Wednesday, June 1, 2011

Bukan senang nak jadi senang

Sekarang ni, saya tidak mahu lagi beromong kosong dan berangan-angan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah yang bekerja sendiri dari rumah.

Dah calculate, tambah tolak bahagi, mmg saya akui bukan senang untuk membuat keputusan berhenti kerja dengan keadaan ekonomi keluarga yang masih belum stabil. dengan tiga anak kecil bawah tiga tahun, dan seorang lagi akan lahir bulan 8 ni insyaAllah, saya harus berusaha lebih kuat untuk menambah pendapatan keluarga.

Banyak bahan2 dari internet saya baca mengenai 'working-at-home-mom'. Kebanyakan article mengakui byk pengorbanan harus dilakukan dari segi pengurusan masa, dealing with kids at home and the difficulty to start bussiness from home. tapi itu diperingkat awal. Jika rajin dan sabar, tak mustahil akan berjaya kan?

Saya mahu menjadi ibu sepenuh masa pada adam, amir dan amar serta baby affan yang dalam perut ni. saya ingin sekali melihat mereka membesar depan mata dlm pelukan saya (walaupun selalunya saya garang mcm lion - kata adam)

Paling saya impikan, saya ingin sambung kembali breast feed amar dan amir, si kembar nakal saya tu bersama dgn adik yang akan lahir. WAh besar cita-cita saya, harap dimakbulkan Allah. Amin.

Currently banyak masa saya mengadap online store untuk dapat good bargain barang2 breastpump accessories and maternity clothes. insyaAllah, dalam sebulan dua ni, saya akan penuhkan online store saya dgn barangan bayi, dan barangan ibu serta penyusuan ibu dengan harga yang murah dan berpatutan.

No comments: