Tuesday, July 26, 2011

Entry sedih lagi..perpisahan itu perit

Maaf ye tuan2 dan puan2...buat masa skrg, tak ada entry yg menyeronokkan dari tuan punya blog. Tuan punya blog dalam mode sedih.

cerita saya:
Baru dua tiga hari tak ada anak2 di sisi,saya dan En hubby dah mcm orang tak betul..hidup kami sunyi sepi hanya Allah yang tahu. Nak masak pun tak ada mood sbb tak ada org mkn, nak tgk tv pun malas sbb tak ada orang nak teman saya, last2 saya bukak channel disney junior / babytv favourite anak2 dan biarkan saja tv tu on supaya rumah riuh mcm seolah2 anak2 ada dirumah.

Kami ni mcm org gila bayang, ckp sorang2 mcm tgh berleter dekat Adam, Amir dan Amar. kadang2 je kami bersembang, tu pun pasal teringat keletah anak2, so rewind balik cerita2 kelakar anak2. ketawa sama2, pastuh senyap balik. En hubby layan laptop and internet, saya layan tido sampai mata tak boleh nak pejam, letak bantal 3 biji keliling badan supaya rasa mcm seolah2 tiga hero saya tido dikeliling saya. terukkan?

Kadang2 tu terfikir, inilah yg akan terjadi pada kami bila anak2 dah besar.. semua akan ada kehidupan sendiri, last2 tinggallah mami dan ayah di rumah berdua, habiskan masa dgn beribadat dan mungkin layan kucing seorang seekor. :)

Lagi sedih bila fikir kalau perpisahan ni adalah untuk selamanya. Manalah tahu kalau ajal saya tiba sblm bersalin atau sewaktu bersalinkan anak ni... kasihan anak2 saya terpaksa memmbesar dgn menumpang kasih orang. skrg ni pun diaorg tgh menumpang kasih makcik2 dan atuk nenek di kampung. uwaa....saya nak nangis!!! tapi kena control ..relaks mami..relaks!! karang bos nengok awak nangis..malu beb! hehehehe

Sabarlah wahai hati... tak ada yang kekal di dunia ni melainkan Allah. setiap penyatuan tu akan ada perpisahannya, setiap yang hidup pasti akan mati..perpisahan tetap akan terjadi. saya anggap ni hanya satu ujian kecil je..itupun agak sukar nak menanggung. Ada insan lain yang ujian dia maha hebat..tak tertanggung nak digalas tapi insan2 ni tabah dan redha hadapi ujian yang Allah beri tanpa ada sungutan pun. hmmm malu sendiri :)

4 comments:

Nihlah Insyirah said...

sabar ya sarah. Bila tiba waktu tidur, anak2 Ana semuanya bergaduh nak tidur sekali, kadang-kadang rasa nak marah juga. Tapi bila bayangkan diorang tiada disisi, mesti sedihkan...silap2 sama mcm sarah, susun 3 bantal keliling:D

Kehelan said...

knp anak2 di hantar ke kampung?

ummi Tia Zahraa said...

hi there! :)

thanks babe..nanti turun kan i ilmu tau cmnoo nak handle twins & toddler at the same time..hehehe..
seriyess sgt susah hati takut tak terhandle..
anyway,u kuatkan semangat ya..i nih sehari tak jumpa my dotter pun rasa mcm lost, inikan u..kena berjauhan dgn 3 of them..adehhhhhh...
take care dear... thanks for ur comments :) keep in touch k :)

syiela said...

sabar ye... kuatkan semangat... InsyaAllah semuanya akan cepat berlalu