kesihatan anda? ambillah kapsul virgin Coconut Oil.. ehehe mcm iklan promosi ubat pula. Saya baru je dapat VCO ni dari seorang kawan. katanya boleh mencantikkan kulit, mengurangkan kolestrol dlm darah dan menambahkan production susu. insyaAllah. saya baru ambil satu kapsul pagi ni dan akan ambil lagi malam ni (duit lom pun bayo lagi). harap2 kulit cantiklah ye lepas ni. gebu je..geram hubby i nengok. hihihihi. jgn tambah anak lagi pasni sudahlah ye.





weekend ni ada tetamu nak datang.. cik Monaliza. bakal adik iparku yang akan mengajar ku memakai tudung ala2 hana tajima. nanti saya upload gambar saya bertudung style hana tajima tu ye. pastu bolehla panggil saya Sara Tajima..ekekeke




ada satu mission saya untuk weekend ni. Projek nak isi frame gambar dgn gambar anak2 bujang saya. saya teringin nak deko rumah and be well organized dgn cara Ms Jenn from Iheart Organizing. wow, harap2 dapat menjadi ibu dan isteri yg sempurna dimata suami dan anak2. cantik, slim, pandai masak, pandai urus rumah tangga wakakaka mesti korang muntah hijau kalau tengok diriku yg sebenar. tapi takpelah...saya mmg act mcm ada high self esteem. perasan tak sudah! huhuhu




Eh rupa paras tak penting, yg penting akhlak dan level saya di sisi Allah Taala.






Ni pic yg saya captured untuk aktiviti deko2 hujung minggu ni..ala taruk je dlm frame habis cerita. antara aktiviti lain adalah nka kemas almari baju saya (sgt bersepah okey) dan organize pantry. koleksi barang2 bakeri bersepah2...ada yg tak pakai lagi. hmm bolehkot ahad ni bakar kek lagi untuk balut dgn chocolate ganache. kali ni nak wat dua layer and taruk cream in between cake. wala!! mcm cake boss dlm AFC channel tu pulak. padahal baru nak belajar. esok beli whipping cream. kalau berhasil saya post kat blog ni ye.


Perabih duit lagi

Dalam seminggu dua ni, saya byk habiskan masa melawat online BB store. mulalah berangan nak beli itu ini. tambah pulak bila ada tgh sale ni, mulalah rambang bijik mata nak beli barang keperluan bayi dan mami yg tgh breastfeed ni. saya beli yg penting2 je..dan inilah antara barang2 yg saya beli..tadaaa! heeee










antara barang lain yg saya beli, tommee tippee teats, play mat, ABC foam, bouncing ball, ice pack for my cooler bag and nursing bra.


ada lagi beberapa item yg masuk dlm wish list saya:

1. nursing remedies

2. trendy cooler bag

3. milk storage bottle

4. tommee tippee botle warmer

5. more nursing tops

6. high heel shoes.

help! i am now draining my wallet. Sayang, minggu depan nak pinjam duit ek..ujung bulan saya bayo balik..heeee

Tuesday, October 11, 2011

Next Mission

Mengandung sudah, deliver baby pun sudah..and now saya boley live happily with my beloved husband and my four little boys. tak perkataan yang paling sesuai untuk diungkap kecuali tiga perkataan ni - BLESSED - LOVED - SYUKUR

so sekarang ni target hidup dah ada sedikit tambahan, buat masa sekarang ni saya nak rehat sekejap dari mengandung.. nk fokus pada membesarkan anak2, meningkatkan prestasi keje, simpan duit byk2, after dua tiga tahun ni nak menunaikan umrah/haji bersama suami tercinta, dan dua mission jangka pendek - tingkatkan pengeluaran EBM dan menguruskan badan...

Stok EBM berkurang, so saya nak cuba beli produk nona roguy dan minyak kelapa dara yang disyorkan rakan taulan. disamping membanyakkan susu, badan akan jadi kurus. saiz badan masih lagi L, saya masih belum dpt memakai seluar kerja saiz M dgn selesa. oleh yg demikian (cewah ayat!), saya pun mulalah meng'google' di sana sini petua untuk kurus badan.

Antara masalah utama saya adalah hips yg become wider compared to during pre pregnancy, perut yg menggeleber mcm ada extra skin, ukur lilit peha dan lengan yang besar. saya tak boleh keterlaluan berdiet sbb sedang menyusukan aryan, apa yg termampu dilakukan adalah minum byk air, kurangkan coffee consumption, eat less during dinner, never skip breakfast, eat more veggies and fruits. ayat2 yg selalu digunakan oleh pakar pemakanan. rasanya dah dua minggu saya amalkan diet yg sihat, tapi sama jek takde turun kilo pun... stress...

ok, esok saya nak gi beli barang nona roguy tu.. we'll see bulan depan badan dah kembali kurus atau tidak ye.. heheheh

