Saturday, December 31, 2011

a little surprise from him

belum lagi tiba 2012 sy dah boleh tick satu item yg sy list dlm item yg sy ngidam nk beli thn 2012, apa ya? hehehe rasanya satu dunia tahu apa yg plg sy nk dlm masa terdekat ni. rakan opis dah boringdgr sy ngomel x abis2 pasal nk beli benda ni, tapi tak beli2 pun.. ehehe

actually sy punya strategy, yakni nk dptkan ia secara free. dah 1 bulan saya lancarkan kempen dekat en hubby mintak dia belikan. dia wat dek je langsung xnak komen apa2. ultimatenya smlm dia bawak balik bateri hp baru.. untuk hp samsung omnia sy yg rosak sbb kembar rendam dlm baldi. tau2 hp tu sihat balik dan dah boleh pakai. en hubby hepi. dia ckp x payah beli hp br lg dah, hp dah elok.. x pyh membazir. sy ni bukan gadget freak, selama ni x pernah kisah dgn gadget br launch. biarlah org bergya dgn new gadget, sy pakai jek dgn hp lama asal boleh ckp suda...

tp kali ni sy terus sedih bila hubby suh pakai je hp lama. terus nk nangis tp control la kan. dia taktau yg sy gila2 ngidam benda ni. ngidam kali ni x boleh dipandang remeh tau. terus down sampai xde daya nk masak or mandikan anak2. mogokle tu. hehehe

en hubby mandikan anak2, sy melepek xde smgt. malas nk paksa sbb duit dia kan, hehehe. pastu en hubby tetiba suh sy pakai abg adam bj, dgn malasnya sy gi wardrob, ambik bj. pastuh pakaikan adam bj. hubby dah senyum2 tp sy x perasankan senyuman penuh makna dia maklumla avoid eye contact sbb tgh merajuk. hee

tetiba en hubby ckp "awak x nampakke."

nampak pe? tp hati dh berdebar2. buat2 xphm pulak.

tuh dlm almari, bukak pintu lg satu. kelam kabut daku bukak. waaaaaaa ada kotak. nk nangis rasanya.. en hubby belikan dy benda nieh


ooo surpriseye. tq syg.  hehehe en hubby mmg gitu, pasni nk surprise lg ye. terima kasih daun keladi. kalau boleh hendak lagi







Thursday, December 29, 2011

Bapak sanggup rantai kaki anak kt toilet? manusia ke apa nieh?

Bapa rantai kaki anak?? kejam!!

Saya menangis tgk keadaan anak2 ini. tergamak si bapa perlakukan camtu pada anak2 dia. Sedih sgt tgk diaorg kelapara ndgn keadaan tmpt kurungan yg kotor. apalah yg anak2 ini tahu...insaf sekejap. semoga anak2 tu dapat keluarga angkat yg sayangkan dioarg. Amin..

err kalau takde sapa nak budak2 tu, bagi kat saya..saya nak...seronoknya ada anak perempuan. err yg adik dia dua thn tu sebaya kembar..mmg la tgh lasak. kadang2 saya pun hilang sabar dgn diaorg tapi mcm mana saya garang dgn anak2 saya, saya syg anak2 saya.. dlm marah2 apa saja keperluan diaorg sam ada penting atau tak penting tetap saya utamakan dari keperluan diri sendiri... sapa tak syg anak oi..manusia berhati binatang je yg sanggup buat anak mcm ni..

Ucapan saya pada bapak budak2 dua org tu..:


oi manusia! Apersal ko ni psycho sgt?? bini ko tinggal ko tu satu hal..jgnla ko lepaskan marah ko kat budak2 tu.. ko ni gila ke otak ko letak kat lutut? kalau ko dah tak mampu sgt apersal ko tak reti2 nak mintak tolong kat sedara mara atau kengkawan ko? lagi baik ko tinggalkan budak2 tu kat JKM dari ko kurung dioarg dalam tandas..dah la ko tu spesis pengotor..toilet tak reti basuh. jgn ko salahkan anak ko punca bawak masalah..ko tu yg bermasalah sampai nak cuci toilet pun tak tahu... patutla bini ko lari. eee geram aku..mau je aku lastik kepala ko bertubi2 sampai ko otak ko waras balik. sayanglah anak2 ko tu..ko ni tak tahu ke anak ko tu amanah tuhan untuk ko. dhala dioarg takde mak..ko plak wat gitu kat dioarg..apalah yang dioarg tahu? eeee geramnya aku dgn ko ni

nieh petikan yg saya copy dari utusan malaysia:

sila baca ye..


