Tuesday, July 26, 2011

Entry sedih lagi..perpisahan itu perit

Maaf ye tuan2 dan puan2...buat masa skrg, tak ada entry yg menyeronokkan dari tuan punya blog. Tuan punya blog dalam mode sedih.

cerita saya:
Baru dua tiga hari tak ada anak2 di sisi,saya dan En hubby dah mcm orang tak betul..hidup kami sunyi sepi hanya Allah yang tahu. Nak masak pun tak ada mood sbb tak ada org mkn, nak tgk tv pun malas sbb tak ada orang nak teman saya, last2 saya bukak channel disney junior / babytv favourite anak2 dan biarkan saja tv tu on supaya rumah riuh mcm seolah2 anak2 ada dirumah.

Kami ni mcm org gila bayang, ckp sorang2 mcm tgh berleter dekat Adam, Amir dan Amar. kadang2 je kami bersembang, tu pun pasal teringat keletah anak2, so rewind balik cerita2 kelakar anak2. ketawa sama2, pastuh senyap balik. En hubby layan laptop and internet, saya layan tido sampai mata tak boleh nak pejam, letak bantal 3 biji keliling badan supaya rasa mcm seolah2 tiga hero saya tido dikeliling saya. terukkan?

Kadang2 tu terfikir, inilah yg akan terjadi pada kami bila anak2 dah besar.. semua akan ada kehidupan sendiri, last2 tinggallah mami dan ayah di rumah berdua, habiskan masa dgn beribadat dan mungkin layan kucing seorang seekor. :)

Lagi sedih bila fikir kalau perpisahan ni adalah untuk selamanya. Manalah tahu kalau ajal saya tiba sblm bersalin atau sewaktu bersalinkan anak ni... kasihan anak2 saya terpaksa memmbesar dgn menumpang kasih orang. skrg ni pun diaorg tgh menumpang kasih makcik2 dan atuk nenek di kampung. uwaa....saya nak nangis!!! tapi kena control ..relaks mami..relaks!! karang bos nengok awak nangis..malu beb! hehehehe

Sabarlah wahai hati... tak ada yang kekal di dunia ni melainkan Allah. setiap penyatuan tu akan ada perpisahannya, setiap yang hidup pasti akan mati..perpisahan tetap akan terjadi. saya anggap ni hanya satu ujian kecil je..itupun agak sukar nak menanggung. Ada insan lain yang ujian dia maha hebat..tak tertanggung nak digalas tapi insan2 ni tabah dan redha hadapi ujian yang Allah beri tanpa ada sungutan pun. hmmm malu sendiri :)

Sunday, July 24, 2011

Entry Sedih..uwaaa!!

Hari ini Mami dan ayah terpaksa survive tinggal dirumah tanpa Adam, Amir and Amar. No choice, Mami dan ayah kena hantar anak2 kesayangan mami balik kampung Tok Abah di Kedah. Mami harap anak2 mami sihat dan happy sentiasa..

To abg Adam, tolnog jaga adik2 ok..jgn nakal2 tau. jgn lupa recite doa makan, fatihah and hafal ABC
To Amir, keep singing and dancing..mami nak dgr lagu2 twinkle2 little star yg amir suka nyanyi over the phone tonight
TO Amar, jgn pukul Abang Adam and Amir tau.. kalau mami tau Amar pukul abang2, mami babap Amar. Alahai, sapa nak hugging mami malam ni kalau Amar takde..ayah ke?? wink wink!

Mami dengar lagu ni pagi tadi dekat radio, terus ingat pada anak2 mami.... jom layan.

Tajuk: Percaya padaku

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Reff:
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Repeat reff

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Repeat reff

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku..

Mami always love you sayang..muah!

~Cukuplah Allah bagiku~

Sunday, July 17, 2011

Pesan nenek + Ngidam Home made cheesecake

Tak tahu kenapa untuk kandungan keempat ni, saya jadi seorang yang sangat suka memasak. Bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri dan saya tak cakap masakan saya sedap tau..tapi memang kenyataan, saya suka ke dapur masak apa yg ada di dalam fridge.


Orang kata, kalau nak suami sayang, kenalah penuhkan perutnya dengan masakan air tangan isteri..hihihihi...nenek saya (yang saya panggil Tok) ada meninggalkan pesanan tiga perkara yang si isteri kena jaga betul2 suaminya:


1. Makan

2. pakaian

3. Tempat tidur ( Tok saya pesan supaya bila tidur mestilah bersih, wangi, kemas dan teratur. bilik tidur kita jgn bagi anak2 atau orang luar masuk sbb itu tmpt privacy suami isteri..hihihihi) - tapi maaflah buat masa skrg, bilik kami adalah bilik tidur anak2 juga sbb tiga2 anak bujang saya masih tidur dgn kami suami isteri.


Hari jumaat hari tu, saya sibuk google mencari resepi cheese cake yg senang nak dibuat. tak tahu kenapa teringin benar nak makan cheesecake buatan sendiri. Jumpa resepi di satu blog kegemaran saya, strawberry yogurt cheesecake..mcm senang tapi tak tahulah hasilnya mcm mana sbb saya tak pernah buat sebarang cake sendiri tanpa pantauan ibu tercinta..hihihi



resepinya saya ambil dari blog http://dapuraulad.blogspot.com/ (terima kasih pada cik puan yang sudi share resepi di blog)



Sebenarnya saya langsung tak ada peralatan membuat kek/ biskut.. makanya, saya telah menyenarai pendek barang2 penting yang harus ada untuk membuat kek/biskut dimasa hadapan.. disebabkan saya ni kedekut orangnya..saya hanya membeli:



1. hand mixer
Disebabkan saya masih amatur dalam dunia baking ni, so tak beranilah saya nak beli mixer yg canggih2 dan mahal. hand mixer brand ni pun dah RM78 tau..mahalnye. kenapalah takde org nak hadiah kan masa saya kawen dulu ye...

2. measuring cup

3. measuring spoon

4. weighing scale

5. Loyang adjustable

6. barang2 untuk membuat cheesecake and moist chocolate cake.

oh saya lupa nak beli pengayak tepung untuk buat moist choc cake khamis ni. nantilah saya singgah saja di HERO beli benda alah tu.





bahan2 nak buat cheesecake ni simple aje:

Strawberry yogurt cheesecake

sumber: umi of dapuraulad

Bahan-bahan:

200g biskut (apa-apa biskut cream cracker) -Hancurkan biskut sehingga lumat.

1/2 c mentega

1/3 c gula perang

300g cream cheese

1 c gula aising

2 sb gelatin halal

1/2 c air panas mendidih

11/2 c whipping cream

150g yogurt perisa strawberry

sedikit pewarna merah jambu dan pes strawberry

Cara membuatnya:

1. Sebatikan biskut, gula perang dan mentega di atas api sederhana panas. Kacau sehingga mentega mencair.

2. Tekan adunan biskut ke atas loyang springform saiz 8" sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk




3. Larutkan gelatin bersama air panas sehingga sebati. Sejukkan sebentar.

4. Putarkan cream cheese bersama gula aising sehingga lembut.

5. Masukkan larutan gelatin tadi.

6. Masukkan whipping cream dan yogurt. Putar laju sehingga adunan menjadi agak kental.

7. Bahagikan adunan cream ini kepada 2, satu bahagian ditambah pewarna merah jambu dan pes strawberry dan satu bahagian lagi dibiarkan plain.

8. Ratakan adunan plain ke atas lapisan biskut. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.


9. Ratakan adunan strawberry ke atas adunan tadi. Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.
hasilnya:


tada!!! sungguh tak cantik rupa parasmu..saya belum google lagi cara nak menghias kek. ahahaha


kesilapan yang dilakukan:
1. saya beli cream cheesecake 250g sahaja..tak cukup 50g
2. whipping cream tak cukup 1/2 cup
3. Cara bancuhan gelatin tak betul
4. saya tak pandai guna hand mixer, so saya tak tau adunan betul2 sebati ke tak.. dan terperanjat dgn bunyi jerita hand mixer tu..hihihihi panik tau

komen saya:

selepas semalaman di peti ais, hasilnya acceptable cuma lembik sbb kurang gelatin agaknya. tapi rasanya mcm cheesecake homemade yang biasa kubedal di rumah rakan taulan. so oklah kan untuk first timer macam saya ni.


Khamis ni sebelum balik kampung, saya nka try pula super moist chocolate cake... oh camnelah perasaan sy bake kek tu guna oven... nanti saya share hasilnya ye.

Wednesday, July 13, 2011

Selamatkah menyusukan bayi ketika mengandung?

Amaran: ini cerita ibu2..mungkin kaum Adam dan wanita2 yg belum ada anak/belum kawen akan berasa bosan dgn entry ni... so sorry ya..sesekali saya nak berkongsi ilmu parenting pada kaum ibu..hihihih

Saya sudah 9 bulan mengandung, dan selama mengandung ini, saya BF my 1st twin- Amir sampai kandungan mencecah 6 bulan, selepas tu tak ada susu yang keluar, so dgn sendiri Amir tak interested lagi untuk BF. Tak mcm Amar - my 2nd twin yang walaupun tak ada susu, dia masih nak melekap dgn saya untuk rasa comfort dan selamat. Saya mmg tak kisah, so saya biarkan dia hingga lately ni colostrum/pre milk dah mula ada, dan my Amar dah makin suka melekap dgn saya expecially bila tiba waktu tidur siang / malam.

Namun, untuk membiarkan Amar berterusan BF saya ada sedikit kerisauan memandangkan saya kini dah hampir bersalin:
1. Dgn pengeluaran susu/ colostrum akan stimulate hormon yg akan menyebabkan pre-term labour. Adakah itu akan berlaku pada saya? apakah complication yang akan saya hadapi?
2. Setiap kali saya menyusukan Amar, saya merasakan braxton Hicks yg kuat seperti contraction waktu bersalin tapi saya masih teruskan BF dan sakit itu akan hilang bila Amar stop BF
3. Masih adakah colostrum untuk baby Aryan selepas dia dilahirkan nanti? Bayi yang baru lahir seharusnya diberikan colostrum untuk meningkatkan antibodi dan mengurangkan risiko jangkitan virus.

Silapnya sbb saya tak pernah terfikir nak buat research tentang BF during final trimester of pregnancy. Thanks to En google yang bawak saya ke babycenter.com yang menjawab segala persoalan saya. jadi, selagi Amar mahukan susu dari saya (walaupun dia minum FM dan makan nasi semangkuk), saya akan tetap BF Amar bila2 masa dia mahukan sampailah baby Aryan lahir dan Amar cecah umur 2 thn (sekarang Amar sudah 1thn 6 bulan)

ini artikel yang melegakan hati saya:

Article taken from: babycenter.com

Is it still possible to breastfeed my son while I'm pregnant with my next baby?
-->
Last reviewed: October 2009 [Show references] [Hide references]
document.write('');


Sally Inch answers:

Yes. Your body will carry on making milk while you're pregnant. You can still feed your son after your new baby is born, too. This is called tandem feeding. Breastfeeding during pregnancy is fine for most women, although it's important to eat well. (yippie...mmg boleh)
In the early days, you may have sensitive nipples because of hormonal changes. Breastfeeding can make your nipples feel a bit sore at this time. Your body releases a hormone called oxytocin when you're breastfeeding. It's what makes your milk let down. Oxytocin is also important in labour, and there have been worries that if you breastfeed while you're pregnant, oxytocin could set off contractions. ( i experienced this lately but so far so good)

However, your uterus (womb) won't react to oxytocin until the end of your pregnancy, after 37 weeks. So if you are healthy and your pregnancy is going well, breastfeeding shouldn't be a problem. (yeke?? bolehke? alhamdulillah)

There may be times when, to be on the safe side, it's better for a mum to wean her baby before the next one is born. This may apply to you if, for example:
you have gone into premature labour before (tak ada)you have experienced a miscarriage (tak ada)you have had some bleeding (Ada sekali tapi tak serius)

During the fourth or fifth months of your pregnancy, your breastmilk changes back to colostrum. This is the rich, nourishing pre-milk needed by your new baby in the first few days after birth. Your son will notice the difference, because your milk's taste will change, and there'll be less of it. He may decide to wean himself at this point, although some children keep going. (Amir decided to wean himself, tapi Amar tetap continue walaupun rasa susu dah tak best)

If your son wants to continue, don't worry about using up your colostrum. Your body will continue to produce it until your new baby needs it. (ooo yeke...so my Aryan pun akan dapat share colostrum dgn abg Amarnyalah ye..kuasa allah..)


If your son is less than a year old and still feeding, keep an eye on his weight. It's worth checking he's still putting on weight after your milk changes. (montelje sbb dia minum FM dgn solid food bermangkuk2 sehari..BF tu nak ngada2 je)

It is also worth thinking about whether you want to carry on feeding your son once your new baby arrives. It's a very personal decision, but there may be at least one advantage to it. (ye..saya masih mahu continue..that's my goal to continuously nursing Amar)

Mums who tandem feed are less likely to get mastitis than mums who feed one baby. If tandem feeding is not for you, it may be easier on your son if you wean him while you're pregnant. If you leave it until after his new sibling arrives, he is in danger of feeling left out at a time when he'll already have lots of adjustments to make. (Amar dah biasa berebut dgn Amir before this..dia pun bukan fully BF lagi dah)

If you are not yet pregnant, but trying, bear in mind that it can be harder to conceive while still breastfeeding, as some women don't ovulate until they stop breastfeeding.

Friday, July 8, 2011

Happy Friday every one!

Today is Friday..yippie!!! time now is 5.15pm..another 15 minutes left before I can grab my bag and lap top and leave the office. I ni mmg punctual orangnye adn tak suka lambat2...hehehhe

Tak byk interesting activities for today and this weekend. tadi during lunch hour, I just bring the Ladies to Anjung Merah with my Naza Ria gabak..makan2 sembang2 then balik office on time ok..

At 4pm, there was an annoucement from Geng Dyno, ada Durian feast downstairs! wow! yummy, me yang baru lepas solat Zohor terus dashed to Dyno office...waaaa berpuluh2 biji durian siap dgn pulut and santan.. as a pregnant mom, everyone advised me not to eat too much durian. All the Abang2 and Pakcik2 worried if it can harm my baby..insyaAllah, this baby Aryan already immune with bau durian and panas durian. Last few weeks, saya makan almost 2 biji durian as breakfast tau! End up i just had 7 ulas sahaja...tu pun sbb malu kucing..kalau tak mau tujuh biji durian saya bedal..eheheeh

For dinner, I plan to cook kari ikan bawal with ladyfingers + sambal belacan + sayur goreng for En Hubby. For my boys, I already cook sup ikan merah. balik karang panaskan je sup tu and goreng telur dadar je utk dioarg.

I am suppose to send my kids to my hometown this weekend, tapi tak sanggup berpisah dgn tiga budak kecik tu.. so I postponed to next weekend. I have a strong feeling that I am going to deliver baby Aryan very soon, maybe in two or three weeks time.

Ahh... tomorrow is my hectic day..I need to do laundry as i slept so early last night so tak sempat basuh baju..so baju2 kotor akan berganda untuk esok. one more thing, saya kena mula mengemas baju2 untuk baby Aryan, prepare everything according to my plan except buying new single seat sofa. mimpilah sbb bonus saya sikit sgt taun ni.

Last but not least, saya nak cuci dua bijik kenderaan kotor yang tersadai depan rumah.. oh sungguh memalukan ada kereta kotor tak terjaga..sedangkan kereta jiran2 saya berkilat2 je dari kejauhan.

camne dgn plan weekend anda? best mcm saya?hihihihi

Thursday, July 7, 2011

Kedatangan Ramadhan , Acara gerak gempur increase BM supply



Saya jejalan di blog2 ibu2 yg BF baby. wah rata2 mula post entry tentang persediaa BF baby dalam bulan ramadhan. Ada yang dah start buat power pumping and increase the frequency of pumping to produce more and more EBM.


Sebetulnya saya sgt seronok baca entry2 tentang ni. terkenang kisah Ramadhan saya yang lepas, sbb saya juga seperti ibu2 ini, yang sgt risaukan production susu menurun dalam bulan puasa. Yang seronoknya saya ada partner pumping di surau dan dua2 bersemangat nak bawak balik at least 24oz EBM ke rumah. itu daily target kitaorg..kalau dapat achieve, mmg excellent lah! balik rumah dgn hidung kembang kempis bangga diri. hihihihi


Ramadhan tahun ini juga saya akan menyambung kembali aktiviti kesukaan saya tu sbb baby Aryan akan lahir awal Ramdhan ni. oh, jenuhla sebulan saya kena ganti puasa. Tak sabar rasanya nak BF my baby, seronok tau tgk baby kenyang, berat badan baby naik hanya dgn menyusu dari air susu saya sendiri. kali ni saya berniat nak pastikan baby Aryan dapat 100% BM sampai at least umur dia setahun. Ralat juga masa kembar dioarg dapat dlm 50% BM dan saya top up dgn FM sbb stock susu tak mencukupi. Masa tu saya sgt dengki dgn satu minah saleh dalam show Bringing HOme Baby kat Discovery Home and Health. Minah saleh ni housewife yang dapat twins jugak tpai dia berjaya 100% BF twins dia. sungguh jeles, dan dia bertuah sbb her hubby fully support BF dan sanggup masak makanan yang boleh tambah milk supply. oh indahnya dunia kalau En Hubby volunteer untuk masak makanan berkhasiat sepanjang saya BF baby Aryan nanti. Mimpilah!


Actually saya mula terfikir2 untuk boost up susu saya dgn ambik supplement untuk tambah susu. ESP dari Shaklee mcm best jek. Momma mia, nanti saya contact awaklah ye kalau saya nak beli ESP. Buat masa skrg tgk dulu mcm mana production susu saya masa Ramadhan ni.


For all mommies outthere, happy pumping! Susu ibu is always the best!

Sunday, July 3, 2011

Kisah Upin & Ipin Saya





"Hi Nama saya Amar Rayyan! Ni kembar saya:"




"Hi! Nama saya Amir Rayyan:




~Ni bukan kisah kami berdua, ni kisah kami semua! :) ~







Kalau Abang Adam tgk cerita Upin Ipin, mesti dia akan ckp Upin tu Amir, Ipin tu Amar. Walhal budak kembar tu langsung tak sama dgn Upin Ipin, Upin Ipin botak, Amir & Amar byk rambut. Agaknya, tu gelaran si Kembar kat Nursery kot.... hihihi



Upin & Ipin saya ni mmg tak boleh bersentuhan kulit, mesti bergaduh..aku pukul kepala kau, kau pukul kepala aku..aku cubit kau, kau cubit aku...aku gigit perut kau, kau gigit perut aku.. gaduh sampai guling2 atas lantai tau. pening kepala saya dibuatnya.



Weekend lepas, saya ingat dapat berehat dirumah dgn dioarg, mmg tak boleh rehat bila asyik bergaduh aje. hari Jumaat petang, Amir dah buat hal nak main basikal roda tiga dekat nursery sampai tak nak balik. meraung2 dlm kereta nak basikal. Saya dan ayahnya melilau kat Giant Putra height, kedai basikal kat Alam MEgah dan sampai ke Maidin USJ cari basikal untuk Amir. pencarian gagal sbb ayah tu cerewet, nak murah dan berkualiti..mmg tak dptlah kan.



Hari Sabtu malam ada makan2 di rumah Pak Long Adam, so kitaorg anak beranak pun pegilah ke Cheras. Takdir tuhan ada kedai barang permainan kanak2 depan rumah Pak Long je. rambang mata tgk basikal mcm2 design. Tapi last2 ayah taknak beli basikal sbb Amir pendek lagi, kaki tak sampai. dia beli mcm kereta yg tolak guna kaki tu je. Kalau beli satu sure gaduh so kenalah beli 2 biji (ada lagi satu design lebih kurang dah sedia ada dirumah) untuk cukupkan tiga. kalau tak gaduh lagi. lega! dah sehari lebih Amir jadi cranky sbb nak toy idaman dia tu. akhirnya tercapai jugak hajat dia tu.



Pagi Ahad pukul 3 pagi, Amir dah bangun nak turun bawah. agakya dia terhidu bau kereta sorong baru dia tu... hihihi puas pujuk baru nak sambung tido. Pukul 8 pagi saya bawa turun ketiga2 budak ni, Nampak je kereta sorong baru, Amir dan Adam terus terjah ke kereta sorong baru. Sian Amar, naiklah yg lama. Siap dioarg tak kawan dgn Amar lagi sbb pakai kereta sorong lama. Amar pandang2 je dua budak eksyen yang tak nak geng dgn dia.










Amir: "Abang Adam, cool lah kereta sorong kita duaorang kan"


Adam : "A'a...kereta sorong Amar dah buruk, tak best"






Amir: "agak2 kereta abang Adam berapa torque and power dia ek?"


Adam: "psst, Amar tu usyar2 keter kite lah..buat donno je, kejap lagik melalak la tu"









Adam:" Cool lah Amir nye hon ni, siap ada lagu happy birthday"

Amir: "Blah cepat Abg Adam karang budak kat belakang tu guna kasih sayang Mami untuk rampas keter kite"



Heheheh tak sampai 30 minit dioarg main sorg satu, last2 tiga2 bergaduh nak keter sorong kaler hijau yang Amir naik tu sbb tu yang paling best bagi dioarg. Saya ingatkan beli sorang satu dapat elak diaorg bergaduh, rupanya masih bergaduh sbb berebut design yg paling best. adoila!


Maaf tak smepat ambik gambar dioarg tgh bergaduh sbb masa tu saya dah jadi Incredible hulk!


Kalau kat rumah tok abah, benda alah ni yang dioarg rebutkan..







Tok abah suruh saya bawak balik Shah Alam, saya tak nak sbb nanti saya migrain dgr jeritan diaorg berebutkan kereta ni.


Hai budak2..cepatlah korang besar.

Friday, July 1, 2011

Nafsu

Wah..tajuk gempak. Maklumla hari ni hari Jumaat, mesti ingat saya nak bagi tazkirah kan?


Takdela..saya ni bukannya orang yg reti nak menasihati orang lain sbb diri sendiri pun patut dinasihati. kalau setakat nak forwardkan email tazkirah tu saya bolehla...itupun was2 takut ter forward ajaran songsang.


ok...tajuk nafsu ni macam2, nafsu yang selalu orang ingat nafsu s*ks la kan. takpun nafsu membeli belah. tapi dalam entry ni, actually nak cerita pasal nafsu makan saya je...heheheh


Sejak saya mengandung ni, saya mmg sgt suka makan. tak kisahla makanan apapun sampaikan biskut kering pun saya suka. cecah dgn air nescafe, mmm sedap... tka hairanlah kalau ukur lilit lengan saya ni dah jadi dua kali ganda dari saiz sebelum mengandung.


Kali ni saya kerap sgt teringin nak makan itu ini. ada time nak makan yang manis2 je..ada time nak makan food yg masam2. mcm semalam saya teringin nak makan 2 benda..satu asam pedas dgn sambal belacan...tapi at the same time saya teringin nak makan dominos pizza. aiyok! mana satu nak makan sbb skrg ni saya mkn tak byk, sikit2 je boleh masuk perut. nafsu je lebih.


Last2 saya decide untuk makan asam pedas je.... korek2 isi perut peti ais, ada ikan pari...daun kesum mmg ada standby dlm peti ais.. paling cun saya ada terbeli bendi sekali. waaa bestnye, terus acara masak2 bermula. dan inilah hasilnya:

Tada! asam pedas ikan pari, sambal belacan, ulam, ikan jenahak goreng bercili, telur dadar...







Untuk dinner hari ni saya masih kepingin nak makan Pizza. Tgklah nanti camne....