Sunday, October 9, 2011

EBM and power pumping & update anak2

Aryan Sufi sudah berumur 2 bulan. yea...setakat hari ni, saya berjaya fully bf my little Aryan. hari SAbtu lepas kami ke Pusrawi untuk injection 2 bulan, berat Aryan dah cecah 5.75kg... bila tgk record abg2 dia, itu berat dioarg masa between 3 to 4 months. aduhai, montel jugakla anak bongsu mami ni... hihihihi..

hari ni hari ketiga saya bekerja, saya dah start buat power pumping every two hours. pagi ni cuma berjaya dpt 7oz. kejap lagi saya nak ke surau untuk third session. hopefully dapat cecah target 3 oz for every session. lagipun my aryan menyusu around 2.5oz for every 1.5 to 2 hours. kadang2 bila dia tido lebih tiga jam baru dia minum dlm 3 oz. tapi itu di rumah, di nursery, his bbsitter ckp dia minum dlm 20oz to 25 oz sehari, average dlm 4 oz for each feeding. biar betoi..? takpela..apapun saya akan sentiasa bekalkan 4 bottles of EBM 25oz in total untuk budak tecit tu... jagi mami kenalah berusaha keras untuk bykkan stok EBM.

waa lama tka update pasal kembar dan Adam.. budak tiga orang tu ok je.. dha jadi abang, diaorg sentiasa mengalah dgn baby. agak penyayang dgn baby tapi amat kejam dgn sesama sendiri. saya mcm ada anak kembar tiga.. sentiasa nak bersama tapi tak boleh bersentuh kulit...mesti ada peperangan yg dahsyat. rumah amat meriah skrg ni..tapi saya harap msa dpt diperlahankan, sbbnya budak2 tu nampak cpt sgt membesar. dah tak ada lagi wajah baby dioarg..oh saya sgt rindukan masa dioarg baby dulu.. suka sgt cuddle adam dan kembar... tak sangka dah ada tiga anak bujang.. hmmm cepat sungguh masa berlalu..tau2 dha nak terima menantu. hihihi

Tuesday, October 4, 2011

kembali bersiaran

as-salam,

Wah lamanya daku menyepi diri..dua bulan berpantang, satu entry je yg saya post dlm blog ni.

actually, byk masa digunakan untuk melayan fb, itupun sbb boleh check through hp jek. saya malas nak bukak laptop so, takdela nak update blog.

hari ni pun saya bersiaran di rumah adik ipar di usj. kebetulan lap topnye on, so ambik kesempatan le update sket. hari ni masuk hari kedua my baby Aryan dan abang2nye ke nursery. so far so good. he is fully breastfed, dan saya sgt struggle untuk buat stock EBM. sbbnye saya malas nak cuci breast pump. bg direct BF lagi sonang, so masalah yg sedang dihadapi skrg ni baby aryan menghadapi nipple confusion. dia reject bottle dan keep crying nak nenen from mommy sampai org kat nursery kelam kabut. i bought him japlo newborn free BPA bottle. mahal jugak reganye tapi dia taknak that bottle. lastly owner nursery suggested me to buy tommee tippee bottle cause the teat is exactly like mommy's nipple. waaa nape tak ckp awal2, abang amir dan amar dia mmg pakai tommee tippee bottle before this. so bottle dah ada, i just need to buy new newborn teats, so just now i drove to butik bayi kasihku anakku kat kota kemuning, nasib bik teat for new born ada, usyar2 barang kedai tu, ada baju for nursing. cantik! grab je la.

then ternampak mattress for baby yg sgt cantik, besar jugak sizenye, sesuaile untuk 4 budak tecit tu main2 atas tikar tu, tumpah susu pun boleh lap. tgh diskaun..after less jadi rm169 kot..apa lagi, grab je la. so bulan ni, bajet shopping barang baby dah habis. kalau ngidam nak beli lagi, tunggu gaji bulan depan je la

lusa saya masuk kerja...excited but a bit nervous.. saya tak tahu apa bos pikir bcoz three years in a row dok ambik maternity leave. heheee . takpe boss, i have taken pil perancang kay...insyaAllah taun depan takdela nak ambik meternity leave lagi. tahun depan tahun saya dan suami berkerja kuat. we need to increase pendapatan isi rumah to the max untuk cover expenses rumah, nursery and adam yg akan go to school when he is four. taun depan dia baru tiga tahun... can't wait to see him in school unifom. hopefully hensem cam remy ishak. huhuhuh

size badan? waaa tak dpt turun byk..need to reshape my tummy and thigh... seluar kerja tak muat. help!!! dah takde duit nka beli L size pants. boleh tak masuk je dlm seluar kerja ku walaupun nampak macam sarung nagka? heeee ah who care?..i am just an ordinary woman with kids of four..takde sapa nak pandang la.

ok got to go, my biras tgh masak, sedap pulak baunye... lapar balik.

to mimi: hang dah balik tanah tumpah darah ke lom? tak sabaq nka jumpa ni..
to Powertrain ladies: saya tak sabar nak jumpa u all. kita jumpa lusa ye. really22 miss u all

chow