BUTTERWORTH 29 Dis. - Keprihatinan seorang jiran yang segera melaporkan kepada polis selepas mendengar tangisan kanak-kanak meminta makanan dari sebuah rumah di Taman Mawar, Jalan Raja Uda di sini berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa dera bapa sendiri.
Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU) yang mendapat maklumat kejadian itu segera menyerbu rumah yang didiami oleh kanak-kanak bersama bapanya, seorang buruh berusia lingkungan 40-an.
Ketika ditemui, dua beradik terbabit iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 2 tahun berada dalam keadaan letih dan lesu, dipercayai seharian tidak menjamah makanan.
Malah, lebih menyedihkan, terdapat kecederaan di kaki masing-masing dipercayai akibat dirantai dalam tempoh masa yang agak lama di dalam bilik air rumah kedai setingkat itu bagi menghalang mereka bergerak bebas.
Kedua-dua mereka yang dirantai dalam keadaan separuh bogel dipercayai diperlakukan sedemikian sejak sebulan lalu oleh bapa mereka setiap kali dia keluar bekerja.
Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, seorang warga Thailand dikatakan telah menghilangkan diri sebaik berpisah dengan bapa mereka awal November lalu.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika ditemui berkata, dua beradik itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan dan kini berada di bawah jagaan JKM SPU.
Menurut beliau, bapanya ditahan sebaik pulang ke rumah kira-kira pukul 8.45 malam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Tuesday, December 27, 2011

Nuffnang kasik lima posen.. :P

Thanks to nuffnang..baru jek register dah dpt lima posen..hehehe boley beli apa yek? gula2 choclaire yg sebijik seposen.. dapatla lima bijik..mami sebiji, ayah sebiji, adam, amir and amar sorang sebiji. aryan kecik lagi mmg tak boleh mkn gula2 pun..heeee



Penghujung tahun 2011

Waa.. sekejap je pejam celik dah nak masuk thn 2012. Anak2 pun dah makin membesar bagai johan. Abang Adam dah nak masuk 4 thn, 4 january ni kembar dah masuk 2 thn dan aryan masuk 5 bulan. ho yea!!

cepatla besar anak2 ku. Mami tak sabar nak relax ni. Bermula hujung minggu lepas, saya dah train anak2 untuk tidur sendiri. mula2 kembar tidur dgn En Hubby dan saya tidur di bilik lain dgn Adam dan my little pumpkin, Aryan. Malam semalam Adam nak tidur dgn adik kembarnya. so bila tiba tgh mlm, diaorg dah nyenyak tidur, si ayah lari tidur di bilik mami...heheheh tapi bertemankan orang ketiga, Aryanla sapa lagi...huhuhu

Budak bertiga tu ok jek tidur sampai ke pagi. cuma sekali bangun nak susu plus amir nangis kejap sbb jatuh katil. so far so good. so starting malam ni bujang tiga org tu kena tidur di bilik sendiri...mudah2an malam ni pun dioarg ok.

Antara resolusi 2012 saya adalah nak potty train adam. Sampai skrg saya tak berjaya potty train budak kecik ni.Cakap pandai, berdebat pandai, bercerita itu ini pandai, tpai ckp nak kencing and berak tak pandai. sebenarnya saya tak bersungguh train dia sebelum ni sbb malas nak mengelap lantai/ carpet incase adam tak sempat ckp dia nak kencing/berak. huhuhu tahun ni kena ajar sbb dia dah nak masuk 4 thn. karang sampai masa nka hantar gi tadika dia still pakai diaper. malulah dia.

Semalam saya berbual kosong dgn en hubby, ada tiga surpriseuntuk hujung thn ni yakni:

1. Jumlah vitamin B en hubby (bonusle). tapi dah tahu dah dua hari lepas.( errr yang, approval paper nak beli GTab dah approved ke belum? your prompt action is highly appreciated)
2. Tender Kereta kastam - kalau En hubby dapat kereta tender tu sapa nak beli honda stream thn 2000 dgn harga yg sgt memikat hati?? sila angkat tangan! mudah2an adalah rezeki anak2..amin
3. Dividen ASB - hihihihi all about $$$ kaching!

thn 2012, cepatlah menjelma. saya tak sabar nak merealisasikan segala plan sy...so many exciting things to do dan skrg ni dah start warming up.


Wednesday, December 21, 2011

I like this Entry...tips for being organized at home

Saya suka blog ni... buakn nak promo, tapi really inspiring me to become more organized..tak sabar nak balik rumah untuk cuci toilet..ahahaha

Organizing Made Fun: 15 minutes of cleaning? - How to have a {fake} imm...: Ok...I have lots of friends who are seriously skeptical but I'm telling you, it's TOTALLY possible to keep your house clean with j...

Kemaruk nak vacation

Skrg ni cuti sekolah, ramai staff tempat saya bekerja ni ambil cuti untuk bawa anak balik ke kampung or bercuti2 malaysia / bercuti di luar negara. Dlm FB byk yg shout bawak anak gi hong kong disneyland, universal studio singapore, gi langkawi, gi sabah etc2..

Anak2 saya masih kecil so dlm list plan 2012 saya langsung tak ada plan yg diletakkan di bawah kategori 'vacation'. bukan takde plan langsung, tapi terlupa nak listkan..ehehehe memandangkan Aryan dan besar sket dan budak2 tu dah makin paham bahasa dan senang diurus, saya rasa saya boleh start bawak anak2 saya berjalan di tempat2 menarik berdekatan rumah. hujung tahun ini saja saya dah bawa anak2 ke teluk batik, zoo dan sight seeing kat beberapa tmpt lain. cuma tak berani overnight di hotel/ resort sbb taknak ganggu gust lain dgn jeritan anak2 ku..huhuhu malu den!

so untuk tahun 2012 ni, saya nak plan satu percutian yang menarik untuk anak2...mungkin nak ke pantai juga, tapi tgklah tak sure di mana destinasinya...bergantung pada budget yg ada..hehehe

di masa hadapan, saya nak bawa anak2 bujang saya untuk experience percutian yg lebih mencabar..contohnye bawak diaorg ke taman negara, island hoping, back pack ke country yg menjadi idaman mami untuk jelajah such as turkey, morocco, india, china and russia. huhuhuh boleh ke?

saya tka pernah keluar negara bersama keluarga, cuma sekali keluar atas urusan kerja di UK. hanya singgah di 3 negara: perancis, England and Belgium. pengalamannya MasyaAllah sungguh menyeronokkan tpai lebih seronok kalau ada anak2 dan en hubby. lagipula pergi sbb meeting, mmg tka dpt explore tempat yg saya singgah. nasib baik my bestpren cik mimi @  http://mimiamilia.blogspot.com datang melawat masa di norwich dan teman saya melihat2 bandar. kalau tak mesti saya hanya memerap di bilik hotel saja. huhuhu

di Amsterdam: Pic taken by Che Mad, my bos. segan siot sbb masa tu takdela kenal baik sgt dgn beliau

Sight seeing di Amsterdam. Ramai ckp bandar ni kotor, tapi bagi saya, MasyaAllah, cukup istimewa.

Ini saya, 2 minggu mengandungkan Aryan. taktau yg saya tgh preggy. mata bengkak nangis rindu kembar dan adam padahal gi kejap je. Beg galas penuh dgn susu yg di pam dlm flight...ahahaha

InsyaAllah, kalau ada rezeki, pasti akan berjalan2 dgn anak2 dan en hubby bila tiba musim cuti sekolah yg akan dtg..amin..

Tuesday, December 13, 2011

Plan 2012 dan update anak2

Tak tahu kenapa saya stress sgt hari ni..agaknya hormon nak period dah dtg le tu. kerja saya tip top dlm seminggu dua ni..hasil setelah cuba menjadi seorang yg lebih organize.. let's be organized! yea!

Kehidupan mcm biasa tak ada yang menarik berlaku kecuali weekend lepas saya membawa anak2 menaiki komuter dan lrt memandangkan Adam tu obses sgt dgn train. they were happy and I was happy too because selain dari ada tiga budak tecit menyibuk mengekor ke sana sini, me and En hubby mcm pasangan bercinta lagaknya. cewah! lama tak berdating sebenonye, so sekali sekala teringin berdating dgn En hubby.

House project:

Projek organize buku2 dan dressing table saya masih lagi pending...saya kemas sket2 je sbb tak smpt nak be creative memandangkan byk masa saya gunakan untuk anak2

Saya dah membelek2 design rak buku yg saya idamkan, plan nak letak di living room berdekatan dgn sofa 3 seater. rugs pun kena tukar untuk nampak lebih berseri. buat masa skrg, lantai living room a.k.a tv room a.ka guest room a.k.a play room mcm caca marba penuh dgn pelbagai warna.

saya juga dah usyar plastic roses for deco dkt satu kedai ki putra height..1 ranting dlm rm4.50, sgt nampak real itu bunga. so kena beli dlm 7 ranting untuk penuhkan vase. itu nak kasik letak atas rak buku baru saya (lom beli lagi pun) semua design dah ada dlm kepala..

warna apa yg saya nak blendkan di living room saya?? oh semestinya natural color...cream, beige and brown... itu je yg boleh match dgn 3 seater sofa yg berwarna cream, l shape sofa warna biru dan sofa bed warna merah (ayo!!!) ahahaha

another project: cat side table dng warna cream...skrg ni warna syelek coklat..sungguh oldies. hohohoh ayahandaku pun ada taste yg lagi moden dan muda berbanding daku.

Tahun Baru:

lagi beberapa hari nak masuk tahun 2012.. saya masih belum senaraikan my mission and vision for this coming year. yg pasti, tahun depan bukan tahun tambah bilangan ahli keluarga ye..hehehe insyaAllah. tapi kalau allah nak beri rezeki anak lagi..syukran! syukran! lagi meriahlah ruamah saya.


  • Saya nak mencontohi Cik Kay dgn aiming untuk baca buku sebanyak 30 buah thn depan (Kay target 50 buku kalau tak silap)


  • Saya target nak improve quality ibadah saya. target untuk khatam al quran sekurang2nya 2 kali 


  • Nak menghadiri kursus awal asuhan kanak2 paling lewat bulan 6 thn depan. ini untuk meningkat ilmu keibu bapaan dlm mendidik anak2. 


  • Nak belajar buat tiga jenis kek (skrg ni baru berjaya buat coklat cake je)


  • Nak clearkan hutang kredit kad dan gunting semua kad yg ada. ke arah zero hutang...


  • Tukar kerja/ ofis / department..asalkan bukan job scope yg sama sbb saya dah mula bosan dgn kerja yang ada..
  • Memasak sekurang2nya tiga kali seminggu..healthy food okeh
  • Nak potty train adam because he's reaching 4 yrs old next year..adoi.. sudah besar itu budak
  • Terus breast feed Aryan for 1 whole year.
  • Kurangkan pengambilan coffee and soft drink. 2 mugs per day for either coffee or soft drink.
  • Jog twice a week. bolehke? yes kena kuat semangat. kasut jog kena beli
  • Nak kerapkan solat hajat, beli ubat and detox en hubby untuk stop smoking....
dan byk lagi tapi semua yg tidak disenaraikan di sini adalah misi2 keduniaan je...so malas nak taip..hehehe



Update anak2..

Adam dah pandai berdebat walalupun pelat. seoronok berdebat dgn dia sampai dia sakit hati dan menangis. heheheh..abang yg penyayang sbb dia jarang pukul adik dia walalupun teruk kena belasah dgn kembar. dia dah pandai berimaginasi especially bial dia main dgn toy2 dia. and dah kedekut barang sendiri. barang orang pun dia ckp barang dia.

Amir adalah kaki pukul di rumah, agak garang tapi suka menangis kalau dia nak something. dia juga kaki report tapi tak boelh percaya ckp dia 100% sbb dia kekadang tu mereka2 cerita. Dlm byk2 anak saya, Amir yg slealu saya dgr org cakap handsome. maybe sbb muka dia panjang dan mata dia besar (tapi leher pendek..huhuhu). dia ni nampak minat sket belajar,

Amar forever anak manja saya. hanya dia seorang yg saya panggil dgn panggilan 'Adik' yg lain hatta Aryan pun saya panggil nama jek. entahle maybe sbb dari kecik saya dah biasa panggil dia Adik...dan dia tahu bila yg panggilan tu hanya untuk dia. Amar ni relevan sket, penyabar sket dan macho. saya suka tgk gaya dia tgk tv sbb macho sungguh...hehehe dia juga suka layan lagu dan menari..

Aryan, my little bunny tu mcm kembar siam saya. dah fokus memandang orang, bertindak balas bila org panggil nama dia. dah ada mcm2 ekspresi muka, happy, ketawa, sedih, cebik, etc..ikut keadaan... skrg dah 4 bulan dan berat cecah 6.5kg. masih brest feed..alhamdulillah..tapi masih tak pandai meniarap..

waaa...dlm tak ada mood saya masih berstory panjang, sah2 orang malas nak baca entry ni...hehehehe



Wednesday, December 7, 2011

Mandi Manda di Teluk Batik

Hujung bulan lepas, saya ajak en hubby gi jejalan..tak tahu nak ke mana, saya ajak je dia ke Teluk batik nk beri peluang anak2 mandi laut..sbb nak gi p pangkor pun mcm tak sesuai memandangkan anak2 saya kecil lagi, karang terjun laut pulak dioarg dari atas bot..huhu takutss.

Secara keseluruhan, ok la tmpt tu..pantai dia tak bersih sgt tapi facility agak memuaskan. saya penat melayan kerenah anak2 sbb diaorg terlalu berani dgn laut. langsung tak takut...amir sampai kelemasan dlm air.. Adam pula hilang, dahla tak berbaju seluar, cuma pakai diaper jek... puas ayah dan pakcik nye mencari rupanya dia gi window shopping di kedai. itupun ayahnya jumpa masa dia on theway balik ke pantai nak mintak duit untuk beli buih sabun, helikopter dan penyodok plastik untuk main pasir. di kedai, ada sorg peniaga tu ckp yg dia dok tgk barang2 yg dijual, dah puas tgk baru dia berlari balik ke pantai. isy...


Bersedia nak mandi manda, kena paksa sarapan dulu

Aryan berjemur

Amar penjaga bola ijau

Pemandangan Teluk Batik

Dari jauh kelihatan Adam terjun ke laut

Anak manja mami, Amar



Amir kelaparan lepas naik  ke pantai

Apa pandang2?

Amboi sakan korang main pasir ek

My little bunny, Aryan
 Balik dari Teluk batik
.
.
.
.
.
 semuanya keletihan. Mandi manda dan tidur semalam di rumah adik di Tronoh, baru kitaorg bertolak balik ke Shah Alam.
Adam penat

Amir

Amar

Aryan

Tuesday, December 6, 2011

Hadiah

Adam dan si kembar dapat hadiah dari ibu mimi.... jeng jeng jeng..another set of building blocks..seronok anak2 saya main dan sepahkan rumah...

apapun thanks ibu mimi..muah!
inilah legonya...


Abang Adam build lori tapi tak stabil sbb CG position tak betul. you must learn physic anakku...
saya pula baru belikan hadiah untuk anak kembar officemate yg baru je lahir. saya tak tahu apa nama anak dia.. tapi comel! bakal menantuku..uhuhuhu

tahniah ye zaufee.moga si kembar menjadi anak yang soleh..amin..



yg pinkish sket tu for twins zaufee...yg macho tu for my little persian cat...Aryan

Sunday, December 4, 2011

Failed House Project #1

Saya sgt terpengaruh dgn blog yg berkaitan dgn organizing. saya ni mak yg beranak ramai, so kenalah jadi well organized otherwise my house will be like tongkang pecah. You can hear my high pitch voice from distance yelling at my boys like a maniac sbb sepahkan rumah and my boys will definitely  think that their mother is posessed by hantu kak limah..ahahaha

So, to avoid from that situation happens to me again and again, I am trying my best to be organized. I have schedule to follow and my schedule always full especially during weekend and after office hour starting 6 pm until mid night. if you want to have a chit chat with me, i am only free during office hour and after mid night...heheheh poyo jek. to be honest I can't sleep if dirty dishes still in sink, unwashed clothes piles like a mountain, or toys scattered everywhere. if I accidentally fell asleep, a nightmare that what I will have. No kidding! I can wake up at 3am in the morning just to unpack the nursery bag and do laundry. hehehe

Before this bila nak gi hospital, saya akan  tergopoh gapah mencari appoinment card, or immunisation card dlm glove box kereta, atas meja study or dlm beg nursery dioarg. In order  to make my life a lot easier, I plan to organize our medical record. Each of us will have 1 folder and it is filled with their own medical record. so everytime I bring my boys to medical checkup, I can simply just bring their folder and everything  is insid it. As simple as that, but to be honest it is really  really really hard for me to maintain it because I am kinda messy person.



Selain itu ,saya ada satu lagi project yg telah siap weekend lepas iaitu merekabentuk tabung duit untuk anak2 saya. Kalau anak omputih, diaorg ada piggybank, anak2 saya cuma ada plastic container cap ayam..ahahaha. Tried to show my creativity  and to make that tabung has personal touch from their lovely mother, I bought 2 plastic container with separator inside, and  decorate the container with unattractive wrapping paper that I found at Giant Putra height. hehehe...and the output is DISASTER. huduh betoi..ahahaha takpela anak2, nanti kalau ada masa, mami beli tabung comel untuk korang. buat masa ksrg pakaile dulu tabung yg ada. Dalam tabung tu, I put Ringgit notes only and I will transfer the money into their saving account everytime their collection reach RM100. Masa saya masukkan duit2 diaorg hasil dari kutipan dari mak sedara, atuk nenek segala,  nampak gaya mmg kena ambik bawak masuk account masing2...hehehe boleh thn jugak duit dioarg ni..kalau mami kesesakan wang, boley pinjam nih..(errr mami pnjam duit korang beli Hemnes rack dari  Ikea boley??..lama ngidam ni)
Ni lah hasilnya...TADA!!!!

sorry tabung tu dah tinggal sket je duitnya..mami dah collect nak masuk bank

Walaupun projek tabung ni gagal, ianya tak mematahkan semangat untuk terus berkreatif dlm menyusun atur rumah. ada beberapa projek yg harus di kick off seperti:
1. Decorate meja study to make it more sedap mata memandang
2. Beli rak buku and magazine
I am a lefty tapi tak creative langsung...heh
3. Arrange toys ikut category
Sebahagian toy yg besepah2
4. Organize my dressing table to make it more stylish.... :P

Bersepahnya..... isy mak sapa lah ni.
Nampak mcm senang untuk setengah2 org, tapi for me yg tak pandai decorate2 rumah ni...susah wooo! let's see apa hasilnya nanti..heheheh


Wednesday, November 30, 2011

Rutin lepas office hour

Saya selalunya akan tiba dirumah pukul 6 ptg. If saya decide nk cook for dinner, then I will be in the kitchen for a while for cooking preparation 

6.20 pm - headed to Taska. If we arrive at 6.31, it will be considered as 1 hour OT - must pay RM6 heheh. that's why time management is very important here

Sampai di rumah, saya akan bg diaorg mandi dan makan



hasil lepas makan, kena kemas and sapu lantai..~sigh~


lepas tu bg dioarg main2 kejap and watch cartoon


then aroung 8.30pm send them upstairs because it is  zzzzzzzzz time. yeahaa!

Amir 
Amar

Adam
Aryan

After they all fallen asleep,saya ada byk urusan yg harus diselesaikan seblm mid nite. mcm cinderella pulak bunyiknya. sbb bila dah midnite, saya nak tido!

#1: clean up the dining room, wash dishes and wash bottle. see below picture..agak byk  botol budak2 ni yg nak dibasuh

  
  #2: unpack their nursery bag, masukkan baju2 nak dipakai esok, keluarkan baju2 yg dah dipakai. basuh baju bucuk dioarg
Baju yg ready untuk disidai

#3: Sidai baju. skrg ni kan musim hujan, kadang2 kena sidai di living hall dibawah kipas silingyg diputar laju. heheheh

#4: Kemas living room and masukkan toy yg diaorg main  dlm storage room. sorry takde gamba


#5: buatkan hubby nescafe..rutin yg wajib setiap mlm time dia layan internet. pun takde gamba

#6: watch tv / membaca until 12 midnite. tu pun kalau ada masa lah kan. ~~~yawn~~~

current reading: 100 ways to boost your self confidence. baru baca sampai  page 3 while BF Aryan last nite, apstuh dah ngantuk..huhuhu


p/s: Novel Bagaikan Puteri dah habis dibaca..mmg best! next target nak beli buku cinta sang ratu, chronology dari novel bagaikan Puteri.




rutin yg sama akna berulang2 sampailah anak2 saya dah besar..mungkin dlm 5-6 thn lagi...waaaaa

Tuesday, November 29, 2011

Susu dan diaper...

Bila dah ada ramai anak, takde topik lainla yg akan dibincangkan oleh kami suami isteri melainkan tentang susu dan diaper. Susu Adam dan twins telah di downgradekan dari Anmum ke Fernleaf. Alhamdulillah diaorg suka yg perasa honey tu. so jimat sungguh.. skrg ni tiga2 hero harimau muda tu (cewah! berangan) akan consume around 10 pack of Fernleaf formula dgn harga average RM20.90 sepaket. so dlm RM200 la untuk susu saja. uisy jimat byk tu. kalau pakai anmum mau dekat rm400. mujur aryan BF... jimat mak nak oi!

Selain susu, diaper juga mesti sentiasa ada stok di rumah. Anak2 saya ni heavy wetter sbb diaorg ni waktu malam je mau dua tiga botol susu sorg. so kenalah beli brand yg ok sket tapi bukanlah brand yg mahal2 mcm Mommypoko tu... dulu saya bg dioarg pakai Drypers. Tapi disebabkan saya tak dpt kerja kat kilang SCA hygiene pembuat diaper tu, so saya berpatah arang takmoh beli lagi Drypers..ahahaha adake patut... Misi utama kerja kat company tu pun sbb nak dpt staff purchase dryper.. 1 karton dlm rm50 kot... staf purchase adalah soklan pertama saya pada project manager SCA hygiene yg interview saya, sbb tulah agaknya saya tak dpt position tu kot. Ahahaha apa aku melalut nih.

Dari kiri - diaper Aryan, Adam dan kembar

Actually drypers dah tak sesuai dgn anak saya sbb dioarg ni heavy wetter..cepat sgt bocor, jadi saya bertukar kepada huggies atau pet pet..sbb tahan sket bocor. saya beli je mana yg paling murah sbb harga diaper ni flactuate.Buat masa sekarang Tesco tgh offer harga yg rendah untuk Huggies, RM29.99 /pack. sekali borong mesti 2 packet for XL size for Adam. 2 packet for L size for Twins and M size for my little bunny, Aryan. Hohoho seoronok pengilang huggies kalau tau fact ni. kalau masuk tgh bulan, I must buy another 2 packet for twins..for adam and aryan usually tak perlu beli lagi dah.

Oh saya tak sabar tunggu Adam cakap dia takmau pakai diaper lagi dah.. saya malas nak potty train dia sbb tak sanggup nak mengelap lantai kalau dia ter'pee' di luar toilet. biar dia pandai sendiri boleh tak?

Monday, November 28, 2011

Hobi zaman anak dara jadi hobi zaman mak dara

Currently I am reading this....




and this....



Gigih tau saya mencari buku2 ni di popular IOI mall seorang diri di hari jumaat. saya perlukan motivasi.

Tapi kadar kelajuan pembacaan amat tidak memberangsangkan. saya mmg suka membaca, tapi dah lama tinggalkan hobi membaca ni sejak beranak pinak. so skrg ni anak2 pun dah besar sket, bolehla layan baca novel and buku2 motivasi..mlm2 layan blog home/self  improvement and organizing. oh saya sgt minat intai blog2 sebegini. saya nak dapatkan inspirasi untuk menjadi mami yang bijak uruskan masa dan rumah tangga


Saya juga nak join mimi untuk halaqah secara online. sempena masuk thaun baru ni, saya mau hijrahkan hati juga! moga2 kekal lah..mie, you must help me dear..aku juga mau ke syurga.

Thursday, November 24, 2011

Gambar anak2 di playground

Adam Saufy

Hai! Nama saya Adam Saufy, orang panggil saya Adam, umur saya tiga tahun. Saya anak sulung dalam keluarga Sol & Sarah. Hobi saya menonton kartun dan saya paling sukakan kereta api, kapal terbang, motorsikal,  kereta, lori. pagi2 saya mesti akan minta kunci kereta untuk start enjin kereta. kalau ayah tak kasi, saya akan menangis sekuat2 hati. saya rasa saya paling pandai dalam rumah, mami dan ayah pun tak sepandai saya. saya sayang adik2 saya, saya tak kisah kalau diaorg pukul atau buli saya, tapi kalau dioarg melampau sgt, saya debikla diaorang sket.


Amar Rayyan
Amir Rayyan


Hai, nama kami Amar dan Amir rayyan. kami ni kembar seiras, tapi kalau tgk betul2 takdela seiras sgt pun. umur kami satu thn 10 bulan. hobi kami sama, suka menyanyi, suka tgk kartun dan menangis. walaupun kami ni kembar, tpai kami tak boleh ada skin contact antara satu sama lain. kalau bersentuh sikit kami mesti bergaduh sampai lebam2 kulit. nasib baik mami kami selalu leraikan. tapi kalau dia leraikan pun mesti dapat lebam jugak sbb dia yang cubit. kami suka makan keropok dgn gula2. kalau mami dengan ayah tak kasik, kami akan menjerit dan menangis sekuat2 hati. walaupun kena kurung dlm bilik dgn hantu kak limah, last2 kami dapat jugak keropok atau gula2 yang kami nak tu. heheheh



Aryan Sufi

Assalamualaikum. nama saya Aryan sufi. saya anak bongsu dalam keluarga. bongsu ke? saya rasa tak lama lagi mesti saya dapat adik lagi..hehehe umur saya baru cecah 4 bulan. sayalah yang paling cute dlm family sbb mami saya selalu ckp saya comel padahal dia tak pernah puji abang2 saya. saya rasa mami sayang saya sorang je sbb dia selalu ckp dia sayang saya. so far tak pernah dgr pulak dia ckp dia sayang abang adam, amir dgn amar. tapi taktaulah kalau dia ckp time saya tidur. saya tka suka menangis..tka macholah budak lelaki menangis. hobi saya main air liur dan hisap jari telunjuk saya yg montel ni..

huh...apa aku merepek ni...? ada update pasal resolusi thn 2012. saya mahu ada transformasi diri..bukan fizikal ye..kalau dah dasar tak cun, beli la make up mahal2 pun tetap tak cun.. 2012 adalah tahun saya mentransformasikan spiritual, rohani , mental dan kewangan saya. hehehehe




Thursday, November 17, 2011

Ikrar Mami

AS -Salam.

Sebetulnya saya tak ada idea nak dikongsikan di blog ni. Entry kali ni adalah another sesi luahan perasaan saja. intipati topik kali ni tak lain tak bukan adalah tentang sifat keibuan saya. oh sejak dua menjak ni saya jadi sgt garang. sikap saya berubah terhadap anak2, makin kasar dan ganrang sejak En Hubby accident. sejak hari tu saya kena lakukan semuanya sendiri dan saya jadi sgt stress. akibatnya, anak2 saya menjadi mangsa. kadang2 sbb hal kecik aje saya tengking diaorg mcm nak keluar anak tekak. tak kira lagi tgn saya mencubit or mendebik dioarg.

bila tgk muka dioarg waktu diaorg tidur, rasa belas sgt..dioarg tu kecik aje lagi tapi saya amalkan pemerintahan kuku besi kat rumah. smlm lepas saya marah Adam, saya nampak Amir pandang saya dgn perasaan dendam. takut wooo tkaut dia benci saya. dia mmg renung saya dgn pandangan "lu apahal? mau cari gaduh? tunggu aku besarla aku belasah ko balik" oh no! saya taknak anak2 benci saya.

ok takyah elaborate lebih2 karang saya touching dan bergenang ok?


Kawan2 sekalian..saya jadikan kamu sebagai saksi, dengan ni saya nak berikrar:

"Bahawasanya mulai saat dan ketika ini dan sehingga akhir hayat saya, saya tidak akan marah lagi keempat2 buah hati saya melainkan kesalahan yg tak boleh dimaafkan. saya tak akan naikkan suara atau mendebik dioarg walau mcm mana sekalipun hingga akhir hayat saya. Saya canangkan ke seluruh isi pelusuk alam yang saya sgt2 sayang Adam, Amir, Amar dan Aryan sepenuh hati dan sanggup berkorban nyawa untuk bahagiakan anak2. Semoga anak2 saya jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin"

ok itu saja entry kali ni. sekian terima kasih. hehehehe

Sunday, November 13, 2011

Kering Idea

Dah lebih seminggu saya tak update diblog ni. maaflah, minggu lepas saya ada byk idea untuk saya post di entry ini. Tapi masuk hari ni, semua idea tu tiba-tiba hilang. Lama tidak update blog sbb saya mahu kembali fokus pada kerja saya, dan saya berjaya hinggalah ke saat ini bila saya tetiba dalam mood malas kerja. saya rasa demotivated kembali. saya rasa nak berhenti kerja.

kenapa ye? benci bos? gaji sikit? tidak..tidak dan tidak... saya ok dgn kerja saya walaupun ada sikit tidak puas hati. sbb utama rasa tak ada mood kerja sbb saya cuma mahu berada bersama anak2 saya sentiasa. ada ke kerja yg membolehkan saya sentiasa bersama anak2?

waaaaa saya stress


Wednesday, November 2, 2011

cerita pasal kewangan untuk wanita berkerjaya


Hello ladies! Sejak dua menjak ni saya banyak menghabiskan masa terluang dengan menyelongkar ‘google’ mencari ilmu2 tentang  kewangan. Maklum sajalah, bila dah berkeluarga, byk sungguh perbelanjaan bulanan sampaikan melebihi pendapatan pulak. jadi kenalah review dan buat rancangan nak kurang bebanan hutang.

Untuk mengetahui kewangan kita ni sihat ke tak sihat, kita kena buat dua perkara:
1.    1.    Listkan  total asset ditolak dengan total liability : bermaksud, senaraikan segala aset2 yg ada dan tolak segala hutang2 yg ada. Adakah baluenya positif atau negative

2.    2.    Income – spending: jumlah pendapatan ditolak dengan perbelanjaan. Positif ke negative?

Kalau negative, mmg kewangan anda dalam keadaan tidak sihat. Kalau alir tunai korang terlalu kronik, sila minta bantuan perancang kewangan. Jangan malu sbb kalau nak kira malu, silap2 status berubah jadi bankrupt. Lagi malukan?

Bila dah tau status kewangan korang sihat atau  sakit, langkah kedua adalah menetapkan matlamat kewangan. Apa goal cik2 dan puan2 dalam jangka masa pendek atau panjang. Sila tulis dalam bentuk wording. Kemudian letak rating dari yg paling tinggi priority nya and less priority. contohnya: nka habiskan utang kad kredit dalam masa setahun atau nak ada rm50k dalam tabung education anak korang bila umur dia 17 thn.

Dah ada goal/Hala tuju kewangan anda? Baru kita ke langkah ketiga, iaitu langkah tindakan yg akan dilalukan untuk mencapai wawasan kita yg suci murni tu.  conthnya: wawasan saya nak cepatkan tmepoh pembayaran hutang kredit kad, jadi plan saya adalah nak kurangkandining out, masak dirumah, jumlah wang yg dapat dijimatkan itu saya guna untuk bayar hutang kad kredit saya tu.
Realisasikan wawasan korang dgn betul2 ikut langkah tindakan yg korang plan tu..

Dahtu, mulalah menyimpan rekod. Tang ni saya agak lemah, sbb ia melibatkan organizing. Tapi saya dah mulakan langkah pertama dengan membeli ini:

Bahagikan folder korang mengikut bulan kemudian masukkan segala receipt/statement dlm folder. Let say receipt yg dibelanjakan bulan march, masukkan folder bulan march. Cam gitulah ceritanya. Reason kenapa kita kena rekod, sbb nak tgk cashflow kita dan juga memudahkan kita bila time nak bayar cukai pendapatan nanti. segala statement insurance, saving anak, or rezit beli buku ada dlm folder tu. dari situ jguak kita boleh tau cashflo kita ok or tak ok, kita ni Boros atau kedekut. 

Dah simpan statement2/ resit tu dlm folder, then rekodkan dlm excel file dalam bentuk berjadual.

Daripada rekod tu, akan tersedialah satu report monthly financial korang. Hehehe baru boleh ke langkah seterusnya yakni sediakan belanjawan. Cewah, mcm belanjawan Negara plak. Daripada laporan bulanan kewangan korang, baru tau mana yg boleh dijimatkan, mana yg kena slash terus, mana yg tak perlu.

Kemudian dah ada belanjawan, korang boleh baik pulih hutang piutang bergantung pada wawasan kewangan korang yg korang plan tadi tu.

Setiap hujung bulan, jangan lupa review status kewangan korang ok? sbb saya pun lom buat, jom kita buat sesama. insyaAllah berhasil nanti usaha kita nak uruskan belanjawan kita secara bijak dan teratur.