Friday, July 1, 2011

Nafsu

Wah..tajuk gempak. Maklumla hari ni hari Jumaat, mesti ingat saya nak bagi tazkirah kan?


Takdela..saya ni bukannya orang yg reti nak menasihati orang lain sbb diri sendiri pun patut dinasihati. kalau setakat nak forwardkan email tazkirah tu saya bolehla...itupun was2 takut ter forward ajaran songsang.


ok...tajuk nafsu ni macam2, nafsu yang selalu orang ingat nafsu s*ks la kan. takpun nafsu membeli belah. tapi dalam entry ni, actually nak cerita pasal nafsu makan saya je...heheheh


Sejak saya mengandung ni, saya mmg sgt suka makan. tak kisahla makanan apapun sampaikan biskut kering pun saya suka. cecah dgn air nescafe, mmm sedap... tka hairanlah kalau ukur lilit lengan saya ni dah jadi dua kali ganda dari saiz sebelum mengandung.


Kali ni saya kerap sgt teringin nak makan itu ini. ada time nak makan yang manis2 je..ada time nak makan food yg masam2. mcm semalam saya teringin nak makan 2 benda..satu asam pedas dgn sambal belacan...tapi at the same time saya teringin nak makan dominos pizza. aiyok! mana satu nak makan sbb skrg ni saya mkn tak byk, sikit2 je boleh masuk perut. nafsu je lebih.


Last2 saya decide untuk makan asam pedas je.... korek2 isi perut peti ais, ada ikan pari...daun kesum mmg ada standby dlm peti ais.. paling cun saya ada terbeli bendi sekali. waaa bestnye, terus acara masak2 bermula. dan inilah hasilnya:

Tada! asam pedas ikan pari, sambal belacan, ulam, ikan jenahak goreng bercili, telur dadar...







Untuk dinner hari ni saya masih kepingin nak makan Pizza. Tgklah nanti camne....

No comments: