Sunday, July 17, 2011

Pesan nenek + Ngidam Home made cheesecake

Tak tahu kenapa untuk kandungan keempat ni, saya jadi seorang yang sangat suka memasak. Bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri dan saya tak cakap masakan saya sedap tau..tapi memang kenyataan, saya suka ke dapur masak apa yg ada di dalam fridge.


Orang kata, kalau nak suami sayang, kenalah penuhkan perutnya dengan masakan air tangan isteri..hihihihi...nenek saya (yang saya panggil Tok) ada meninggalkan pesanan tiga perkara yang si isteri kena jaga betul2 suaminya:


1. Makan

2. pakaian

3. Tempat tidur ( Tok saya pesan supaya bila tidur mestilah bersih, wangi, kemas dan teratur. bilik tidur kita jgn bagi anak2 atau orang luar masuk sbb itu tmpt privacy suami isteri..hihihihi) - tapi maaflah buat masa skrg, bilik kami adalah bilik tidur anak2 juga sbb tiga2 anak bujang saya masih tidur dgn kami suami isteri.


Hari jumaat hari tu, saya sibuk google mencari resepi cheese cake yg senang nak dibuat. tak tahu kenapa teringin benar nak makan cheesecake buatan sendiri. Jumpa resepi di satu blog kegemaran saya, strawberry yogurt cheesecake..mcm senang tapi tak tahulah hasilnya mcm mana sbb saya tak pernah buat sebarang cake sendiri tanpa pantauan ibu tercinta..hihihi



resepinya saya ambil dari blog http://dapuraulad.blogspot.com/ (terima kasih pada cik puan yang sudi share resepi di blog)



Sebenarnya saya langsung tak ada peralatan membuat kek/ biskut.. makanya, saya telah menyenarai pendek barang2 penting yang harus ada untuk membuat kek/biskut dimasa hadapan.. disebabkan saya ni kedekut orangnya..saya hanya membeli:



1. hand mixer
Disebabkan saya masih amatur dalam dunia baking ni, so tak beranilah saya nak beli mixer yg canggih2 dan mahal. hand mixer brand ni pun dah RM78 tau..mahalnye. kenapalah takde org nak hadiah kan masa saya kawen dulu ye...

2. measuring cup

3. measuring spoon

4. weighing scale

5. Loyang adjustable

6. barang2 untuk membuat cheesecake and moist chocolate cake.

oh saya lupa nak beli pengayak tepung untuk buat moist choc cake khamis ni. nantilah saya singgah saja di HERO beli benda alah tu.





bahan2 nak buat cheesecake ni simple aje:

Strawberry yogurt cheesecake

sumber: umi of dapuraulad

Bahan-bahan:

200g biskut (apa-apa biskut cream cracker) -Hancurkan biskut sehingga lumat.

1/2 c mentega

1/3 c gula perang

300g cream cheese

1 c gula aising

2 sb gelatin halal

1/2 c air panas mendidih

11/2 c whipping cream

150g yogurt perisa strawberry

sedikit pewarna merah jambu dan pes strawberry

Cara membuatnya:

1. Sebatikan biskut, gula perang dan mentega di atas api sederhana panas. Kacau sehingga mentega mencair.

2. Tekan adunan biskut ke atas loyang springform saiz 8" sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk




3. Larutkan gelatin bersama air panas sehingga sebati. Sejukkan sebentar.

4. Putarkan cream cheese bersama gula aising sehingga lembut.

5. Masukkan larutan gelatin tadi.

6. Masukkan whipping cream dan yogurt. Putar laju sehingga adunan menjadi agak kental.

7. Bahagikan adunan cream ini kepada 2, satu bahagian ditambah pewarna merah jambu dan pes strawberry dan satu bahagian lagi dibiarkan plain.

8. Ratakan adunan plain ke atas lapisan biskut. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.


9. Ratakan adunan strawberry ke atas adunan tadi. Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.
hasilnya:


tada!!! sungguh tak cantik rupa parasmu..saya belum google lagi cara nak menghias kek. ahahaha


kesilapan yang dilakukan:
1. saya beli cream cheesecake 250g sahaja..tak cukup 50g
2. whipping cream tak cukup 1/2 cup
3. Cara bancuhan gelatin tak betul
4. saya tak pandai guna hand mixer, so saya tak tau adunan betul2 sebati ke tak.. dan terperanjat dgn bunyi jerita hand mixer tu..hihihihi panik tau

komen saya:

selepas semalaman di peti ais, hasilnya acceptable cuma lembik sbb kurang gelatin agaknya. tapi rasanya mcm cheesecake homemade yang biasa kubedal di rumah rakan taulan. so oklah kan untuk first timer macam saya ni.


Khamis ni sebelum balik kampung, saya nka try pula super moist chocolate cake... oh camnelah perasaan sy bake kek tu guna oven... nanti saya share hasilnya ye.

No comments: