Thursday, June 23, 2011

Laparnye...

Aisy, hari ni dah Jumaat, tak sabar nak tunggu 5.30ptg, nk lekas balik rumah kemas beg baju sbb saya anak beranak dan Pak uda dioarg nak balik kampung. Adik perempuan kami, Cik Amirah nak bertunang esok tgh hari.



Saya sedang kelaparan skrg ni, teringin nak masak nasi lemak ptg ni tapi tak dapatlah sbb kelam kabut nak mengemas balik kampung. kenapa saya teringin nak mkn nasi lemak? sbb saya dok tgk pic anak2 saya, terjumpa gamabr nasik lemak yg saya pernah masak dolu2.




Amboi Amar, terlopong tgk sambal telur...



Anak2 saya suka makan home made nasik lemak sbb tak pedas untuk dioarg, pastuh diaorg boleh demand nak telur rebus ke telur goreng..hihihih maklumla tukang masak standby je ikut demand customer.




En Hubby tak minat sgt nasik lemak (mungkinkah sebab masakan saya tak sedap?) atas alasan dari kecik dia asyik makan nasik lemak sbb my mother in law dulu berniaga nasik lemak. oh..saya pernah rasa nasi lemak my mother in law....mmg sedap! maklumla dah berpuluh taun berniaga, sambil tutup mata pun agaknya mak boleh masak nasi lemak dan lauk pauk... skrg my mother in law tak berniaga dah..so since that takdela saya nak merasa nasi lemak mak mertuaku yang superb tu. dia nak retired masak nasi lemak forever kot..takpe balik kampung nanti boleh request..mesti permintaan mak buyung akan dipenuhi punya! hehehe



Pastuh, saya terjumpa lagi satu gambar yang saya ambik tiga minggu lepas. Masakan paling cepat dan ringkas perap, bungkus, masuk oven for 30minutes..tak payah menumis sampai terpercik minyak sana sini. En Hubby suka masak cenggini. saya pun suka sbb saya tka payah mengelap dapur. hihihih





Masakan ni saya claim sbg Ikan bakar ala Portugis (marah or Portugis sbb takde rupa masakan dioarg langsung). Segala caca marba saya masukkan ikut selera tekak kami anak beranak.



uisy! laparnye.. skrg baru pukul 12.. ada lagi 45 minit nak lunch hour. cadang nak gi beli kasut sbb kasut saya sudah koyak sikit di tapak. sejak mengandung ni, kasut kerja saya cepat rosak. dah bersalin nanti sya berangan nak kembali melaram dgn kasut tumit tinggi supaya nampak tinggi le sket..huhuhu





Selingan:



Semalam Abg Adam dah pandai buat sign peace. terus saya ambik gambar .. suka dia bila dah reti nak lipatkan jari2..siap gi lari2 tunjuk tgn dia kat ayahnya.. "ayah.... ni Adam buat fish!"



Bukan Fish sayang, tapi Peace!

No comments: